Matangkan diri anda.

1:49 AM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
don't look back

walau jasad kita terpisah jauh, namun hati kita dekat selalu (jiwang pula). Alhamdulillah, masih bernafas diri ini. Masih berpeluang menghirup udara segar masih dapat menatap indahnya ciptaan Ilahi masih dapat merasa nikmatnya hidup bersyukur, bersabar dan bertawakal kepada Nya :) anda bagaimana? harap baik-baik saja.

meniti jalan kehidupan yang jauh berbeza dengan dahulunya. Sesekali terasa pedihnya. "kamu ini macam belum matanglah" "tengok tuh! macam budak-budak lae" "matanglah sikit wei". terkena penangannya. Matang tidak semestinya kita tidak boleh keanak-anakan. Itu subjektif dalam kehidupan. Terasa sudah cukup matang, tetapi bila timbul masalah sikit baru tahu tahap kematangan itu dalam posisi dimana. Tapi, takkan kita nak serius twenty 4 hours kan  =_='

Usia kini dah nak menjangkau 20-an (mudanya). dewasa dah tu. Sudah tentu fikiran dan tindakan cukup matang tahap A plus. Tak terasa pada diri. Apa yang penting, diri ini mampu menerima dan memikul tanggungjawab yang ada kini. No matter what they say. I know myself better then u . smile . Cuba luaskan pemandangan kita kepada skop yang lebih luas, pasti kita merasa apa itu erti hidup.

Sedang cuba untuk menimba berbanyak pengalaman dan sempurna fikiran untuk mengendali hidup di titian agama yang benar yakni Islam. Islam itu bukan sekadar agama tetapi Islam itu adalah segalanya. Proses mematangkan diri kini berjalan. kematangan itu perlu dicari dan dibina bukan sekadar menunggu. (lagi satu, matang itu bukan hanya fikir nak kawin. senyum)

k/s : Final exam petang tadi sangat mengharukan. Terasa nak buat lagi =_=' tawakal kini sedang berjalan. "Kematangan bukan dilihat pada umur, tapi pada pengalaman dan juga tanggungjawab yang telah dipikul" ( Aiman Azlan, 2011). jumpa lagi.

You Might Also Like

18 comments

  1. salam wbt ukhti nazihah^^

    suke tudung nazihah la..hehe...*tetiba

    sihat?walaupun tak kenal dekat,tak pernah bersua muka,tapi mesra...;)

    salam uhibukkifillah,
    syafa
    tanah sakura

    ReplyDelete
  2. lagi satu, matang itu bukan hanya fikir nak kawin. senyum

    (",)

    lagi satu, nak cepat matang kena cepat kawin... senyum gak.. (",)

    ReplyDelete
  3. ukht syafa mohamed yang jauh nun sana :)

    waalaikumsalam wbt ukht~
    terima kasih, tudung favorite sy tu hehe~

    itulah nikmat ukhwah kerana Allah ^_^
    ~salam.peluk~

    ReplyDelete
  4. ustad fuad ansari

    hehe~ amboi ustad fuad..
    yalah,oleh itu..kena kawin cepat2 ar ni hee~

    terima kasih ustad,lama tak komen entri ustad..ustad rajin komen sini :)

    ~semoga ustad,zaujah dan husna (anak ustad yg comel) serta keluarga berada dlm rahmat-Nya,insyaAllah~ ^^

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum nazihah,

    persoalan berkaitan hukum berkerja dengan syarikat pengeluar barangan Yahudi dan amerika telah cuba dijawab oleh WADi, semoga bermanfaat buat semua, teguran berhikmah dialukan andai ada sebarang bantahan, perkongsian atau hujah yang lain, wallahua'lam

    ReplyDelete
  6. kematangan boleh dilihat daripada hasil penulisan..setuju?

    ReplyDelete
  7. ya shairazi sharizan

    setuju bah Razi..dan pengalaman itu pula menambahkan kematangan dalam penulisan..setuju?

    ReplyDelete
  8. ya Ad-Dien

    Waalaikumsalam wbt..

    Alhamdulillah,syukran ya Ad-Dien :)

    ReplyDelete
  9. memang sudah melekat SABAH nya..
    ya..setuju sangat. pengalamn mematangkan penulisan..

    ReplyDelete
  10. Nnt sy belikan Jiha ribena ye =) nak?nak?

    #matang tu tak dlihat pada kelakuan/ pbuatan... sy lebih suka anggap matang tu pada kebolehan seseorng tu buat kputusan,,, kalau byk bgurau/main, ia lebih kepada cheerfull personality kot...lalalala..

    ~S.K =)

    ReplyDelete
  11. wahai Anonymous

    ribena masam ar =='

    itu pendapat masing2, yg penting biarlah kearah yg lebih baik =) terima kasih.

    ~S.K = mcm kenal,ni mesti M.bz ni ngeeh~

    ReplyDelete
  12. jemput ke WADi, innsyaAllah akan buat entri tentang teknik penulisan professional dari UZAR

    ReplyDelete
  13. M.Busy? siapa?saya ke? salah orang ni Jiha..

    SK~

    ReplyDelete
  14. wahai Anonymous, wujud lagi kamu =='

    salah org ea =='
    siapa bah ni..sy tukar setting kang,Anonymous tak leh komen..baru tau hehe

    btw, terima kasih =) tak kisah ar siapakn.

    ReplyDelete
  15. =_=" waa sampai hati nak block.. alaa buat2 kenal je..sy minat pnulisan jiha..tapi better kalau jiha xknal sy..lagi terjaga hati kan?kikiki =) teruskan menulis bah.

    SK~

    ReplyDelete
  16. wahai Anonymous

    sy tak sampai hati ar nak block kamu,tp..insyaAllah akan datang hehe~ (gurau)

    wah..alhamdulillah,ada juga yg minat penulisan bukan ilmiah ni,terima kasih SK~ amat dihargai =)

    insyaAllah akan terus menulis.
    teruskan menjaga hati sy =='

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum wbt
    Saidatina `Aisyah r.ha menjadi mufti dan ahli majlis syura ketika berusia belasan tahun (sekitar 16-18 tahun). Muhammad AlFateh rh.a menjadi Ketua Pnglima Perang (jeneral) menawan Istanbul ketika berusia 20 tahun.
    Apa yang menyebabkan seseorang itu kurang kematangan adalah disebabkan sistem yang menjauhkan manusia dari mengetahui Islam dan ilmunya. Kalau adapun, kebanyakan ilmu2 tersebut sudah bercampur-aduk semenjak jatuhnya Daulah Uthmniyyah diTurki pada 1924. Maka bertepatanlah dgn hadis Rasulullah saw yg bersabda,`Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu itu kpd seseorang selepas menganugerahinya secara rentapan. Akan tetapi ia mencabut / menghilangkan ilmu itu bersama genggaman ulama dgn ilmunya dan yang tinggal hanyalah manusia2 jahil yang difatwakan dgn fatwa2 mengikut pandangan2 akal dimana mrk sesat dan menyesatkan` Dari Urwah dan Abdullah bin Umar.

    Bukan tidak ada ulama yang celik akal dan bijak mengenai kefahaman Islam tetapi dihalang dan diblok oleh ulama dunia dan pimpinan sekular dgn mengadakan pelbagai tauliah, fatwa dsb. malah mrk mengaturkan pelabagi program terancang dan adhoc supaya manusia ini menjauh dari AlQuran. Jadi tidak hairanlah jika istilah `breakway` dari pepsi cola, Justin Bierber, wresling, bola dsb memasuki tembok2 budaya, agama, rumah, pendidikan dan penghidupan org2 Islam. Surah Fussilat:26 وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَسْمَعُوا لِهَـٰذَا الْقُرْآنِ وَالْغَوْا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَغْلِبُونَ Dan orang-orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini dan tentanglah dia (dengan nyayian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya)!
    Bilalah masanya kaumku dapat mengubah penghidupan mrk jika berterusan membuang waktu sebegini?
    Wallahualam.

    ReplyDelete
  18. ustazah tajnur

    Allahuakbar..mereka belasan tahun dah mampu memimpin negara dgn cukup sempurna ditambah ilmu agama yg tinggi..bawah belasan tahun pun dah hafal surah dan hadis..kita(saya) yg dah nak meningkat dewasa ni satu lembar surah tu pun masih ingat2 lupa =='

    terima kasih ustazah.

    ReplyDelete