Pandainya kau buat ketupat..

12:53 AM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Bukan nak cerita tips buat ketupat ya haha. Ini nak cakap tentang mengumpat, maksudnya menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Pendek kata, mengata orang belakang-belakang. Panjang tak kata apa..lol.

Mengumpat sebenarnya berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan. Biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Erm, betapa buruk dan hinanya mengumpat, disamakan pula seperti memakan daging saudara seagamanya. Manusia waras mesti tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatnya. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat. Mengumpat terlalu biasa dilakukan manusia pada masa kini, sebab itu tidak dirasakan ia sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya dan diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

Semoga ada manfaat yang anda perolehi dan semoga kita terhindar dari melakukan perbuatan mengumpat ini. Mari sama-sama memperbaiki diri. Sekiranya ada salah dan silap tolong dibetulkan ya.

You Might Also Like

4 comments

  1. Assalamualaikum Nazihah,

    Perkongsian yang baik untuk dimanfaatkan bersama.. Memang kadang-kala kita tak perasan bila seronok bercerita sedangkan apa yang diceritakan itu sebenarnya tentang keburukan orang lain.. Syaitan pun terus tepuk tangan.. Minta dijauhkan dan semoga kita lebih berhati-hati bila bercerita kann..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga kita hindarkan huhuhu manusia tak lari dari kesilapan tp kalau saling mengingatkan InshaALLAH boleh dihindarkan :)

      Delete
  2. kite pun panggil mengumpat = ketupat..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..kata ganti nama yg agak sedapt didengar hahaha

      Delete