Bercuti di perkampungan
10:03 PM
~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
Bercuti di kawasan kampung, kedengarannya sedikit pelik atau mungkin lawak. Tetapi sebenarnya ia adalah suatu pengalaman yang bagi saya cukup menyeronokkan. Sesekali apa salahnya anda mengubah kebiasaan. Selalu sangat bercuti dipantai, di tempat-tempat tinggi atau dilokasi yang sejuk ataupun di luar negara. Jadi apa kata holiday kali ini korang bawa pasangan serta anak-anak bercuti di perkampungan. Sebelum itu perlu tahu juga tip bercuti di perkampungan :
- Sediakan kenderaan yang bersesuaian. sebab jalan di kawasan perkampungan misalnya kawasan pergunungan, tidak selancar seperti di kota.
- Persediaan ubat. walaupun korang tidak mempunyai sebarang penyakit, sediakanlah juga ubat-ubat asas contohnya minyak angin, ubat sakit kepala, ubat luka.
- Lakukan aktiviti yang jarang anda lakukan. barulah fun! contohnya jalan-jalan waktu pagi sambil menghidu udara segar, berbasikal sekeliling kampung, memancing atau mandi sungai. Aktiviti ini dapat mengeratkan ikatan kasih sayang sekeluarga.
- Sertai penduduk kampung sekiranya mereka mempunyai sebarang kegiatan. misalnya gotong-royong, kenduri atau membersihkan sungai, kawasan perkuburan, berkebun, atau sekadar berborak dengan orang kampung. aktiviti ini akan memberikan suasana hidup yang berbeza.
- Lupakan sejenak hal-hal pejabat, bisnes, atau kerja-kerja rutin. Jika perlu matikan talian telefon.
- Cari pengalaman baru dari segi cita rasa. lupakan sejenak makanan dari kota yang anda makan selalu. Makanlah hasil olahan penduduk setempat kerana ia akan memberi pengalaman baru bagi anda. Datanglah SABAH banyak makanan unik hihi
- Jaga adab dan percakapan. Bersopan santun dan berbudi bahasa dengan orang kampung.
Kalau nak ke KOREA ada tiket murah, klik sini ---> [PROMO] Book, pack and fly to Korea from only RM379! Offer ends 20 March 2016! ^^,
16 comments
Aaaaaa~ Rindu kampung!!
ReplyDeletePadahal baru je balik haritu. :P
hahaha sekejap jak rindu kan ^^
Deletenice info sis
ReplyDeleteTerima kasih dayah :)
DeleteSedihnya tak ada kg..
ReplyDeleteiya ka..alaa tak apa, boleh join kampung kawan2 hihi ^^
DeleteHee..baca entri ni teringat2 plak dekat kg.. lama xbalik :)
ReplyDeleteperkara biasalah tu, bila study jauh atau kerja..yg penting rajin2 call kat kampung tu :)
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteTerima kasih tipsnya. Memang teruja jika dapat bercuti di kampung. Di kampung ada kokokan ayam, deru alur jernih, hutan hijau, nyanyian mergastua...semuanya pengubat resah dan gelisah hidup di dalam hutan batu.
#Insya-Allah akan berprogram di Sabah nanti..
Waalaikumussalam,
Deletememang best kat kampung tenang jak ^^ walaupun musim panas begini kat kampung ada sejuknya skit hehehe.
Bah, update program nanti ya hihihi
tetiba terklik yg korea tuuu,haha
ReplyDeletehahaha klik jangan tak klik, siapalah yang tak minat nak ke korea kan kikikiki
DeleteRindunya dekat kampung. Rasa nak balik jer. Suka sangat bau udara waktu pagi bila dekat kampung. Hilang stress wooo. Hehe !
ReplyDeletekan memang udara pagi segar jak hihi kalau tgh tidur memang tak mau bangun hahaha
DeleteSERONOK TAU KAT KAMPUNG..XDE GANGGUAN...RASA TENANG DAN AMAN JE..
ReplyDeletebetul...betul...betul....^^ setuju sangat!!
Delete