S.E.N.Y.U.M

12:54 AM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
gambar ni pelik sikit kn =)

Apa khabar anda semua? Alhamdulillah mari bersama lafazkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana masih diberi peluang hidup didunia untuk beribadat kepada Nya. Syukur masih diberi kesempatan untuk bertaubat kepada Nya. Syukur masih merasa nikmatnya bertawakkal kepada Nya. Syukur masih diberi kepercayaan untuk memikul beban ujian dari Nya untuk mendapat nikmat ujian yang didatangi Nya. Sesungguhnya mereka yang diberi ujian dari Allah adalah mereka yang terpilih dari berjuta-juta makhluk dibumi ini untuk mendapat rahmat ujian tersebut. InsyaAllah. senyum .

Banyak perkara nak cerita ni. senyum. tidak mengapalah, bukannya ada orang nak baca. Merindui seorang ukht yang belum pernah saya temui, hanya berbalas khabar melalui sms sahaja. kini dia berada di Mesir, tiada peluang nak berhubung lagi. Kak Nurul, kalau kakak baca entri ni, akak diminta buat muka buku tu cepat-cepat ea :') di doakan kak Nurul baik-baik sahaja di sana. Rindu bah dengan akak. seriesly.

Mari kita bertanding! pertandingan ini dinamakan pertandingan senyum siapa paling manis. ganjarannya 'pahala' buat anda . senyum . senyum itu sedekah (yang ni pasti dah ramai yang tahu, tapi yang tak tahu tu, saya pun tak tahu bagaimana nak describe). Senyum itu mak kata awet muda (patutlah mak kita still nampak muda). Senyum itu kemesraan (betul, betul, betul, kalau tak senyum, siapa juga nak bermesra dengan anda yang tegang mukanya,cop! bermesra disini dimaksudkn yang baik, dun u think another think k). Senyum itu pengikat persahabatan (yes, that's true. ways to make a friends smile). Senyum pemanis wajah (ini tidak boleh dinafikan lagi) . Senyum juga pastinya membawa kebaikan buat kita semua. Konklusinya, senyumlah (mudahkan).

walau pun nampak mudah, namun ramai yang susah nak lakukan. Mengapa? tanyalah diri anda sendiri. Anda lebih tahu diri anda. Senyum ikhlaslah kerana Allah, janganlah nak sombongkan diri (peringatan buat diri juga). Kalau nampak mereka yang kamu tak suka pun, cuba ubah mindset seketika, 'orang ni yang penting saya beri senyuman'. Walau pun tak berbalas senyum tu tak mengapalah kawan, kita dah buat benda baik. terpulang pada mereka nak terima atau tidak. yang penting sekali lagi, IKHLAS senyum itu.

Bagi yang mendapat senyuman tu pula, kenalah faham senyum itu apa ertinya. Jangalah pula dianggap senyum itu sebagai menyindir atau mengurat bagi lelaki-perempuan,perempuan-lelaki. Senyum itu sedekah daripada pemberi kepada penerima (ini perlu diingat). Lafazkanlah Alhamdulillah kalau menerima senyum dari seseorang, secara langsungnya anda dan dia dapat pahala, insyaAllah tapi, jangan lebih-lebih pula senyumnya. Kalau yang sedang hadapi tekanan tu, saya mengerti anda sukar melahirkan senyuman, Tidak mengapa, try ur best, walaupun senyum itu nampak kurang indah, sekurang-kurangnya anda mencuba dan insyaAllah tekanan itu akan turun. Tarik nafas dan hembus, cubalah untuk senyum seketika. saya tersenyum disini. Renung-renungkan dan selamat beramal!

l/p : entri ni dah siap, assignment? ==' relax dan senyumkan (emm). jumpa lagi!

You Might Also Like

28 comments

  1. enty ini terlalu buatku tersenyum bahhh!!

    so,mesra x akhi sekarang ni?hehe

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum nazihah...:)

    aie selalu senyum,lagi2 bila dgn customer...hee..
    kalau dgn orang tak kenal pula,kalau dia macam pandang kita lama jer,tp tak bertegur sapa cukup sekadar senyum...:)

    ReplyDelete
  3. Senyum lah bila bersama orang lain, =) sebab itu buktinya kita masih hidup.. =) Allah Yang Maha Pengampun, Maha Pemurah,Maha Penyayang masih memberi nafas pada kita untuk mencariNya =) ...dan orang sekeliling kita masih ada
    untuk membantu kita mencariNya =) ...
    tapi bersedihlah bila bersendirian =( ..Itu lah kita, kita boleh tersenyum kerana kita ada orang lain yang sedia membantu kita sewaktu dada masih lagi turun naik dgn nafas.. tapi bila bersendirian, bersedihlah kerana
    tu lah keadaan kita bila jasad bersatu dgn tanah..bila nafas ditahan dr kita, bila perjalanan kita mencariNya telah
    sampai ke penghujung...

    emmm jadi sedih plak baca entri ni =(

    SK~

    ReplyDelete
  4. Akh E n t o y C a i r o

    mesranya akh..(menjaga hati) hehe!
    semoga akh baik2 sahaja disana,jgn lupa mkn (padahal akh yg no1 bab mkn kn) hee~

    terima kasih akh Fahmi =)

    ReplyDelete
  5. Akh aiEz

    waalaikumsalam wbt Akh Aie =)

    Alhamdulillah,mesti awet muda akh ni hee~ dengan customer confirm mesti senyum,wlpun sesekali bertemu dgn mrk yg muka serius =='

    suka dgn cara akh tu =)
    terima kasih akh Aie.
    kerja baik2 ea.kekalkan senyuman.

    ReplyDelete
  6. wahai Anonymous

    sedihnya baca komen kamu :(
    tp,dalam kita bersendirian..konsep Ihsan itu kita jgn ketepikan,sesungguhnya Allah melihat kita dan kalau boleh kita merasa kehadiran-Nya..insyaAllah..kita merasa tenang dan senyum dibibir auto akan terukir =)

    terima kasih SK~ memberi peringatan pd pembaca komen anda.
    anda digalakkan utk terus mengomen blog ini hee~

    tp,sy tak buat cerita sedih..knp nak sedih =='

    ReplyDelete
  7. tersenyum banyak makna ke ni? =)

    ReplyDelete
  8. ya Ad-Dien

    ^_^ mmg banyak makna~
    Ad-Dien pun kena banyakkan senyum,biar tenang hati tu hehe~
    kalau kita murah senyuman,org sekeliling senang nak rapat dgn kita =) tp,harus hati2 juga ==

    terima kasih Ad-Dien sudi ke sini..nnt saya ke sana ye =)
    jaga kesihatan ea ^^

    ReplyDelete
  9. Saya suka senyum! tapi kadang2 orang lain x bls senyum. huhuh. mcm kita plak yg excited sorg. tp x kisah pun. :)

    ReplyDelete
  10. sedang tersenyum...bukan tersengih
    I-Allah ikhlas dan 'berkualiti'...he3

    ReplyDelete
  11. tersenyum ana bila tengok gambar UMS tu.. ngee.. =)

    ReplyDelete
  12. Adikku Dahlia3008

    Alhamdulillah,kak suka org yg suka senyum! ^_^

    meh dtg sini,kita berbalas senyum hee~ tak apa dik,kalau org tak nak balas pun senyum kita..mgkn mrk ada problem (think positive) =)

    terima kasih dik sudi baca entri tak seberapa tu =) *peluk*

    ReplyDelete
  13. Ustazabuikhwan

    beza tersenyum dgn tersengih apa ye ustaz? hee~

    berkualiti? (tgh fikir mcm mn yg dikatakn berkualiti) hehe~ mesti ustad ni suka senyum~ ^^

    terima kasih ustaz sudi menyinggah =)

    ReplyDelete
  14. Akh M.D.

    hey, en.doktor..meh ar p ziarah UMS balik =)

    skrg ni majlis konvokesyen nak mula dah~ tamu gadang UMS semakin mantap hee~

    terima kasih sudi ke sini ^^

    ReplyDelete
  15. http://addienblog.blogspot.com/2011/11/sambutan-maal-hijra-antara-sunnah-dan.html

    menjawab persoalam adakah islam menganjurkan sambutan awal muharram..

    dan benarkah hijrah itu pada bulan muharram?

    jemput ke WADi untuk mendalami ilmu..insyaAllah

    p/s- admin masih belum sembuh

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum...
    wah... senyum...(^______^) pnjg da senyuman tu.. hehehe... pnh nmpk adie senyum x? hehehe

    ReplyDelete
  17. ya Adie shahrul =)

    senyum lebar tu yg senyum sebenarnya (ayat timbal balik) hehe~

    senyum sokmo naa ^_^

    ReplyDelete
  18. ya Ad-Dien

    Alhamdulillah,syukran..sy dah komen dan respon dr WADI mmg mantap =)

    moga Ad-Dien diberi kesabaran yg berganda dan cepat beransur pulih.ameen..

    doa bersama..

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum wbt
    Senyum2lah alahai Nazihah sicek mek molek! Tentu senyuman Nazihah ni manis, kesemua itu adaslah anugerah Allah SWT. Syukran2!
    Semyum dan tangis adalah fitrah manusia dimana Allah SWT yang menciptakannya. Surah AnNajmi:43 وَأَنَّهُ هُوَ أَضْحَكَ وَأَبْكَىٰ Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;

    Oleh kerana senyum dan tangis ini merupakan fitrah, maka senyum dan tangis pun biarlah bertepatan dengan masa dan tempatnya. Lebih2 lagi apabila kita lari dari petunjuk Allah SWT dan (AlQuran) menghadapi penghidupan sempit, maka tidak ada gunanya kita menangis akan tyakdir kita! Surah Toha:124 وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا "Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit.
    Manusia sering menyalahi takdir tetapi tidak diri mrk apabila tidak mengikut AlQuran sebagai panduan hidup. Bila ditimpa musibah, maka ketika itulah siapa pun tidak mengambil kisah tentang diri kita. Malah langit dan bumi pun menempelak nasib kita. Surah AdDukhon:29 فَمَا بَكَتْ عَلَيْهِمُ السَّمَاءُ وَالْأَرْضُ وَمَا كَانُوا مُنظَرِينَ Mereka (ketika dibinasakan) itu tidak ditangisi oleh langit dan bumi (atau penduduk keduanya) dan mereka pula tidak diberi tempoh lagi.
    Wallahualam

    ReplyDelete
  20. ustazah tajnur

    Alhamdulillah :)
    fikirkan ustazah dah tak ingat kat blog kita ==' akhirnya komen jg heh~

    terima kasih ustjh..peringatan bt diri yg mudah lupa ==,senyum ketika diberi ujian oleh Allah itu lebih baik ^_^

    semoga ustazah baik2 saja disana,ustazah tinggl kat mana ya??

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum wbt
    Sebenarnya Jiha, bila mahu berdialog dgn orang Sabah, lebih selesa gunakan `aku` dan `kamu`, lebih mesra bah! Mmmg sekarang ni aku tinggal di Melaka, seorang pendidik (aduh senang cerita guru bah) secara langsung mencari rezeki di bumi Allah SWT. Bukannya ndak mahu singgah2 di blog Jiha tapi siapalah yang selalu suka mendengar bebelan manusia? Sekali sekali mungkinlah orang suka. Disini ada juga guru2 dari Sabahan, tentu tidak lupa saya ceritakan sedikit mengenai blog Jiha! Ok senyum2 selalu....

    ReplyDelete
  22. Senyum untuk jiha..^^,
    lama tak berbual..

    ReplyDelete
  23. Ustazah tajnur

    wah..^_^ ustazah...check ur e-mail,please :)

    ReplyDelete
  24. Ukht Ain::Zai::Ta

    sukanya kak Ain senyum kat saya hehe~
    terima kasih kak :) takpe..sy tau akak bz =.-..

    senyum selalu kak *peluk* :)

    ReplyDelete
  25. oh lama suda x ke UMS..
    rindu rasanya..
    insyaAllah bulan depan ana akan pulang ke Malaysia sambung clinical course..

    ana doakan semoga Jiha bahagia dalam Membina Hati Bahagia.. ngeehehee.. :0)

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum akak! Entri ni buat adik tersenyum dan rs nak nangis..=') rindu sgt nk komen2 sini.

    Kalau salam berat mahu diucap, senyumlah, kan akak? =) syg akak! *peluk*

    ReplyDelete
  27. Akh M.D.

    Alhamdulillah, semoga selamat kembali ke tanah air tercinta hee~

    syukran ya en.doktor :)

    ReplyDelete
  28. Adikku tersayang :: Zahratu Billaurah :: a.k.a Rabiatul :)

    waalaikumsalam..terima kasih dik, rindu dengan adik..walau jarang bertanya khabar..namun, ingatan akak kat adik takkan pernah padam. insyaAllah :)

    sayang Rabiatul juga. peluk.

    ReplyDelete