faqir

9:47 PM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Alhamdulillah, syukur dengan rahmat dan nikmat yang Allah SWT telah kurniakan kepada hamba. Terkesan saat menelaah satu entri dari penulis blog yang saya hormati ..Ustaz Abu Ikhwan..sangat suka dengan segala entri yang diterbitkan beliau dari awal pertemuan blog tersebut :) dengan itu saya disini ingin berkongsi sebuah entri yang diterbitkan oleh beliau pada khamis 15 september 2011...sejenak kita renungkan...i'Allah..

Kita yang faqir

Mari sejenak kita mengoreksi perjalanan hidup kita di dunia ini. Alam yang penuh dengan duri dan kabut yang melingkari perjalanan kita. Di sanalah, terkadangnya kita gembira dan berduka. Kadang-kala kita tersenyum dan menangis. Seringkali perjalanan ini terasa terlalu lapang, namun tidak kurang juga sempit yang menghimpit lagaknya.

Itulah hakikatnya kehidupan ini. Semua itu merupakan ujian buat hamba-Nya, siapakah yang terbaik amalannya. Maka laluilah ia dengan penuh kesedaran, sedar bahawa ianya ketentuan dari-Nya, sama ada baik atau buruk.

Kita adalah faqir di sisi-Nya

Kita adalah manusia yang lemah, tidak berdaya dan tidak berkemampuan. Kita semua berhajat kepada-Nya. Hendak atau tidak, setuju atau engkar, manusia memerlukan Allah SWT dalam setiap saat kehidupannya. Tiada siapa yang dapat menafikannya. Walau siapa pun dia.

Allah SWT berfirman:
“Wahai manusia! Kamulah yang faqir (sentiasa berhajat) kepada Allah, sedang Allah itu Dialah yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” (Faathir: 15)


Dalam ayat di atas Allah SWT mengatakan bahawa manusia semuanya faqir. Semuanya amat berharap kepada Allah, tiada yang terkecuali.

Faqir lebih rendah tarafnya daripada miskin. Jika miskin memberi makna cukup-cukup makan atau kais pagi makan pagi manakala faqir memberi makna tidak mempunyai apa-apa dan terpaksa meminta-minta. Itu istilah dari sudut bahasa.

Di dalam peristiwa Badar al-Kubra, diceritakan bahawa Rasulullah saw berdoa dan bermunajat pada malam 17 Ramadhan dengan bersungguh-sungguh, khusyuk dan merendah diri sehingga kain rida`nya yang di atas bahu jatuh ke tanah. Sehinggalah Abu Bakar as-Siddiq yang melihatnya lantas memujuk baginda dengan menyatakan:

“Cukuplah wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah SWT mendengar doa permohonanmu.”

Mengapa Rasulullah berdoa dengan begitu bersungguh-sungguh? Sedangkan baginda telah mengetahui bahawa Allah SWT akan memberikan kemenangan dengan bantuan dari para malaikat. Ulama menyatakan baginda mengetahui kemenangan tentera Islam di medan Badar kerana ketika tiba di kawasan yang akan berlaku pertempuran, baginda menunjukkan kepada para sahabat tempat terbunuhnya pemuka-pemuka Quraisy.

“Si polan bin si polan terbunuh di sini.”

“Manakala si polan bin si polan pula terbunuh di sini.”

Terbukti benar apa yang dinyatakan oleh Rasulullah.

Sesungguhnya Rasulullah saw mahu mengajarkan kepada umatnya bahawa faqirnya kita dan amat berhajatnya kita kepada Allah SWT. Maka menunduklah, hanya dengan ketundukan itu kita akan memperolehi keredhaan-Nya.

“Tidaklah Kami yang meminta rezeki daripadamu, bahkan Kamilah yang memberikan rezeki kepada kamu.” (Thaha: 132)

Alhamdulillah, semoga beroleh manfaatnya..
kalian boleh mengunjungi blog beliau http://abuikhwan.blogspot.com/


You Might Also Like

6 comments

  1. Assalamu'alaikum adik Jiha (^^,)

    Apa khabar dik? Moga sihat hendaknya. Baca Tazkirah di pagi jumaat, Subhanallah! alhamdulillah..

    Jazakillah adik Jiha syg, perkongsian yg bermanfaat sekali..:)

    ReplyDelete
  2. Kita yang hamba,jarang sekali bersyukur. Jarang merasa fakirnya diri.Hubungan dengan Allah,kadangkala hanya ketika susah.Apabila nikmat diberi,menyangka diri itu telah 'senang'.hakikatnya,kita memang hambaNya yg fakir.sentiasa meminta-minta padaNya.

    ReplyDelete
  3. indah dan bermakna kata2nya..

    benar2.. kita terlalu daif dan lemah.. itupun masih ada antara kita yg mahu meninggi diri serta bersifat angkuh dan sombong..

    ReplyDelete
  4. Kak tersayang ~hadirmu tanpa ku sedari~ - mujahidah iman - :)

    Waalaikumsalam kak Iman^^
    Alhamdulillah,sihat sejahtera.maaf kak Iman baru berjaya membalas komen kak Iman.moga kak Iman baik2 sahaja dengan rahmat dari-Nya insyaAllah :)

    syukran kak :)

    ReplyDelete
  5. Adik Ibnbakr insyaAllah akak doakan moga menjadi DR yang berilmu tinggi dan soleh :)

    Alhamdulillah,menghadirkan sebuah kata2 yang berjaya menyedarkan diri yang hendak lena..

    hakikatnya memang seperti itu dik,manusia...tak boleh nafikan...sikap manusia memang begitu..kerana itu perlu ada muhasabah diri setiap hari..kita sentiasa mulakan dari bawah..peringatan untuk akak juga..

    syukran dik Wafi..moga sejahtera dengan rahmat Allah SWT di sana..insyaAllah..

    ReplyDelete
  6. Akh fuad ansari seorang ayah yang soleh :)

    Alhamdulillah...indah kata2 lahirnya dari hati yang bersih. syukran untuk ustaz Ikhwan^^ mewujudkan entri ini :)

    insyaAllah semaikan dalam diri sifat tawadu' ^^ syukran ustaz Fuad.

    moga akh bersama keluarga tercinta bahagia dengan keberkatan dan rahmat dari Allah swt.

    ReplyDelete