Masa itu milik Ilahi

2:58 AM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Dah lamanya tak update blog -_- btw, thanks to those yang sentiasa baca entry dalam blog ni dan klik yang mana patut heh. Jasa baik anda akan saya kenang sampai blog ni dah tak ada (gurau). Banyak cerita nak kongsi ni. tapi, malas pula nak taip panjang2x. Sorrylah ek :) 

Berakhirnya semester4 tahun2. Alhamdulillah, exam bermula dan berakhir dengan baik walaupun kestressan sedikit melanda diri. Mohon doa moga Allah swt berikan yang terbaiik hasil usaha kitaorang. Perkara biasalah stress tu dan paling penting Sem4 ni banyak perkara yang manis, pahit, ganjil, dll dilalui. so dasyat. Itu semua takdir Allah swt dan disebaliknya adalah ujian, pengajaran, dan hikmah bagi hamba Nya yang berfikir.

dan, Akhirnya juga kini dan selamanya InsyaAllah, menetap semula di kampung kelahiran, Oh my Keningau. dan selamat tinggal Sandakan tempatku membesar. Letih mengemas perabot dll but enjoy :) dan cuti 2 bulan lebih ni pasti tidak akan disia-siakan. Rindu pula dengan kawan2x yang having fun together, open minded, hensem, cantik, cute, macho, muda konon n boroi (haha, sorry). Alhamdulillah, Sebelum balik cuti ni dapat juga spent a lot of time dengan diorang^^.

Apa-apa hal, nak pesan sikit. Jagalah hubungan kita dengan Allah swt maka insyaAllah, Dia akan menjaga dan menolong kita. InsyaAllah juga keyakinan dan keimanan kepada Nya akan dapat dipertingkatkan. Titipkan doa diakhir setiap solat agar Dia memberikan kekuatan kepada kita untuk terus istiqamah dalam beribadah serta kekuatan untuk bermujahadah melawan kemungkaran.

Korang tau tak, dunia ini merupakan neraka bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang-orang yang ingkar. Hebat permainan dunia dan sesungguhnya ujian yang hebat hanya diberikan kepada orang-orang yang hebat. Maka, bertuahlah orang2x yang menerima ujian yang Maha Hebat apatah lagi dapat menempuhinya dengan sabar dan redha. Sebab apa? sebab itu merupakan satu latihan dan persediaan untuk kita menjadi orang yang lebih hebat. keyword hari ni 'hebat' heh.

Sentiasalah berfikiran positif (ok muhasabahku kembali) dan berada bersama dengan mereka yang berfikiran serta mempunyai sikap yang positif. Ia akan membantu kita untuk menjadi lebih positif dalam mengharungi ujian kehidupan. Sebab tu saya suka berteman dengan mereka :) (who? yes you.)

Anggaplah ujian dan dugaan yang diberikan itu sebagai kafarah kepada dosa-dosa kita. InsyaAllah kita akan lebih redha dan bersyukur dalam menghadapi ujian kesukaran apatah lagi ujian kesenangan dalam kehidupan.

#keep calm and maintain ur cute hehe. Orait. Ur <3 knows what it really wants.


You Might Also Like

3 comments

  1. Assalamualaikum nazihah,

    akhirnya ada juga entri baru..^^

    terima kasih atas ingatan sesama kita,inshaAllah diserap selalu sebagai ingatan dalam setiap kehidupan harian..

    sama-sama kita mengejar bekalan utk disana,indahnya dunia hanya pesona sementara..moga tak terleka dengan nikmat yg ada..

    ReplyDelete
  2. @aiEz

    Waalaikumussalam aiez :)
    Alhamdulillah akhirnya kan hehe
    Dunia n akhirat mesti seimbang, barulah Allah syg :)

    ReplyDelete
  3. :) Btw, salam ukhuwah. Dah lama tak datang cini, baca entry anda:)

    ReplyDelete