Sabar sekaligus Senyum

6:04 PM

~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
Berjalan Tanpa Henti, jangan berputus asa :)

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang. Puji dan syukur pada Allah swt, rahmat dan keredhaan Allah pada Rasulnya Muhammad saw. Semoga selamatlah kita semua berserta hamba-hamba Allah yang baik. Dalam lesu kau masih tersenyum. Walaupun terlihat duka tangisanmu merindukan warna kedamaian. Damai yang kau cari akan kau miliki pasti.

Ketahuilah olehmu, Jika kau merasa lelah dan tidak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia, Allah SWT tahu betapa keras kau sudah berusaha. Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih, Allah SWT sudah menghitung air matamu. Ketika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berjalan begitu saja, Allah SWT sedang menunggu bersamamu.

Ketika kau berfikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi, Allah SWT sudah punya jawabannya. Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan, Allah SWT dapat menenangkanmu. Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menghubungi, Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang, Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya dan Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak. Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak terbalas, Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu dan Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu.

Ketika kau merasa telah dikhianati dan dikecewakan, Allah SWT dapat menyembuhkan lukamu dan membuatmu tersenyum. Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan Allah SWT sedang berbisik kepadamu. Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur, Allah SWT telah memberkahimu. Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban, Allah SWT telah tersenyum padamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi, Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu. Ingat dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap, Allah SWT Maha Mengetahui.

Alhamdulillah, moga ada manfaatnya untuk anda. Credit to : MPS


P/l : ok.. continue study, jumpa lagi!!

You Might Also Like

14 comments

  1. tuddddiaaaaa...hehe..puitis sekali bahhh!!:P

    doa senjata seorang mukmin bah..smile always k..

    ReplyDelete
  2. patut sy rasa mcm kurang seorang sahabat kat fb..rupanya kamu yg hilang =)
    study rajin2 ye dik.. dah besar nnt jadi orang baik2 taw..tolong mak ayah =)

    ReplyDelete
  3. time2 study sempat lagi buat entri ye..

    terima kasih Allah kerana Engkau selalu ada untuk hamba-hambaMu..

    ReplyDelete
  4. Semoga kita tak lupakan Allah s.w.t.. ^^,

    selamat study..

    ReplyDelete
  5. MPS??ukhti tu sekali kampung dengan nazihah ke??

    dah kahwin hari tu..barakallah..
    blognya pun sudah lama amat tak update... :) salam buatnya ye

    ReplyDelete
  6. ya Ad-Dien

    tak ar..kak Laila rasany kat tawau kot.sy sandakan bah Ad-Dien..jaoh tu :)

    a'ah..ukht tu dah kahwin..alhamdulillah..moga berkekalan hingga syurga :) insyaAllah amiin..

    ReplyDelete
  7. Akh E n t o y C a i r o

    kopipes bah,,memang ar heh~

    ya..senjata org mukmin,syukran akh :)

    ReplyDelete
  8. Ustaz fuad ansari

    sekejap jak ustad,tak lama pon heh~

    terima kasih Allah ^^

    ReplyDelete
  9. ukht Faaein Talip Roy

    takkan pernah lupa pada-Nya Tuhanku :)

    terima kasih ukht ^^

    ReplyDelete