Debaran Menunggu Result

10:00 AM

~Assalamualaikum~
Sentiasa Mendoakan Kalian Dari Kejauhan

Penguasa semesta alam, di atas segala nikmat yang terus menerus diberikan kepada kita hamba-hambaNya. kita sering melakukan pelbagai dosa dan maksiat walaupun kita mengetahui bahawa Allah sentiasa Melihat dan Mengetahui apa sahaja yang dilakukan oleh hambaNya, namun Allah masih tetap memberikan nikmatNya kepada kita semua. masyaAllah

Setelah bertungkus lumus mengharungi kegetiran peperiksaan sijil tinggi persekolahan malaysia(STPM) dan sijil tinggi agama malaysia(STAM) Semua rakan sedang berdebar menanti result yang akan keluar pada bila-bila masa sahaja (21.feb.2011)

Jadi ,bagi calon2 STPM dan STAM 2010, bertawakkal saja lah kepada ALLAH SWT...terima apa yg seadanya. WAHAI SAHABAT2 BLOGGER..Doakan kejayaan saya. moga2 doa anda semua di makbulkan ALLAH SWT..^^, Syukran.

debaran..dup..dup..dup

Ya Allah, Dalam perjalanan yang penuh berliku. Hanya pertolongan Mu yang aku pohon, Agar perjalanan ini sentiasa dalam rahmatMu, Dalam petunjukMu yang tidak akan pernah putus-putus, Kerana aku yakin tanpa diriMu tiada ertinya perjalanan ini. 

Ya Allah, Redhailah perjuanganku ini, Demi sebuah kejayaan dalam kehidupan di dunia, Dan demi kehidupan yang bakal menantiku, Di sebuah tempat abadi diakhirat nanti. 

Ya Allah, Aku ingin memberi rasa gembira, Rasa bahagia, rasa tenang kepada kedua ibubapaku, Dengan kejayaan yang bakal kucipta Dan Tuhanku aku akan terus berusaha, Bejuang demi masa depanku, Demi kesejahteraan sejagat, Bantulah aku Ya Rahman, Dalam MENUJU TUNGGAK KEJAYAAN abadi. Amiin.

You Might Also Like

0 comments