Betapa aku malu

4:19 AM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt masih diberi nikmat kesihatan untuk beribadat kepada-Nya. Lama rasanya tak menekan papan kekunci untuk blog ini. Dah berhabuk dan berdebu nampaknya. senyum. kalian apa khabarnya? baik? iman? hati? terjaga ke? Alhamdulillah, semestinya kalian yang terbaik, tak seperti ku.

Gembira meniti perjalanan hidup disini, melalui perjalanan hidup yang baru, terdedah dengan bermacam karenah, gaya, mutu dan keunggulan hidup. Nak katakan susah tak susah sangat, nak kata senang entahlah. Semuanya muncul dari dalam diri sendiri. kalau tak dalam pun mungkin diluar (apa yang dikerepek ini)

Banyaknya perkara nak kena settle bulan ini. Nah! baru merasa perihnya belajar. (baru sedikit dah mengeluh, ni yang Allah tak suka ini) Astaghfirullah..istighfar banyak-banyak. Manusia ini tidak akan lari dari masalah, tetapi manusia yang nak lari dari masalah, mungkin ada. senyum. siapalah yang tak nak lari dari semua masalah yang menimpa. kalau boleh, pejam mata seminit, nak semua perkara selesai depan mata. Hakikatnya takkan boleh. sabar saja bah.

Sabar adalah antara sifat orang-orang Mukmin dan menjadi salah satu amalan soleh. Orang yang melakukannya akan mendapat ganjaran pahala yang besar. Ini seperti firman Allah bermaksud: “Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki atau wanita sedang dia orang beriman, maka mereka itu masuk syurga dan mereka tidak pula dianiaya sedikit pun...” (QS An-Nisa:124).

Firman Allah swt yang amat sesuai diri saat ini.  Sabar umpama yang dimiliki manusia untuk menghadapi lingkungan hidup yang terserap dalam pengalamannya. kamu insan terpilih untuk merasai ini.

ISLAM menuntut umatnya supaya sentiasa bersabar. Setiap dugaan dan halangan hidup seharian perlu ditempuhi dengan redha dan penuh keinsafan. Umpamanya apabila ditimpa kemalangan atau musibah, hendaklah menyerahkan diri dan bertawakkal kepada Allah SWT. (ku harap ku ingat ini senantiasa)

ok, jumpa lagi. senyum lu :)
4.14a.m wah rekod dunia tak tidur..
tahajud cintaku bersama-Nya, lapangnya fikiran..

You Might Also Like

21 comments

  1. Sabar tu kan indah.. Nazihah jgn tension kalau study.. semua fikiran kotor je tu tuk hlg kejayaan kita.. kuatkan semngat, perbetulkan niat,.. itu penting :)

    ReplyDelete
  2. Banyakkan bersabar..kesulitan yg datang menguji diri...bersusah2 sekarang bersenang2 kemudian...:)

    ReplyDelete
  3. Rindu Jiha ('=

    asif jiddan kerana lama x meninggalkan jejak di sini. Moga baik2 saja yer?

    Jaga diri, jaga iman, jaga hati ('=

    ReplyDelete
  4. bersusah susahlah dahulu sebelum menggapai kesenangan di hadapan, insya-Allah :)

    ReplyDelete
  5. takpelah, biar blog berabuk.. asal result examnya nanti cantik dan menarik.. (",)

    ReplyDelete
  6. Akak! rindu, rindu, rindu sgt dkt akak ='(

    =') dlm perjalanan menimba ilmu, pasti ada saat suka dan duka. tu semua pengalaman yg mematangkan diri. Hidup jauh drpd keluarga buat diri lebih kuat dan tabah. Walau jauh, sentiasa kuat pergantungan kpd-Nya. Adik doakan yg trbaik dlm setiap langkahan kaki akak. Adik syg akak sgt2~ =') *peluk*

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum jiha.

    asif, lama tidak bertanya khabar.
    Jiha sihat? apa khabar iman?

    Belajar juga jihad dan ibadah kan?? Jiha mesti kuat! Sabar ye, sikit je lagi. pastu grad dan boleh melompat-lompat riang.

    ReplyDelete
  8. semoga Allah redha...

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah.. ramai yang memberi semangat.. tetap terus bersabar ye dik.. kak dilah kan ada di sini..=)

    ReplyDelete
  10. Akh aiEz

    Alhamdulillah, terima kasih akh :) insyaAllah. Akh yang terbaik bah hee~

    ReplyDelete
  11. Kak Izzati Hashim yang ku sayangi :')

    Tak apa kak..sy faham kesibukkan akak sebagai bakal doktor, insyaAllah :)

    alhamdulillah, baik2 sahaja adik kat sini..sedang cuba untuk senantiasa hati dan iman ini terjaga.

    sayang kak Izzati..maaf juga dari saya. takkan pernah lupa kak Izzati.w/pun tak pernah bersua.

    ReplyDelete
  12. Adik Muhammad Iqbal yg saya hormati :)

    Alhamdulillah, syukran dik...

    moga adik baik2 sahaja berada di nun jauh sana..:)

    ReplyDelete
  13. Ustaz fuad ansari yang saya hormati :)

    InsyaAllah..ustaz doakn bah..:)

    terima kasih ustaz..moga ustaz dan keluarga dirahmati Allah..insyaAllah

    ReplyDelete
  14. Adik :: Zahratu Billaurah :: yang ku sayangi,kehadiranmu tanpa ku sedari :')

    Allah..rindu kamu juga :'(
    terima kasih dik..adik lebih baik dan tabah daripada akak yang byk kekurangan ni..

    *peluk*

    ReplyDelete
  15. kak nusrah yang disayangi :')

    tak apa..saya faham kesibukkan nusrah :) takkan pernak lupa nusrah.

    terima kasih nusrah..ya..belajar itu seakan jihad ke jalan Allah..semestinya ia satu ibadah kerana Allah :)

    ReplyDelete
  16. Akh Al-Manjuniyy Abdullah

    terima kasih sudi berkunjung disini, moga bermanfaat buat kamu :)

    insyaAllah.ameen.

    ReplyDelete
  17. Kak Dielah sEindAh mAwAr bErdUri

    hehe~ terima kasih kak, saya tau akak jaga saya dr kejauhan kampung kn :')

    terima kasih kak! sayang kakak~

    ReplyDelete
  18. jiha , alhamdulillah.. tumpang gembira buat jiha yg dpt balik..nak ikut!! ngee.. k.. apa2 hal, mesej lah ye.. moga selamat perjalanan pergi dn balik nt..amin.. smpaikan salam "assalamualaikum" buat keluarga ye..

    sayang jiha juga..=)

    ReplyDelete
  19. intronya agak meng'konfiuskan jgak ye.. =) cara penulisan jiha dah makin kemas la..apa2 pon,jgn tension2 ye dik, bila kita fikir utk 2 tahun kedepan, kita akan rasa apa yg kita alami skrng ni kecik je. =) paham kah?

    ReplyDelete
  20. membaca seluruh blog, cukup bagus

    ReplyDelete