Bencinta!

4:37 PM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Assalamualaikum, kebencian suatu penawar, sumber: majalah mingguan wanita 'DR.Azhar B.Haji Sarip(perunding emosi,spiritual NLP training. penawar? urmm biar betul?

Pernah dengar tak lagu lama dendangan Diana Nasution, try nyanyi "sakitnya hati ini namun aku rindu..bencinya hati ini tapi aku rindu.." lagu ni cukup menjadi wadah untuk mereka yang sedang bercinta untuk saling merindui heh. kita hidup sebagai manusia pastinya tidak lari dari mempunyai perasaan benci. Benci sini bukannya kepada insan jak, tapi boleh jadi kepada perkara-perkara yang kita cukup rasa membebankan, misalnya boleh jadi benci dengan kerja yang sedang dilakukan namun kita masih melakukannya atas dasar keterpaksaan.

Surah Al-Baqarah Ayat 216 : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Kita sering melihat kebencian itu dari sudut negatif, memanglah! huhu, tapi tanpa kita sedari bahawa kebencian itu juga dapat membawa kita ke satu sudut yang cukup positif asalkan kita tahu caranya. kejap lagi anda tahu, continue baca lagi..

Kebencian menjadi perkara menjelikkan kerana kita yang menciptanya sebagai itu. Katakan kita membenci seseorang hinggakan kita tidak mampu mendengar namanya. Apabila disebut saja namanya terbitlah rasa benci yang amat sangat hingga kita pun menjadi begitu beremosi! Jika kita terus melayan kebencian seperti itu pastinya ia akan membawa kepada kerosakan. Sedangkan kebencian itu datang sebagai satu wadah pemberitahuan bagaimana harus diperlakukan agar nilai kebencian itu menjadi satu nilai kecintaan.

Apabila kita membenci sesuatu itu tanpa sedar sebenarnya Allah SWT sedang melatih kita untuk mendalami rasa yang perlu kita singkirkan dalam hidup agar kita mampu hidup sesama insan dengan penuh kasih sayang. Kita acap kali membenci seseorang itu kerana dirinya. Kita jarang sekali membenci seseorang kerana Allah SWT. Nah! mungkin ada yang bertanya bagaimana aku dapat membencinya kerana Allah? 

begini bah...Ia adalah membenci sikap yang dianuti dan bukan diri seseorang itu. Kita benci sikapnya dan kerana benci sikapnya itu maka kita terus berdoa kepada Allah agar dia diberikan pencerahan dan hidayah. Kita tak putus-putus mendoakan perubahannya. Manakala kebencian itu tidak langsung dimanifestasikan dengan perbuatan mahupun kata-kata yang kurang enak.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ad-Dailami yang mafhumnya barang siapa mengutamakan kecintaan Allah atas kecintaan manusia maka Allah akan melindunginya dari beban gangguan manusia.

Ini cukup jelas menunjukkan bahawa yang perlu dalam kehidupan kita adalah kecintaan. Pada satu sudut pula, kita tidak akan mengenal apa ertinya benci. Maka fahamilah apabila kita ada rasa benci maka ia juga adalah penawar cinta yang bakal datang, cinta yang lebih dalam, cinta yang lebih kita fahami keberadaannya.

Lebih mengingati Allah 

kata Dr Azhar lagi, Cinta yang dalam terhasil dari putik cinta yang kecil dan kemudiannya dikembangkan hingga apabila sudah menjadi tahap matangnya, ia lebih indah daripada apa yang disangka. Buktinya mudah, ramai juga diantara kita yang apabila datang kebencian terhadap sesuatu perkara lalu dia terus mengingati Allah. Solat yang dulunya terabai kita terjaga. Doa yang dahulunya ala kadar kita penuh perasaan. Maka dia sebenarnya sedang dijaga oleh Allah dari bebanan seandainya melepaskan semuanya kembali kepada Allah tanpa sedikit pun keluhan. Jika dia benar-benar faham maka dia akan lebih banyak berterima kasih kepada rasa benci itu kerana sudah berjaya menukarkannya menjadi insan yang lebih bergantung kepada Allah SWT.

Al-Hakim meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi, "Siapa yang ingin mengetahui kedudukannya disisi Allah hendaklah dia mengamati bagaimana kedudukan Allah dalam dirinya. Sesungguhnya Allah menempatkan hamba-Nya dalam kedudukan sebagaimana dia menempatkan kedudukan Allah pada dirinya."

Seandainya kita sentiasa bersama Allah dan hati ini tidak lari dari benar-benar mencintai-Nya semata maka Allah pastinya akan menyayangi kita. Apabila kita bersandar kepada-Nya maka jangan pula kita meminta supaya ada balasan kepada mereka yang kita benci kerana balasan itu ada lambang ketidak ikhlasan kita dengan Allah. Janganlah kita berkata nista dan menyumpah seranah sedang kita sebenarnya disayangi Allah SWT. Kita hanya perlu duduk bersama-Nya dan menerima pemberian rasa itu dengan kenikmatan kerana dalam kebencian itu ada banyak penawar bagi mereka yang berani mengupasnya dari sudut lain.


layanlah kebencian itu dengan Allah kerana kebencian itu akan mengikut kita mencintai Allah Taala. Hindari diri kita dari mengikut kebencian kerana jalan akhirnya adalah kemusnahan. Kebencian itu datang kepada kita supaya kita mendidiknya pulang kepada Allah SWT dan ia tidak pernah datang mengharap kita mengikutinya. Semoga Allah Taala merahmati kita dalam menjalani litar kehidupan ini. Amiin.

You Might Also Like

1 comments

  1. SINGGAH PETANG http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete