kenapa malas solat?
10:33 AM
~Assalamualaikum~
Sentiasa Mendoakan Kalian Dari Kejauhan
Sentiasa Mendoakan Kalian Dari Kejauhan
Penulis sebutkan perkara ini dalam bentuk pantun tetapi diharapkan ianya akan mendatangkan banyak manfaat kepada penulis dan kepada yang lain.
kenapakah engkau malas sembahyang,
Allah beri engkau jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukankah lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang.
kenapakah engkau malas sembahyang,
kerja sudah beres keluarga pun sudah senang,
Negara pun telah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu engkau tidak boleh luang?.
kenapakah engkau malas sembahyang,
Allah beri otak supaya engkau tidak bangang,
Allah beri ilmu boleh berfikir susah senang,
Allah beri nikmat kenapa engkau tidak kenang?.
kenapakah engkau malas sembahyang,
main bola engkau sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert engkau sanggup beratur panjang,
Apa engkau ingat masuk syurga boleh hutang?.
kenapakah engkau terlalu malas sembahyang,
engkau kena ingat umur kita bukannya panjang,
pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena pukul sorang-sorang.
kenapakah engkau terlalu malas sembahyang,
siksa neraka cubalah engkau bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tiada siapa boleh halang!.
"Qaddarallahu Maa Syaa a Fa'al" (Allah telah menentukan bahawa ianya akan berlaku. Apa yang dikehendaki-Nya pasti akan dilakukan-Nya). Moga ada manfaat dariNya untuk kita semua. "ISLAM SELAMAT,SEMUA SELAMAT" artikel daripada buku " PENAWAR UNTUK SEMUA"-Ismail
0 comments