ku Berlari..

11:22 PM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Alhamdulillah, mari bersama melafazkan syukur kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan kepada kita hamba yang faqir. Senyum sekali ye :) maaf lama tidak mengutarakan komen diblog kalian..hanya datang menjenguk sahaja..

Kenangan Terindah atau tragedi oktober...
ini bukan cerita seram..cuma akan mengdup..dap kan jantung anda sahaja..cerita bermula begini..dimalam yang hening..berdua bersama roomate yang setia menemani untuk mengcopykan 'nota bahasa dan komunikasi'..kami menuruni tangga dengan begitu sopan dan santunnya....terlihat dua mata sedang memerhati diri kami..terpacak bagaikan tiang tegak berdiri...perasaan ketika itu hanya Allah yang tahu...memberanikan diri untuk melangkah ke depan...oh tidak...nampaknya tidak berjaya...berlari ke atas bagai pelari pecut nombor satu dunia....Oh en. Black Dog!!! mengapa kami berdua yang engko nak bawa main kejar2!! terpaksa melalui jalan jauh hendak ke bawah, hanya Allah yang tahu kepenatan itu...Alhamdulillah..selamat...walaupun kedai telah tutup..=_='

Kehidupan ini banyak ujian dan rintangan yang perlu dilalui..walaupun sukar perlu ditempuhi kerana kita hidup di dunia ini segalanya telah diatur oleh-Nya yang Maha Esa...yang depan mahupun belakang..selepas kesusahan itu pasti ada kesenangan yang kita rasai..Allah! nikmat sungguh, pasti hanya akan dirasai oleh mereka yang bersabar menempuhinya..yang setia menguntumkan senyuman walau di saat fikiran tengah sarat dengan masalah..beban..kehidupan ini sebenarnya seronok..seperti bermain di kain putih yang dicorak-corakkan dengan pelbagai warna..jangan cuma fikir hitam dan putih..sama ada kalian suka atau tidak warna itu...kalian menolak namun tetap juga ada tempiasnya...terima ia dengan redha..hati yang lapang...tentu kalian senang..belum cuba belum tahu..sudah cuba baru tahu..

Semua manusia buat silap dan salah..cuba angkat tangan siapa yang tidak pernah buat salah atau silap..jangan nak tipu..dosa tau..sekali kita buat silap bukan bererti kita gagal selama-lamanya....jangan jadikan kesilapan itu satu isu kita akan gagal banyak kali..tetapi jadikan ia sebagai teman pembangkit semangat untuk lebih ke depan..bak kata orang juga, jadikan sebagai batu loncatan untuk ke destinasi yang lebih tinggi dan berjaya! jangan jadikan ia satu isu untuk berputus asa..

Oh...rasanya banyak typing error, 
almaklum..baru belajar menaip, apa dalam kepala itu yang ditaip. senyum. semoga bermanfaat,diri ini juga banyak kekurangannya..pesanan terakhir (bukan yang akhir) jangan jadikan alasan untuk tidak mengcopy nota...walaupun kejar dikejar en. DOG berlaku( yang ni bunga pesanan bukan betul2 :) yang sebenarnya pesanan...Andai ujian itu terbaik buat kita..maka tempuhi dengan penuh rasa Taqwa..kerana disebalik ujian itu...Allah lebih mengetahui segala yang terbaik dan hikmah untuk diri hamba-Nya :) jumpa lagi!!

You Might Also Like

9 comments

  1. Assalamualaikum nazihah, lama tak dengar khabar...saya dah tutup fb...namun blog masih ada...mtk maaflah...bnyk dugaan dan perkara perlu saya korbankan...

    nazihah continue stdy di UMS kan...stdy elok 2 yer..belajar sungguh-sungguh..dan dalami juga ilmu agama...agar sentiasa hampir dgnNya..insyaAllah..

    ReplyDelete
  2. jangan takut.. black dog itu juga adalah makhluk ciptaan Allah.. (",)

    kalaulah catatan masa diambil ketika lari pecut sedang berlaku, barang mungkin boleh pecah rekod dunia.. (",)

    slmt menuntut ilmu dan beroleh pengalaman yg bermanfaat ye..

    ReplyDelete
  3. hhhik comel je , ta bole na bayang mcm mana keaadaan akk time tuh , cian die , :)

    ReplyDelete
  4. bley di adaptasi jadikan filem ni..suspen tu kena kejar haiwan tu.. =)

    ReplyDelete
  5. wahai Ad-Dien

    waalaikumsalam wbt..
    saya harap Ad-Dien tabah menghadapi ujian hidup itu..Allah bersama kamu sahabat...

    syukran, insyaAllah nasihat itu tidak dilupa..

    ~didoakan kesejahteraanmu~

    ReplyDelete
  6. Akh fuad ansari

    Allah! takutnya tu..kalau ada perakam masa tu kan best..dapat juga tengok mcm mn gaya larian masa tu..

    jantung memang dah laju berdegup..
    kesian kat kawan sy..terpaksa menghadapinya bersama..

    ~moga akh dan keluarga berada dalam kesejahteraan-Nya~

    ReplyDelete
  7. ya songkok_hensem

    apalah nama dalam IC kamu ni :)

    jangan terlampau ketawa nanti hati mati bah :)

    tak baik ketawakan orang =_=

    ReplyDelete
  8. Adikku tersayang qesayhatiku

    oh adik..akak rindu dengan kamu ^_^
    kesian kan...tak yah bayangkan dik..hee~

    ~adik baik2 sayang kat sana~ sayang kamu ^^

    ReplyDelete
  9. ya Syukri Kamaruddin

    amboi..jadi filem pula :)
    direktornya kamu ar syuk..^^

    memang suspen..dah ar hitam kalau coklat,putih tak apa lagi hee

    ReplyDelete