kata kawan ku

8:17 PM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

“Setiap orang yang membuatmu lalai dari taat kepada Tuhanmu adalah musuh dalam selimut, sekalipun ia menampakkan diri sebagai kawan yang jujur dan ikhlas.” (Salafunasshalihin).
Kawan, di akhir zaman ini payah untuk kita ketemui yang benar-benar sibuk dengan urusan memperbaiki dirinya, yang benar-benar sibuk untuk mengubah sikapnya untuk kembali kepada Zat yang sempurna. yang ada kini hanyalah sibuk dengan urusan mengumpul harta dunia. Walau di ketahui dunia ini hanya sementara.
Kawan, di akhir zaman ini, payah untuk kita ketemui yang bergelumang dengan majlis ilmu. Yang sanggup bersusah payah dan berpenat lelah. Yang sanggup menghabiskan masa, tenaga, umur dan harta, dalam belajar dan mengamalkan ilmu kurniaan Allah. Yang ada kini hanyalah berbangga dengan harta yang menimbun. Tapi jiwanya masih kosong.
Kawan, di akhir zaman ini, payah untuk kita ketemui. Para ilmuan yang bertaqwa yang benar-benar melekat iman di jiwanya. Mengunakan professionnya menuju cita-cita di akhirat sana. Yang ada kini hanyalah mereka yang lalai dan leka. Yang hidupnya lebih barat dari barat. Iman dan amal soleh terasa amat berat baginya.
Kawan, diakhir zaman ini susah untuk kita temui, Yang menjadikan Al-Quran sebagai hiburan. Menjadikan zikir dan selawat sebagai ucapan kelaziman. Yang ada kini hanyalah, Artis dijadikan bahan pujaan, Nyanyian melalaikan dijadikan hiburan. Dianggap moden dan berketerampilan.
Kawan, di akhir zaman ini, Payah untuk kita ketemui, Bersifat silaturrahim semata-mata kerana Allah Saling berhubungan dan bertanya khabar semata-mata kerana Allah yang ada kini hanyalah, Sikap pura-pura untuk menyenangkan hati sendiri. Berkawan untuk mendapat kepentingan dan habuan diri.

Kawan, aku tidak tahu aku bagaimana...

Alhamdulillah sedikit perkongsian bacaan daripada saya. Biar dunia seimbang untuk akhirat. lama tak update blog, rasa bersalah pula dibiarkan begitu sahaja. Ini kerana saya dan rakan-rakan, baru sahaja habis menjalani temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41, alhamdulillah temuduga berjalan dengan lancar dan baik walaupun nervous tahap gaban. saat ini hanya berdoa semoga lulus dan berjaya untuk mencapai cita-cita saya. InshaAllah doakan kami.


You Might Also Like

13 comments

  1. Amin...moga Allah permudahkan setiap urusan ya :)

    ReplyDelete
  2. SINGGAH ~ http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. Yup.. seronoknya kalo dapat kawan yg same2 nak improve diri dari segi dunia dan akhirat. yg boleh mengajak kita buat kebaikan :) apapun maybe kita dulu yg perlu improve diri sebelum dpt kawan yg mcm tu. hihi. btw, moga dipermudahkan ya ;)

    ReplyDelete
  4. betul tue kak Jiha,, hmmm ~~ susah nak cari sahabat yg bersahabat kerana Allah ..

    ReplyDelete
  5. kalau dh jumpa sahabat, jagalah dia sebaiknya. mnta Allah jagakan juga. :)
    btw, semoga diterima utk iv tu. ^^

    ReplyDelete
  6. Susah nak jumpa yang mendekatkan kita dengan Allah. So kalau dah jumpa, hargailah :)

    ReplyDelete
  7. susah nak jumpa sahabat yang sama sama ajak kita utk dekat kn diri pd Allah... =) Semoga urusan di permudahkan dear =)

    ReplyDelete
  8. dalam masa yang sama, kita pun kena jadi sahabat yang baik :)

    ReplyDelete
  9. Thanks sharing dear Najihah. Alhamdulillahirabbil Alamin. Kita kena pandai cari kawan yang sebenar-nya. Alhamdulillah bersyukur sangat dekat office ni saya banyak menyibukkan diri dekat kakak-kakak yang sebaya umur mak saya. Mereka lah yang banyak memberikan saya motivation untuk kearah mendekatkan diri kepada Allah.

    ReplyDelete
  10. Selalu bila time nak muhasabah diri rasa macam banyakkkkkk sangat dosa TT_TT

    ReplyDelete
  11. semoga kita berjumpa kawan yang baik^^

    ReplyDelete
  12. gud luck untuk temuduga tu.. moga berjaya..

    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #23. maaf mia baru sempat nak blogwalking.

    blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2016/04/senarai-url-blog-23.html

    pemenang akan diumumkan pada 26 April 2016

    ReplyDelete