Tiada maaf bagi mu..

8:48 PM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Firman Allah bermaksud :“Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal-menghalalkan) lebih dekat kepada taqwa”. (Surah al-Baqarah, ayat 237)
Menurut Imam Al-Ghazali, pengertian maaf itu ialah apabila anda mempunyai hak untuk membalas, lalu anda gugurkan hak itu, dan bebaskan orang yang patut menerima balasan itu, dari hukum qisas atau hukum denda. Dalam sebuah hadis qudsi Allah berfirman yang bermaksud : “Nabi Musa telah bertanya kepada Allah, wahai Tuhanku!, manakah hamba-Mu yang lebih mulia menurut pandanganMu?” Allah berfirman maksudnya: “Ialah orang yang apabila berkuasa (menguasai musuhnya) dapat segera memaafkan.”
ya, memang kita berhak nak memaafkan atau tidak. Apatah lagi jika maaf itu berpunca daripada kesalahan yang disengajakan dan amat menyakitkan hati. Sesetengah orang ada yang tidak mudah hendak berkata "Sama-samalah kita" setelah orang itu meminta maaf,ada pula yang mudah untuk berkata sedemikian, tetapi dalam hati terdetik kata-kata yang kurang menyenangkan mungkin juga masih ada benci! huhu
Tapi tahukah anda kesalahan yang tidak diselesaikan dengan maaf di dunia ini akan berlanjutan hingga ke Akhirat? Di sana orang yang bersalah terpaksa memberikan pahala kebaikannya untuk menebus maaf daripada orang yang pernah dizaliminya. Hingga akhirnya dia muflis dan kerana itu dia dilemparkan ke Neraka. Begitu besar implikasi 'MAAF'. Sekali lagi,sama ada bertegas untuk tidak memaafkan ataupun memberi maaf, ia barangkali penentu kepada nasib seseorang yang bermasalah dengan anda di Akhirat.

Kemaafan dalam Islam 
Memaafkan kesalahan seseorang adalah tanda orang yang bertakwa. Wajib memberi maaf jika telah diminta dan lebih baik lagi memaafkan meskipun tidak diminta. Sifat ‘tak kenal maaf’ atau ‘tiada maaf bagimu’ adalah sifat syaitan. Ia akan membawa keretakan dan kerosakan dalam pergaulan bermasyarakat. Masyarakat aman damai akan terwujud jika anggota masyarakat itu memiliki sikap pemaaf dan mengerti bahawa manusia tidak terlepas daripada salah dan silap.
Imam Al-Ghazali memberi tiga panduan bagi memadamkan api kemarahan dan melahirkan sifat pemaaf.
* Apabila marah hendaklah mengucap “A’uzubillahiminassyaitanirrajim” (aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam).
* Apabila marah itu muncul ketika berdiri, maka hendaklah segera duduk, jika duduk hendaklah segera berbaring.
* Orang yang sedang marah, sunat baginya mengambil wuduk dengan air yang dingin. Hal ini kerana kemarahan itu berpunca daripada api, manakala api itu tidak boleh dipadamkan melainkan dengan air.

p/s: Kita adalah manusia biasa, Kita tidak sunyi daripada salah dan silap, kita manusia ada bermacam-macam kelemahan dan kekurangan. Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun sentiasa memberi peluang untuk hamba-hambaNYA memohon ampun dan maaf. tegur secara lemah-lembut dengan jalan nasihat..muhasabah diri bersama, perkongsian ini hasil pembacaan hamba Allah yang ingin keredhaan-Nya. maafkan saya 


You Might Also Like

26 comments

  1. Wajib memberi maaf jika telah diminta dan lebih baik lagi memaafkan meskipun tidak diminta.

    nice entry kak. (Y)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul dik..meskipun perit tp baik utk kita dan org itu :)

      alhamdulillah.

      Delete
  2. salam , kadang kadang kita rasa berat, dan ego sebab kita tak salah,
    tapi bila fikir fikir balik tak guna sebab kita tak untunng apa apa , lagi tak tenang ada :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu saya setuju sangat :) tak rugi apa2 pun kata cuma kdg2 manusia ni malu nak mengaku kesalahan sendiri.

      Delete
  3. Assalamualaikum warahmatullah,
    Terima kasih atas n3 yang sangat bermanfaat ini.

    Mudah-mudahan apabila kita melakukan kesalahan kepada manusia, maka diberikan kekuatan untuk memohon kemaafan. Dan apabila manusia melakukan kesalahan kepada kita, maka kita diberikan kekuatan untuk menerima kemaafan dan keampunan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt abuikhwan

      aamiin, moga diberikan kekuatan :)

      Delete
  4. Nice writing....Setuju tu. =!
    Forgive, even there is no sorry. Insyaallah hati kita lebih tenang. Antara kita dengan dia kita anggap la selesai di dunia. Di akhirat setiap perbuatan kita akan di hitung. Hanya Allah sahaja yg membalas... If kita maaf kan org walhal org tu tak minta maaf...kita akan kutip pahala kebaikan dia seberapa byk yg kita perlu di sana. Besar ganjaran nya memaafkan org ni. =) kan..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul aina, setuju juga dgn aina :)

      besar ganjarannya InshaAllah.

      Delete
  5. Setuju sangat dengan entry Jiha. ☺ Seronok pulak baca sampai habis.

    Jika ada masalah, FORGIVE & FORGET.

    "Sesetengah orang ada yang tidak mudah hendak berkata "Sama-samalah kita" setelah orang itu meminta maaf,ada pula yang mudah untuk berkata sedemikian, tetapi dalam hati terdetik kata-kata yang kurang menyenangkan mungkin juga masih ada benci! huhu"

    Setuju dengan ayat Jiha dekat atas, kadang-kadang kita sudah minta maaf, tapi mungkin ada benci, memaafkan tidak akan terjadi. Walhal, boleh berlaku, memaafkan hanya dengan terpaksa. Dan alhamdulillah, jika orang meminta maaf dengan kita, saya akan cuba memaafkan dan melupakan. Besar pahala di akhirat kelak.

    Taubat Nasuha adalah sebaik-baik taubat. In Shaa Allah tabung akhirat kita di sana nanti akan sentiasa diberkati Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sangat baik kata2 ain itu :)

      Forgive & forget

      Delete
  6. Salam April..buku baru pulak ni hehehe

    Mummy pun dah berjanji nak announce pemenang pada 1 April 2016. Bukan APRIL FOOL ye, ni realiti punya. Jom tengok siapa pemenang bagi Mini Giveaway Hari Jadi Dhia Batrisya yang Ke-3 tahun: http://www.azlindaalin.com/2016/04/pemenang-mini-giveaway-hari-jadi-dhia-batrisya-tiga-tahun.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, saya salah satu pemenang :) terima kasih puan Azlinda.

      kirim salam kpd adik Dhia ^^

      Delete
  7. Memaafkan dgn harapan agar kita juga mudah dimaafkan seandainya ada salah n silap. Btw, nice entry =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tepat sekali, sekiranya org itu masih ego, kita berdoa moga dibukakan pintu hatinya utk menerima :)

      Delete
  8. mcm zizie pun jenis susah nak sejuk kalau orang buat zizie marah.. need to take time.. cool down dulu.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah tu, setiap individu punya cara tersendiri, apa yg penting lepas tu mohon kemaafan dan muhasabah diri :)

      sy pula jenis mudah terasa tetapi cepat memaafkan dan melupakan :)

      Delete
  9. easy to forgive but never forget. 'never forget' tu kekadang buat kite susah nak memaafkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi yep...cuba kawal emosi lah kalau begitu :)

      Delete
  10. bila tengah marah sangat2 memang tak kan maafkan lah kan..
    but bila dah sejuk sket, baru fikir lain..
    hahaha

    ReplyDelete
  11. Dah lama xdatang sini, keep writing for ummah :)

    ReplyDelete
  12. Dah lama xdatang sini, keep writing for ummah :)

    ReplyDelete