Kawan zaman ini
10:21 AM
~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
“Setiap orang yang membuatmu lalai dari taat kepada Tuhanmu adalah musuh dalam selimut, sekalipun ia menampakkan diri sebagai kawan yang jujur dan ikhlas.” (Salafunasshalihin).
Kawan di akhir zaman ini payah untuk kita ketemui yang benar-benar sibuk dengan urusan memperbaiki dirinya, yang benar-benar sibuk untuk mengubah sikapnya untuk kembali kepada Zat yang sempurna.mYang ada kini hanyalah sibuk dengan urusan mengumpul harta dunia. Walau di ketahui dunia ini hanya sementara.
Kawan di akhir zaman ini, Payah untuk kita ketemui. Yang bergelumang dengan majlis ilmu. Yang sanggup bersusah payah dan berpenat lelah. Yang sanggup menghabiskan masa, tenaga, umur dan harta, dalam belajar dan mengamalkan ilmu kurniaan Allah. Yang ada kini hanyalah berbangga dengan harta yang menimbun. Tapi jiwanya masih kosong.
Kawan di akhir zaman ini, Payah untuk kita ketemui. Para ilmuan yang bertaqwa yang benar-benar melekat iman di jiwanya. Mengunakan professionnya menuju cita-cita di akhirat sana. Yang ada kini hanyalah mereka yang lalai dan leka. Yang hidupnya lebih barat dari barat. Iman dan amal soleh terasa amat berat baginya.
Kawan diakhir zaman ini susah untuk kita temui, Yang menjadikan Al-Quran sebagai hiburan. Menjadikan zikir dan selawat sebagai ucapan kelaziman. Yang ada kini hanyalah, Artis dijadikan bahan pujaan, Nyanyian melalaikan dijadikan hiburan. Dianggap moden dan berketerampilan.
Kawan di akhir zaman ini, Payah untuk kita ketemui, Bersifat silaturrahim semata-mata kerana Allah Saling berhubungan dan bertanya khabar semata-mata kerana Allah yang ada kini hanyalah, Sikap pura-pura untuk menyenangkan hati sendiri. Berkawan untuk mendapat kepentingan dan habuan diri.
2 comments
assalamualaikum nazihah....maaf ya,sy g share post kawan zaman ini...sbb sy rsa post ni sgt baik...sesuai utk dikongsi brsama... :)
ReplyDeletesahabatku Wahida K.Azman
ReplyDeletewaalaikumsalam wbt..alhamdulillah tafadal ya sahabat..terima kasih :')