Pengorbanan dan Sebuah pertemuan

7:31 AM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..syukur pada Allah swt yang mengurniakan kesihatan akal fikiran, tubuh badan, hati dan perasaan kepada hamba Nya yang lemah tak punya apa-apa ni. Bagaimana agaknya khabar anda hari ini? semoga dalam keadaan baik-baik sahaja. senyum . 

9 Zulhijjah 1432H, Alhamdulillah bagi sesiapa pembaca yang berpuasa sunat pada hari ini, saya ucapkan 'selamat berpuasa!' insyaAllah semoga diberkati Allah. senyum lagi . InsyaAllah esok kita akan menyambut Hari Raya Eiduladha. Melaksanakan Qurban yang dalam istilah fiqhnya disebut udhiyyah adalah menyembelih haiwan ternak pada Hari Raya Eiduladha dan hari tasyrik dengan niat mendekatkan diri kepada Allah swt.

"Tiada suatu amalanpun yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, lebih dicintai oleh Allah SWT selain dari menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu nanti di hari kiamat akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya, kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya dengan pahala korban itu." [Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah]

InsyaAllah, dengan qurban yang dilaksanakan umat Islam tersebut, diharap agar ketakwaan kita kepada Allah swt semakin meningkat kerana kita adalah hamba Nya sentiasa memerlukan bimbingan, redha, keberkatan dan petunjuk Nya. Sebenarnya kunci bagi semua ini adalah 'Takwa' Dalam hal ini Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: ”Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa daripada kamu.” (Al-Hajj: 37). InsyaAllah. :)

Tersenyum sebenarnya sejak tadi, ini disebabkan kak Dielah lah ni ^_^ Terima kasih kak Dielah yang bersusah payah buat entri "Bersama Tuan Empunya Blog Membina Hati Bahagia" Subhanallah! terharu..Sayang kak Dielah! malunya letak gambar tu..alamak !dikenal sudah ==, (yolah) apa-apapun, salam Eiduladha buat semua pembaca blogger. Balik sandakan malam ini. doakan perjalanan balik kami. jumpa lagi!


You Might Also Like

6 comments

  1. salam aidiladha.. =) .. moga selamat perjalanan pulang ke desa tercinta. bah.. hehee.. dah tak misteri kan.. xpe2, tiada siapa tahu mana satu Tuan empunya Seindah Mawar Berduri dengan Tuan empunya Membina Hati Bahagia.. hehee..


    selamat menghayati erti pengorbanan yang sebenarnya... uhibbuki fillah.. =) .. sampaikan salam buat semuanya..

    ReplyDelete
  2. salam `iduladha...
    semoga sentiasa di dalam rahmat-Nya...

    ReplyDelete
  3. Salam aidiladha. :) Akak puasa tak arini?

    ReplyDelete
  4. kullu sanah wa enti toyyibah :)

    take a good care 4 ur self!

    ReplyDelete
  5. salam eiduladha..

    beruntunglah lembu2 yg terkorban kerana tiada hisab selepas kematian untuk makhluk bernama haiwan..

    dan beruntunglah insan2 yg terkorban dalam peperangan untuk Islam, kerana beroleh kebaikan yg banyak selepas kematian..

    (",)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wbt
    Semua orang Islam pernah mendengar perkataan `taqwa`. Pelbagai cara dan kaedah orang Islam melakukan pelbagai cara utk mencapai ketaqwaan. Malah pelbagai uslub dan ada yang mengambil kaedah `tasawuf` dgn menamakan firqah masing2 dgn niat mudah2an dapat mencapai ketaqwaan. Apabila Allah SWT berfirman dlm Surah AlHajj:37, bermakna tidak ada makna penat lelah mengorbankan harta, masa, wang dan darah jika tidak mencapai ketaqwaan. Sesuatu pekerjaan mesti dicapai dengan bersungguh.
    Sabda Rasulullah saw,` Seseorang itu dipelajari Islam sebagaimana dia dipelajari menenun kain (bercorak2 dan warna asalnya warna putih) sehingga tidak mengetahui apakah puasa, solat, qurban, sedekah dan diperjalankan kitab Allah pada malam hari ( baca dgn laju tanpa memahami)...riwayat Ibnu Majah.
    Perkataan `yudrason` atau dia dipelajari dan perkataan `yusro` atau dia diperjalankan menunjukkan fi`il mudhari` majhul iaitu bahawa orang islam diajar apa yang dipelajari oleh ibubapanya tanpa mengetahui hakikat yang sebenarnya sesuatu ibadah itu bagai orang sekarang tidak mengenali lagi kain putih akibat semua sudah berwarna2. Walhal dlm Islam setiapnya ada hubungan antara satu sama lain. Contohnya Bagi orang Islam, apabila sudah istiqomah bersolat hendaklah wujudkan sifat2 solat seperti dinyatakan dlm Surah AlMukminun:1 hingga 11. Barulah dapat mencapai ketaqwaan (InsyaAllah). Ketika Rasulullah saw
    dizaman Makiyyah, bersungguh mentadabbur AlQuran erana itu mmg keutamaannya. Surah AlQasas:85 إِنَّ الَّذِي فَرَضَ عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لَرَادُّكَ إِلَىٰ مَعَادٍ ۚSesungguhnya Allah yang mewajibkan kepadamu (beramal dan menyampaikan) Al-Quran (wahai Muhammad) sudah tentu akan menyampaikan engkau lagi kepada apa yang engkau ingini dan cintai.
    Surah AnNisa:82 أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ ۚ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ اللَّـهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.
    Setelah 13 tahun Rasulullah saw mentarbiyyahkan AlQuran baharulah berlakunya hijrah ke Madinah atas perintah Allah SWT. Mengikut Sirah Ibnu Hisyam dan Sirah AzZahabi, ibadah solat wajib pada 2 Hijrah, ibadah puasa pada 4 hijrah, ibadah zakat pada 5 hijrah dan ibadah haji pada 9 Hijrah. Kesemua ini mengikut `priority` dan mmgnya bersebab demikian utk mencapai ketaqwaan.. Namun apabila Islam telah lengkap, esemua ibadah2 ini perlu diamalkan sehingga mencapai ketaqwaan. Secara ringkasnya, ibadah wajib haji mempunyai syarat2 yang ketat utk melaksanakannya ( Surah AliImran:97 مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا Orang yang berkuasa kepadanya perjalanan)berbanding dgn ibadah2 lain (Surah AlAnfaal:60 وَأَعِدُّوا لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ Dan sediakanlah untuk menghadapi mereka dari segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan ) lebih2 lagi memahami AlQuran! Wallahualam.

    ReplyDelete