Haiwan juga ada haknya

5:04 PM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Jom cuba kuiz ini ------> [QUIZ] Are You A City OR Kampung Kid? Saya asal dari kampung hihi

Persoalan mengenai haiwan sering terlepas daripada pandangan manusia. Walaupun ramai dalam kalangan manusia yang menggemari haiwan dan memiliki haiwan peliharaan, tetapi ada juga yang menganggap makhluk itu tidak penting. Sebab itu ada yang secara tidak sedar menganiaya dan berlaku kejam terhadap makhluk ciptaan Allah ini. *Marah juga bila tengok manusia post kat facebook seksa haiwan huhu

Sesetengah orang menjadikan haiwan peliharaan sebagai terapi. Malah ramai yang menganggap haiwan kesayangan seperti anak atau sahabat baik yang tidak pernah pandai mengkhianati atau menyinggung perasaan. Haiwan yang cukup popular dalam kalangan masyarakat adalah seperti kucing, arnab, anjing dan haiwan eksotik seperti iguana.

Haiwan jinak kadang kala jadi penunggu setia di kediaman yang kita belai dan kita sayangi seperti anggota keluarga yang lain. Selain itu, tidak kurang juga yang meelihara haiwan sebagai sumber mata pencarian. Ini termasuklah para penternak atau petani yang memlihara lembu, kambing atau ayam untuk tujuan komersial.

Walau apa pun niat kita memelihara haiwan, sama ada sebagai hobi, untuk tujuan keselamatan atau untuk tujuan dagangan, haiwan ini juga ada hak tersendiri. Jadi, sebagai penjaga, ada hak dan etika yang perlu kita lunaskan terhadap haiwan-haiwan itu.

Jangan pandang remeh hal begini kerana dalam Islam misalnya, tidak pernah memandang remeh terhadap tanggungjawab dan hak terhadap haiwan. Kerana setiap makhluk di muka bumi ini diberikan peruntukan hak yang sangat adil. Namun, sebagai manusia yang berstatus khalifah di muka bumi, tugas kita untuk menyempurnakan hak terhadap haiwan-haiwan ini.

Rasulullah SAW menunjukkan contoh terbaik dalam memuliakan dan menyayangi haiwan. Baginda sama sekali melarang penganiayaan dan kekejaman terhadap haiwan.


You Might Also Like

10 comments

  1. Yup, setuju tu.. kalau pun tak suka, jangan la seksa sebab haiwan pun ada hak juga ..mereka pun makhluk Allah :)

    ReplyDelete
  2. Setuju.. Sy pun sukakn kucing juga...

    ReplyDelete
  3. baca ni.teringat kucing kita kat rumah! rinduuu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...rindu rinduan dengan kucing Suhaiza :) terima kasih!

      Delete
  4. Assalamualaikum,
    bagus entry ini, satu peringatan kepada yang lupa atau lalai. masing-masing ada hak baik manusia, haiwan, tumbuhan dan sebagainya. Teringat kisah yang diceritakan di dlm hadis berkenaan orang yang masuk syurga kerana haiwan dan ada yang masuk neraka juga kerana haiwan...Allahu rabbi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam ustaz

      Moga kita terhindar daripada hamba Allah yg masuk neraka kerana haiwan huhu nauzubillahiminzalik..terima kasih ustaz atas peringatan..

      Delete
  5. Sy mmg suka pelihara kucing, kadang haiwan nie dapat baca mood kita haha. Sifat penyayang itu adakalanya dapat dipupuk :)

    ReplyDelete