Motivasi Dalam Kehidupan

11:40 PM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Janji-janji Allah yang terdapat di dalam Al-Quran bagaimana setiap kesusahan akan berganti dengan kesenangan. Juga ayat-ayat Allah yang menggambarkan betapa tidak pernah membezakan-bezakan hambanya dari sudut luaran termasuk status dan kedudukan tetapi dari sudut iman dan takwa membuatkan diri lebih bersemangat dan terus tabah menghadapi cabaran.

Kisah-kisah perjuangan Rasulullah SAW dan sahabat menjadi bukti, iktibar dan semangat untuk kita. Pengorbanan dan perjuangan mereka yang begitu besar sekali akan menyedarkan tentang ujian kita yang teramat kecil berbanding segala kesusahan yang perlu dihadapi oleh Rasulullah serta para sahabat.

Keyakinan Allah sentiasa di sisi kita. Andai kita mengadu kepada manusia semata-mata, kadangkala kita akan kecewa. Namun bila kita mengadu segala kedukaan hati kita kepada Allah, kita akan rasa amat tenang dan bahagia sebab kita maklum dengan janji Allah yang telah menyebut bahawa Allah akan mendekati hamba Nya yang mendekati diri Nya.

Kesungguhan memperbanyakkan amal. Masa kita akan dipenuhi dengan perkara-perkara baik. Kebaikan akan mengukuhkan serta memantapkan fizikal, mental, spiritual dan emosi setiap kali berhadapan dengan pelbagai ujian. Kecintaan kepada kerja-kerja amar maaruf nahi mungkar sentiasa memotivasikan diri untuk memanfaatkan apa yang di miliki. Orang yang akan sentiasa berada di sisi kita tidak kira susah ataupun senang.

Iman itu bukan hanya pada cita-cita, juga bukan semata-mata dengan kata bicara. Tetapi iman itu ialah yang tersemat kemas di dalam hati, dan dibuktikan dengan amalan kita. -Hilal Asyraf

N/s: Alhamdulillah, saya bersyukur dengan apa yang Allah berikan pada saya dan keluarga selama hayat hidup ini. Subhanallah sungguh tak terhitung. Remember my dear, everything you need will come to you at the perfect time ;)skill memasak semakin baik :p oh yeah.



You Might Also Like

2 comments