Hati-hati kau jo...

10:46 AM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Dunia tanpa sempadan! tips layari internet dengan selamat. InshaAllah.

Kanak-kanak/Remaja :
1. Sentiasa pastikan nama, alamat, nombor telefon dan pelbagai maklumat peribadi dirahsiakan! Jika perkara ini dihebahkan ia ibarat memberi kunci rumah kepada orang yang tidak dikenali.
2. Bertemu dengan seseorang yang anda temui di internet bukanlah satu tindakan yang bijak. Dapatkan kebenaran ayah dan ibu terlebih dahulu. Jika boleh minta ayah dan ibu untuk turut serta.
3. Menerima dan membuka e-mel atau fail daripada orang yang tidak dikenali boleh menimbulkan masalah kerana kemungkinan mesej tersebut mengandungi virus.
4. Harus diingat bahawa tidak semua individu yang dikenali di internet bercakap benar. Ketika berbual di chat rooms pastikan anda berada di tempat umum dan jika berasa tidak selesa anda boleh meninggalkannya.
5. Maklumkan pada ayah dan ibu andai ada perkara atau seseorang yang membimbangkan anda.
6. Paling utama, layari internet dengan gembira dan hati-hati! terdapat banyak laman yang boleh dilawati dan pada masa yang menambah pengetahuan anda.


Ibu Bapa :
1. Pantau anak anda tatkala dia menggunakan Internet.
2. Peka terhadap laman web yang dilayari oleh anak-anak. Sekiranya anak-anak ke chat rooms, pastikan yang mereka tidak memberikan maklumat peribadi kepada rakan siber mereka.
3. Pertimbangkan untuk memasang perisian seperti penapis internet. Dengan menggunakan perisian ini, anda akan dapat mengekalkan isi kandungan yang boleh anak-anak layari.
4. Maklumkan kepada anak anda agar jangan mengisi apa-apa borang dalam talian yang bertanyakan tentang butiran peribadi.
5. Tempatkan komputer tersebut di bilik keluarga dan bukannya dibilik anak-anak. Itu lebih baik.


You Might Also Like

4 comments

  1. Kalau tak beringat, habislah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...mesti sentiasa beringat..jangan masuk perangkap..huhu

      Delete
  2. betull... bahaya kalau tak bewareeee T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya qilah...mesti tu, terutamanya yang masih remaja..

      Delete