Never forget to say
5:50 PM
~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
Senyum bah :)
Senyum bah :)
Every night and every day
Never forget to say Lailahaillallah
Never forget to say Lailahaillallah
When you walking down the street
And you see the clouds in the sky
Praise Him and always repeat
The name of the most High
And say with every heartbeat
Lailahaillallah
No matter where you are or what you do
Remember Allah is watching over you
He's the light of the Heavens and Earth
He's the First and He is the Last
Obey Him and always say
Lailahaillallah
Never Forget to say
لا إله إلا ألله
Layan lagu beginikn elok =), apa khabar semua? baik? Alhamdulillah. rajin sy update blog kn, almaklum cuti, restkn kepala after study tak salahkn =)
Allah Yang Maha Besar selalu mengingatkan kita di dalam kitab-Nya Al-Quran Al-Karim supaya berzikirlah. “Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari.” Surah Al Insan, Ayat 25 & 26
“Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.” Surah Al A’raaf, Ayat205
“Orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami!Tidaklah engkau menjadikan semuanya ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” Surah Al Imran Ayat 191
“Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku..” Surah Taha Ayat 14.
“Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut danbanyak mengingati Allah” Surah Al Ahzaab Ayat 21
Never forget to say =) saya mengingatkan untuk diri saya sendiri dan anda, InsyaAllah semoga diberkati Allah hendaknya. Jumpa lagi!
6 comments
assalamualaikum nazihah,apa khabar?moga sihat hendaknya...:)
ReplyDeletebanyak pesanan yg disampaikan...moga kita hidup saling berpesan-pesan...:')
وَاذْكُر رَّبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ الْغَافِلِينَ
ReplyDelete(7:205)
Assalamualaikum wbt
ReplyDeleteApabila orang mukmin menyebut kalimah `لا إله إلا ألله` mrk mengetahui bhwa terdapat 3 tauhid yang utama iaitu Tauhid Uluhiyyah, Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Asmaa uwasSiffat. Sebab itu, kalimah tersebut bukanlah kata2 dimulut saja (lisaanu hal walisaanu maqaal). Bilal bin Rabah, keluarga Ammar bin Yassir, Abu Dzar Al-Ghifari r.anhum dsbnya begitu teguh menghadapi siksaan kerana mrk tahu kalimah لا إله إلا ألله` menunjukkan keesaan Allah SWT. Mrk tahu tauhid Uluhiyyah ada pada semua manusia tanpa mengira Islam atau Kafir cumanya mrk ego kesombongan. Hatta Firaun sendiri pun diakhir hayatnya sempat mengucap dan mengakui tauhid Uluhiyyah adanya Allah SWT yg Esa. Surah Yunus:90 وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرَائِيلَ الْبَحْرَ فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ وَجُنُودُهُ بَغْيًا وَعَدْوًا ۖ حَتَّىٰ إِذَا أَدْرَكَهُ الْغَرَقُ قَالَ آمَنتُ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): "Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)".
Begitu juga mrk yang atheis atau tidak mengaku wujudnya Allah SWT, apabila berada disaat genting ketika terhempas k/terbang atau karamnya kapal, ketika itulah wujudnya tauhid Uluhiyyah pada dirinya. Surah Yunus:22 ...جَاءَتْهَا رِيحٌ عَاصِفٌ وَجَاءَهُمُ الْمَوْجُ مِن كُلِّ مَكَانٍ وَظَنُّوا أَنَّهُمْ أُحِيطَ بِهِمْ ۙ دَعَوُا اللَّـهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ لَئِنْ أَنجَيْتَنَا مِنْ هَـٰذِهِ لَنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِينَ tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut yang kencang, dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari segala penjuru, serta mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata (sambil merayu dengan berkata): "Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur".
Tetapi bagi Tauhid Rububiyyah secara tidak sedar umat islam telah banyak mengkufurkannya samada dlm sistem pendidikan ilmu, muamalah, ibadah, munakahat hatta dlm penghidupan seharian. Kalau tidak kita menghalusi dari alQuran, mmglah kita tidak sedar krn kita telah digelapkan dengan hiburan dan kepalsuan hidup. Nak cerita pun panjang sangat, nanti2lah. Wallahualam
Akh aiEz
ReplyDeletewaalaikumsalam wbt. Alhamdulillah baik2 saja akh :)
insyaAllah,pesan memesan kita ya :)
~makin seru blog akh bah~ ^^
sahabat Ad-Dien
ReplyDeleteAlhamdulillah,syukran Ad-dien :)
Ustazah tajnur
ReplyDeleteWaalaikumsalam wbt ustajah :)
Setelah sekian lama baru ustazah muncul^^ alhamdulillah, terima kasin ustazah atas pencerahan itu..nak cerita..bila2 pun boleh..saya sgt sudi baca :)