Hadirnya perasaan ini

10:44 AM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
~salam syawal~

Alhamdulillah, disaat ini Allah masih memberikan kekuatan untuk menjalani hidup. Hidup kerana Allah. Hari-hari berlalu meninggalkan kenangan tersendiri. Sepi hari ini. Rasa lama tidak mencoret sesuatu disini. Mungkin ada yang rindu (bunga perasan). Apa yang ingin dikongsikan hari ini? kosong.

Kini berada dikampung halaman. Keningau yang paginya sangat sejuk bila tengah hari panas menyengat. senyum. berlainan sudah sekarang. sejuk memanjang. kena berfikir dua tiga kali nak mandi atau tak. hee~ Esok bermula episod baru dalam hidup. 'My sis pesan hidup disana lain. Bermacam ragam orang akan ketemu. Kena bijak cari kawan'. Itu saja yang masuk dalam telinga sepanjang hari menanti saat itu tiba. Itu sebagai peringatan pada diri, moga tidak lalai meniti arus disana nanti. InsyaAllah mohon bantuan Allah sepanjang masa. Tolong ingatkan aku!

Mereka yang lain dah lama mulakan sesi  pembelajaran, mengharungi imtihan dan saya masih diawal-awalan, umur bukan penghalang (muda lagi) . senyum. kan Dalam hidup kita tak pernah lari dari belajar. Sesungguhnya Allah mengajar kita melalui perantaraan di mana-mana sahaja, Tetapi bila dah dilalaikan dengan keseronokan duniawi dan sering dipenuhi dengan tuntutan ilmu duniawi, tidak mustahil akan tiba suatu masa nanti kita merasakan bosan untuk belajar. Kegagalan dan kepayahan belajar juga boleh menyebabkan kita rasa putus asa untuk belajar. kita sudah lupa akan tujuan sebenarnya kita harus belajar. nauzubillah. 

Justeru Allah perlu hadir di hati kita setiap detik setiap saat. Tolong ingatkan aku! seronok, sedih, takut perasaan masa ini. Apalah yang akan diharungi nanti. Dahlah perangai masih kebudak-budakan lagi. senyum. 

Mak dan bapa, kakak dan abang tidak putus-putus memuaskan hati anak dan adik perempuanya ini. Nak minta itu diberi, yang tak diminta juga diberi. Nak memastikan tiada kurangnya untuk anak mereka ini belajar. Terasa membebankan mereka. Sayang sungguh dengan mereka. Masih teringat kata-kata mak dan bapa kepada anak-anak mereka. "duit bukan segala-segala, kami dah tua..duit sudah tidak berguna untuk kami, biarlah duit yang ada habis untuk kamu, yang kami mahu kamu semua berjaya, kalau dipanjangkan umur kami, kami mahu lihat kamu semua berjaya dan kamu tidak lupa pada kami" Allah! tak terasa pipi ni basah, Mohon doa moga Allah memberi kesempatan untuk melihat anaknya ini berjaya dan biarlah tangan ini tidak lari dari mengurus mereka kelak. biarlah jasad ini  hadir bersama mereka hingga hujung nyawa mereka.

Mungkin biasa bagi anda, namun ia baru bagi saya. Saya mungkin bukan seperti anda. Keluarga kami mungkin bukan seperti anda. Tetapi saya pasti semua ibu dan bapa didunia ini inginkan begitu. Pesanan ini untuk diri saya dan semua.

N/t : kaku sebenarnya tangan mengklik butang publish. Moga ada manfaatnya. mungkin post ini akan didelete bila-bila masa. UMS dekat dihati 4tahun InsyaAllah. Dekat jak dengan kampung halaman, senang nak balik rumah ^_^ beruntungkan hee~

You Might Also Like

7 comments

  1. selamat berjuang.. medan yg baik utk mencari ilmu dunia n juga akhirat.. semoga berjaya ye..(",)

    ReplyDelete
  2. Sesungguhnya menuntut ilmu tidak akan berhenti sehinggalah kita bertemu Allah SWT
    selamat mengharungi medan tempur ini...
    http://abuikhwan.blogspot.com/2010/03/memburu-ilmu.html

    ReplyDelete
  3. selamat menempuh perjuangan di menara gading :)

    ReplyDelete
  4. betul tu,
    sampaikan bila nak sesuatu benda, saya diamkan dr pengetahuan mak abah..tak mahu menyusahkan mereka.

    selamat menuntut ilmu! tak payah delete la ye, ada ja manfaat nya..hee :)

    ReplyDelete
  5. rindu sama writing n like di blog ini..moga ada manfaatnya juga..hehe..

    mabruk ya nagiha..:)

    ReplyDelete
  6. salam singgah..

    Selamat belajar.. Semoga manfaatkan peluang yang ada dengan sebaik-baikna.. InshaAllah.. Pasti ada manfaat di entri ni... (^^,)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Untuk anda semua :)

    Alhamdulillah,terima kasih atas nasihat yang diberikan dr akh dan ukht sekalian :)

    maaf, lewat membalas komen anda. moga beroleh manfaat

    doakan adik ya :)
    moga Allah merahmati anda semua.i'Allah.

    ReplyDelete