Untung kenal Lelaki

12:57 AM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
ehem..berkenan :] heh~

Banyak untung kalau kenal lelaki oleh DR. HM TUAH :
Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya. Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan, berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. Anda melakukan begitu untuk meraih simpati.

Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama. Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.

Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?

Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.

Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami. Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.

Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan. Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.

Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?

p/s : urm..tak tau nak publish apa sebenarnya, so, ~plagiat/copypaste~ bahan bacaan dalam lapy. moga bermanfaat dan terima kasih sudi baca hingga habis. jumpa lagi!


You Might Also Like

21 comments

  1. wahh...bermanfaat!
    Nice post...yg pnting di sini masing2 kena memahami fitrah antara satu sama lain.

    *Ustaz Don???:D

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum ukhti :)

    ustaz don tuh. hehe~

    lelaki dan perempuan memerlukan di antara satu sama lain. stuju dengan komen Isma Haneefa. masing2 kena mmhami fitrah antara satu sama lain. huhu.

    nice sharing ukhti ^^

    ReplyDelete
  3. wahh nazihah laa ni sudah pandai naaa....dah besar lah ni... :D

    Alhamdulillah..fitrah Adam itu perlukan hawa begitu juga sebaliknya..kerana itu Allah mengaturkan jalan yang halal untuk maslahah hambaNya..wallahua'lam..

    ReplyDelete
  4. Adik Isma Haneefa

    Alhamdulillah.
    terima kasih dik,betullah tuu :]

    Jawapannya : Ustaz Don lah tu heh~
    guna gmbr ustaz..kan dah femes tu^^

    ReplyDelete
  5. Waalaikumsalam Cik_Shiqah :]

    well~ ^^ 30min bersama ustaz Don!

    Alhamdulillah.memang benar cik Shiqah :]

    terima kasih~

    ReplyDelete
  6. ya Ad-Dien

    Berkongsi semata^^
    saya dah besar takleh beso lg heh

    Benar..tepat sekali!

    ~syukran

    ReplyDelete
  7. Adik Muhammad Iqbal

    ehe,itu je dikomen :]
    Anugerah Allah SWT dik heh

    ~syukran

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum wbt
    Kehidupan manusia adalah rencam baik lelaki mahupun perempuan. Siapa pun tidak boleh mendakwa lelaki mesti bersifat begini dan begini, begitu juga perempuan (vice versa). Setakat ini belum ada piawai yang mengesahkan demikian kerana saya percaya perempuan pun ada juga berdemikian malah lebih kompleks jika kedatangan hormon estrogen dan progesteron. Tapi saya tidaklah pula menafikan sepenuhnya. Mungkin nanti Nazihah akan mempelajari dlm bidang psikologi manusia baik lelaki atau perempuan supaya lebih jelas tabiat sebenarnya sebelum pendekatan pedagogi.

    Bagi saya, walau apa sekali perubahan watak manusia, apa yang penting adalah menuju kearah perubahan yang baik atau anjakan paradigma (paradigm shift) yang positif. Bukannya mudah utk mencari kesesuaian tetapi demi kerana `petunjuk Allah` kedua2nya mesti menepati keserasian. Mana yang kurang puas hati kenalah redha2 sikit spt dlm Surah AlBaqarah:232 إِذَا تَرَاضَوْا بَيْنَهُم بِالْمَعْرُوفِ Apabila mereka (lelaki dan perempuan itu) bersetuju sesama sendiri dengan cara yang baik (yang dibenarkan oleh Syarak).

    Tetapi apa yang penting asasnya adalah kedua2nya mesti menegakkan hukum Allah SWT. Apa yang berlaku selama ini, setelah berkahwin kedua2nya bersandarkan atas nama Islam sahaja sehingalah ke akhir hayatnya. Mungkin terlalu awal Nazihah utk memahami kesemua ini, tak mengapalah apa2 pun kita pelajari juga melalui pengalaman hidup. Wallahualam.

    ReplyDelete
  9. Waalaikumsalam wbt ustazah :)

    Ustazah lebih arif dr sy (semestinya) ^^

    urm..memang bnyk lagi sy perlu pelajari..dan tidak dinafikan apa yg ustazah nyatakan itu benar..zaman skrg lelaki dan wanita boleh jadi sedemikian rupa dengan kata lain sifat lelaki ada pd wanita dan sifat wanita kemungkinan ada pd lelaki.

    ..tapi,apa yg Dr Hm Tuah sampaikan ini lebih kpd yg asas bagi sifat lelaki :) kan ustazah?

    tak sabar nak belajar psikologi sem2 ni,w/pun ada yg kata susah ==
    mohon doa dr ustazah ^^

    alfu syukran ustazah~

    v(^^,)

    ReplyDelete
  10. Apa yang Dr hm Tuah ni tulis sama macam dalam buku men from mars women from venus by john gray.. buku ni buku panduan untuk mengenali lelaki dan perempuan. perbezaan dan persamaan berdasarkan kajian.

    ust hasrizal dulu recommend buku ni tuk sesiapa yang nak kahwin. bolehlah dapatkan di pasaran.

    * mcm promot lak. haha :)

    ReplyDelete
  11. ya .:naqib saad:.

    ya..ya..sy tahu buku tu,tp belum beli lg heh~ insyaAllah

    sesiapa pun boleh baca..yg bujang pun apa salahnya baca..ilmu tu :D

    *tak kisah bah,manalah tau ada yg baca komen cikgu naqib..terus cari buku tu..kira pahala juga tuu~ heh

    ~terima kasih~

    ReplyDelete
  12. ruginya saya.. semua ciri2 lelaki cantik tu xde kat sy. =(
    sy memang x cantik pon.

    tp kamu mesti boleh jadi pmpuan cantik nazihah, jaga lidah, hati.. jaga riak, sombong.. kalau kita ingat tempat kita selepas mati.. xkan ada sombong. kita hidup didunia terlalu sekejap, jgn gadaikan akhirat utk dunia ye nazihah.

    -Ramli.( maaf xde akaun google, saja2 baca) =)

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum nazihah,^^

    setuju sangat dengan apa yg dikata,aie pun kalau ada masalah lebih suka sendiri dan selesaikan sendiri...perlu mengambil masa utk rasa tenang..

    ReplyDelete
  14. nice!!

    cuma tergelak bila baca, kucing pun pening kalau dengar leteran wanita.. (",)

    mungkin sebab itulah lelaki lebih sesuai menjadi ketua samada di rumah mahupun di pejabat kan.. (",)

    ReplyDelete
  15. Akh Anonymous >Ramli<

    jgn kata begitu,manusia ini digalak melakukan perubahan setiap hari ,perubahan w/pun sedikit sekurang2nya kita berusaha utk berubah dan meletakkn perjlnn kehidupan pd landasan yg betul. Moga perubahan yg kita lakukan beroleh ketenangan serta dirahmati oleh Allah S.W.T. insyaAllah akn menjadi 'lelaki yang cantik' disisi Allah :]

    Alhamdulillah..terima kasih atas nasihat itu,sy akan pegang dgn kata2 itu..insyaAllah moga Allah tetapkan hati dan iman..

    v(^^,)

    ReplyDelete
  16. Akh aiEz

    Waalaikumsalam Akh.

    yakah ^^
    lelakilah katakan heh~

    tp,sy pon bgtu sbnrnya =='

    ReplyDelete
  17. Ustaz fuad ansari

    alfu syukran ustad ^^

    mmg part tu lawak skit heh~

    ya..ya..lgpun lelaki ni tak terlalu ikut emosi,straight to the point dan ego tinggi skit heh~ jgn marah,hakikatnya..

    lain kalau wanita..mudah sgt tersentuh ^^ lembut,ayat berbunga2 ..tp, lembut kami bukan bererti lemah k..

    Ada yg kata: "kalau wanita yg jd pemimpin..habislah duit negara" heh~

    wallahualam

    kalau nak cerita tntg kaum Adam dan hawa ni mmg tak bole habis..Allahuakbar...

    syukran Ustaz~

    ReplyDelete
  18. plagiat/copypaste yang memberi manfaat tak mengapa...kan... kita sekadar menyebar dan berkongsi ilmu... moga2 ia menjadi pencen akhirat nanti...

    ReplyDelete