Wanita itu

7:12 AM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Sebaik saja Islam datang, wanita di angkat dari kehinaan dan menyamakan hak-hak dan kewajipannya dengan lelaki. Ertinya, setiap amalan yang baik sebagai ibadah dan dilakukan oleh setiap Muslim baik lelaki mahupun wanita maka menurut Islam, amalan itu adalah sama. Tiada perbezaan antara perbuatan lelaki atau wanita.

1) Wanita di Zaman Nabi Sulaiman a.s

Pada zaman Nabi Sulaiman a.s terdapat seorang wanita ahli falsafah yang mempunyai firasat tajam terhadap fenomena sekitarnya dan memiliki kecekapan dalam menangani serta menyelesaikan pelbagai masalah. Wanita itu bernama Balqis, Ratu dai Negeri Saba’ yang amat terkenal. Kisah perjalanan kekuasaannya bersama Nabi Sulaiman a.s sudah menjadi riwayat yang amat popular di kalangan umat manusia, khususnya umat Islam. Disini nampak keperibadian wanita yang hakiki di sebalik statusnya sebagai penguasa. Ia tidak suka pada peperangan dan permusnahan. Ia lebih mengutamakan langkah-langkah strategik, damai dan diplomatik sebelum menempuh jalan melalui kekuatan tentera.

2) Wanita di Zaman Nabi Musa a.s

Menurut Al-Quran, pada zaman Nabi Musa a.s ramai wanita yang memainkan peranan penting. Mereka menikmati kedudukan terhormat, mempunyai taraf intelektual yang tinggi. Berkat potensi-potensi itu dan kurnia Allah, mereka telah mampu melindungi dan meyelamatkan Nabi Musa a.s. Ibu Nabi Musa a.s Maryam misalnya, ia mempunyai peranan yang tidak kecil sebagai seorang ibu yang beriman, jujur dan taat terhadap perintah Tuhannya. Hal itu terbukti ketika ia mematuhi dan memenuhi perintah Tuhannya untuk menghanyutkan Musa ke dalam Sungai Nil. Andainya wanita tidak mempunyai potensi untuk merealisasikan beban-beban yang diamanahkan olen Tuhannya, sudah tentu Allah akan menggariskan realiti sejarah yang lain. Bahkan dalam beberapa hal, wanita lebih utama daripada lelaki. Buktinya, istilah Ummun (ibu) di dalam Al-Quran dan Hadith jauh lebih baik banyak daripada kata-kata Al-Ab (ayah/lelaki).

3) Wanita di Zaman Nabi Isa a.s

Sebagaimana Allah telah memilih sejumlah kaum lelaki untuk memegang risalah kenabian dan mukjizat, maka Allah telah memilih sejumlah wanita untuk memiliki keistimewaan khusus, di antaranya adalah Maryam binti Imran. Ia merupakan tokoh wanita teladan yang dikurniakan pelbagai keistimewaan dan karamah oleh Allah SWT. Ia sama dengan kaum lelaki dalam melaksanakan segala macam ibadah, ia merupakan wanita pilihan. Allah berfirman, maksudnya : “Dan ingatlah ketika malaikat (Jibril) berkata: “Hai Maryam sesungguhnya Allah telah memilih kamu, mensucikan kamu dan melebihkan kamu atas segala perempuan di dunia (yang semasa dengan kamu). (Ali-Imran: 42)

4) Wanita di Zaman Rasulullah SAW

Kemahiran Sayyidah Khadijah binti Khuwaylid dalam menguruskan perniagaannya yang setanding dengan orang-orang lelaki d Makkah al-Mukarramah sebelum dan selepas Islam, adalah satu fakta sejarah yang amat dikagumi. Sifat-sifat mulia yang ada pada dirinya dan keyakinan diri yang tinggi memberikan kekuatan padanya membantu Rasulullah SAW menghadapi orang-orang Quraisy di tahap-tahap awal gerakan dakwah Islamiyah dimulakan di Makkah al-Mukarramah. Selain itu, Sayyidah Aisyah binti Abu Bakar membuka era baru pencapaian wanita dalam bidang ilmu pengetahuan.

Keilmuan yang tinggi meletakkan beliau setaraf dengan ulama terbilang di zaman awal Islam. Beliau menjadi seorang mahaguru dan merupakan salah seorang periwayat hadith yang terkenal di antara sahabat-sahabat Rasulullah yang lain. cuba mencontohi.

You Might Also Like

0 comments