Cerita Cinta Biasa

11:26 PM

~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Rusydee Artz : Bahagiakan Allah

Alhamdulillah being born into Islam, the ability to read and write, having two parents who are alive and together, having brothers and sisters, the ability to hear and see, the ability to walk on two legs and the freedom to live our life free of terror or fear. We have so many ni'mah Allah gave to us. So grateful for Allah. Smile. Actually, I'm interested in a work on Youtube. So, I'll share with you all. Hopefully useful.

Bukan cerita cinta biasa :

Saat aku rasa dunia tidak menyebelahi, aku buntu ke mana hendak lari hendak bersembunyi. Bahagia sebenarnya dimana? 

Seorang kawan aku cakap, Hidup ini bahagia bila kita Tip-Top dalam study. Nanti ramai orang suka kita! 

Tapi.. Kenapa aku tengok dia seorang diri? 

Kawan lain pula cakap, Hidup ini bahagia bila kita ramai teman. Lagi-lagi kalau ada yang istimewa! 

Tapi.. Kenapa aku selalu Nampak dia menangis? 

Orang ramai cakap pada aku pula hidup ini bahagia bila kita buat apa yang kita suka. Dengar lagu, main bola, melepak, online. Masa pun terisi! 

Tapi.. Kenapa mereka tetap mengeluh bosan? 

Betulkah hidup Cuma sekadar ini? 
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Adz-Dzaariyaat 51:56

Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat). (Al-'Ankabuut 29:64

Terkaku saatku tahu. Hidup ini bukan sekadar ‘Hidup’. Cinta yang dikurnia bukan hanya untuk aku. Harta ini juga bukannya milik aku. Malah hati, hati juga sekadar pinjaman sahaja. Hati ini hidup kerana Allah tunduk dan mengharap hanya pada-Nya. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk DIA. 

Persoalanku sudah terjawab. Semuanya berbalik pada Allah SWT. Hati puas saat tahu berpaut itu hanya pada Allah. Hidup indah tak keseorangan saat tahu Allah sentiasa menemani jiwa, merasa cukup bila Allah memujuk, bila Allah berjanji Kerana aku tahu cerita cinta aku bukan cerita cinta biasa =) Benarlah! 

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Ar-Ra'd 13:28)

S/s : Kebanyakan U telah mengeluarkan exam result, bangga dan happy dengar khabar gembira dari teman2 U lain. UMS masih dalam proses (mereka buat surprise mungkin) dan semakin hari semakin.........sejarah oo sejarah, apa yang akan tercatat padamu untukku! Doakan saya!

You Might Also Like

27 comments

  1. nice~ suka3.. =D
    cerita cinta biasa..
    mgkin biasa pd pndgan mereka, tp bila nilaian kita d sisi Allah hanyalah taqwa, kesudahan cerita cinta biasa ini akan menjadi luar biasa. Insya Allah..

    p/s: he3..UMS mmg plan nk bg surprise besar kowt.. :)

    ReplyDelete
  2. benar-benar terkesan dengan n3 ini, mengingatkan diri nahawa kita adalah hamba... terima kasih atas perkongsiannya seeru `ala barakatillah...

    ReplyDelete
  3. To AtiQa Nur

    Alhamdulillah terima kasih Atiqa,sekdar berkongsi rasa untuk diri dan semua ^^

    betul3,insyaAllah jadi yang luar biasa^^
    apa2pun perlu ada pengorbanan,semoga Allah menjaga hati kita supaya tidak terikat dgn dunia semata-mata

    hehe~ tulah pasal..sabar ja kan :] mohon didoakan ya.

    ReplyDelete
  4. '' Hidup indah tak keseorangan saat tahu Allah sentiasa menemani jiwa''

    (kopipes!)

    mantap penulisan kamu bha...:)

    ReplyDelete
  5. La tahzan nazihah, menjadi ghuraba itu adalah sesuatu yang biasa bagi mereka yg memegang agama di akhiz zaman ni, berbahagialah wahai ghuraba..

    p/s- mendoakan kamu berjaya dgn rsult yang terbaik, amin. Jemput ke WADi dan daftar forum, admin asal dah kembali dengang nafas baru..tapi di forum di blog..daftar dan mari berforum...terbuka kepada semua juga, :)

    ReplyDelete
  6. ^^ Mantap!Sempoi,tapi penuh erti hidup:)Moga najah sufi dalam exam:)Amin,insyaallah.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah...syukron^^

    u sy nak masuk kuliyyah dah minggu depan..awal kan..

    ReplyDelete
  8. ini yang dalam video kat youtube
    yang danbo comel2 tu kan. ^^

    memang indah kan "bukan cinta biasa" ini. luar biasa. SubhanAllah :)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum wbt
    Manusia ni suka mengambil dan menyalin perkataan orang2 dahulu walaupun mrk tidak berjumpa. Sebab itu kita melihat dinusantara sebelah sini banyak kepercayaan2 dan adat org2 terdahulu. Surah AtTaubah:30 لِكَ قَوْلُهُم بِأَفْوَاهِهِمْ ۖ يُضَاهِئُونَ قَوْلَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن قَبْلُ Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu`

    Kita hanya boleh mengambil perkataan Allah SWT dan RasulNya saja. Adapun ulama` hanyalah mewaris dan menyampaikan perjuangan para Rasul dan tidak ada hak dlm penetapan hukum. Surah Yunus:32 فَذَٰلِكُمُ اللَّـهُ رَبُّكُمُ الْحَقُّ ۖ فَمَاذَا بَعْدَ الْحَقِّ إِلَّا الضَّلَالُ Maka yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah, Tuhan kamu yang sebenar-benarnya; sesudah nyatanya sesuatu yang betul dan benar, maka tidakkah yang lain daripada itu salah dan karut sahaja?

    Jadi tidak hairanlah bahawa zaman sekarang, manusia kufur dari segi tauhid Rububiyyah walaupun beriman dari segi tauhid Uluhiyyah. Pernah suatu ketika sahabat Rasulullah saw bernama Adi bin Abi Hatim r.a. (suatu ketika dahulu penganut agama Nasaro) bila mendengar Rasulullah saw membaca Surah AtTaubah:31 اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّـهِ Mereka menjadikan pendita-pendita dan ulama` ugama mereka sebagai tuhan-tuhan (Arbabb) selain dari Allah.

    Maka beliau berkata,`Wahai Rasulullah (saw), semasa aku menganut agama Nasaro dulu, aku tidak pernah pun menyembah mrk (pendita dan ulama`) sebagai tuhan. Maka Rasulullah saw menjawab,`Apa yang Allah halal, mrk haramkan dan apa yang Allah haram, mrk halalkan. Dengan demikian kamu telah menyembah mereka`. rujuk kpd Tafsir Ibnu Katsir dlm Surah ini.

    Jadi orang gharib (asing) mmglah banyak rintangan hidup tetapi apa yang penting mrk tahu dan bersabar menghadapi pusingan `roda islam` dimana adakalanya diatas atau dibawah. Wallahualam.

    ReplyDelete
  10. @tajnur

    sedikit tambahan di atas qalam tajnur :

    (روى مسلم في صحيحه عن أبي هريرة رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: « إن الإسلام بدأ غريباً وسيعود غريباً كما بدأ فطوبى للغرباء » (صحيح الجامع الصغير ، رقم 1576).

    وعن سهل بن سعد الساعدي عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: « إن الإسلام بدأ غريباً وسيعود غريباَ كما بدأ، فطوبى للغرباء »، قيل: من هم يا رسول الله؟ قال: « الذين يَصلُحون إذا فسد الناس » (سلسلة الأحاديث الصحيحة ، رقم 1273).

    وروي بزيادة بلفظ: "قيل ومن الغرباء؟ قال: « النُّزاع من القبائل » (توقف الألباني في تصحيحه وتضعيفه انظر سلسلة الأحاديث الصحيحة، رقم1273).

    كما روى عبد الله بن المبارك في كتابه "الزهد" عن عبد الله بن عمرو بن العاص قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: « طوبى للغرباء » ، قيل: ومن الغرباء يا رسول الله؟ قال: « ناس صالحون قليل في ناس سوء كثير، ومن يعصيهم أكثر ممن يطيعهم » (سلسلة الأحاديث الصحيحة، رقم1619).
    )

    Dikatakan: Siapakah Al-ghuraba' itu ya Rasula Llah? Dia berkata: <Manusia salih yang sedikit dalam manusia jahat yang banyak, dan orang yang mengingkari mereka lebih banyak daripada orang yang menta`ati mereka (Sahih Jami' as-saghir, silsilah al-hadith as-sohihah)

    wallahumusta'an

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum wbt
    Jazakallah @ Ad-Dien. Ana sangat menghargai utk mendapat dan menyimpankan matan dan nas sesuatu dalil spi ini. Nanti2lah kita bincangkan bab ini yang juga dikenali sebagai Ulul Baqiyyah. Wallahualam.

    ReplyDelete
  12. Ustaz abuikhwan

    Alhamdulillah,Terima kasih ustaz.

    moga Allah memberkati :)

    ReplyDelete
  13. ya Bulan Syurga Firdausi

    Alhamdulillah,amiin..
    terima kasih Firdaus.

    didoakan untuk kamu jg.

    ReplyDelete
  14. Akh E n t o y C a i r o

    Bukan penulisan saya bah akh :)
    saya dapat drpd Utube, so sy salin balik^^

    moga Allah memberkati.

    ReplyDelete
  15. ya Ad-Dien

    Alhamdulillah,syukran Ad-Dien.
    saya dah daftar.

    ReplyDelete
  16. Adik kAlaM Kudus92

    Alhamdulillah,kredit diberikan pada yang membuat bait kata2 ini...memang mantap :) sy cuma salin balik..

    moga Allah memberkati..

    syukran dik!

    ReplyDelete
  17. ya .:naqib saad:.

    ya..ya..yang tu^^ saya salin balik!

    wah..asal danbo ja..kamu tahu semua hehe~ peminat fanatik danbo kamu ni :)

    syukran ya naqib

    ReplyDelete
  18. @tajnur

    la baksa ya ustazah, sekadar berkongsi matannya sahaja :)

    ya benar, ia dalam bab Ulul Baqiyyah adalah dari peristiwa Tansiq, barakallahufik

    ReplyDelete
  19. To Ustazah Tajnur dan Ad-Dien~

    Alhamdulillah..Alhamdulillah..

    wah..ini antara orang2 yang tinggi ilmu agamanya :)

    alfu syukran atas perkongsian ustazah dan Ad-Dien.

    Bab2 begitu saya memang kurang sgt =='

    amat menghargai.moga pembaca yang lain dapat mengambil manfaatnya..

    ReplyDelete
  20. @Nazihah@Jiha

    Allahu yubarikufik... alfu syukran ya ukhti

    ReplyDelete
  21. Allahu Akhbar. seseorang itu psti tidak akn berasa bosan apabila stiap yg dilakukan bersandarkan dgn niat kerana Allah dan cinta kepadaNya. wlaupun prkara tersbut sentiasa diulang-ulang, tpi dia ttp tak rasa jemu..

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum =') nak ckp rindu, rindu rindu sgt dkt akak! *peluk*

    tersentuh dgn penulisan akak. Seringkali manusia tersilap dlm memberi erti kata bahagia. Dicari pada harta yang ditemui hanya kekosongan, dicari pada cintanya manusia yang ditemui hanya kekecewaan. Bahagia itu terletak pada hati yg qanaah dgn segala nikmat Allah dan sabar dlm menghadapi ujian-Nya.

    rindu amat kamu bha! <3 moga akak sentiasa najah dlm apa jua yg akak lakukan. Bahagia fiddarain. fiddunya wal akheerah, Ameen, insya-Allah. =')

    ReplyDelete
  23. TO Cik_Shiqah

    ys..memang benar, hakikatnya hidup ini berlandaskan syariat Allah SWT semata-matanya :)

    yang atur dan tentukan juga hanya DIA.

    ~terima kasih~

    ReplyDelete
  24. Adik :: Zahratu Billaurah ::

    Waalaikumsalam wbt dik.
    Allah..:') rindu juga...

    ni bukan penulisan akak dik :) kopipes je..

    terima kasih banyak dik..akhirnya adik update blog juga ya ^^,

    sayang adik kerana Allah!

    ReplyDelete