Niat dihati tak mau berpisah

8:04 PM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Alhamdulillah, bersyukur dengan segala nikmat yang Allah SWT berikan dan sabar dengan segala ujian yang menguji keimanan dan ketakwaan kepada-Nya untuk kita lebih merasa dan mengenal erti diri ini seorang Hamba.

Gerakkan badan ke kanan ke kiri. Sakit juga badan ini. Tangan lenguh kaki pun lenguh . ok, bukan nak mengadu. Saja nak beritahu. senyum . Bermalam di rumah keluarga angkat tersayang 3 hari 2 malam (kg.Pahu Ranau). Sempena Program Mahasisiwa Bersama Masyarakat anjuran INTERIM Seksyen1 (UMS). Sangat menyeronokkan. Penat sudah semestinya. Apatah lagi menjadi 'madam' AJK makanan & Jamuan. Sentiasa berada didapur, menukang apa yang patut. Terima Kasih tidak terhingga kepada Syafika, Nasuha, Athirah, Nasriani, Sitie & Tanti yang bersama bertungkus lumus menyediakan makanan untuk geng yang lain dan penduduk kampung. Begitu juga dengan Auntie2 yang disayangi yang bersama menyiapkan hidangan makan malam kebudayaan :) Auntie2 da best!! Alhamdulillah segala berjalan dengan lancar, semoga diberkati Ilahi. ameen.

Tersenyum bila mengenang kembali peristiwa yang telah berlalu. Gembira, tekanan, sedih dan malu. mungkin anda dah sering merasakan pengalaman seperti ini kan. Sungguh pengalaman itu menambahkan kematangan dalam diri. oh, begini rupanya. oh, begitu rupanya. Sungguh mengajar diri untuk lebih bijak membuat keputusan, apatah lagi bila menjadi ketua yang memimpin seluruh 'anak-anaknya'. Sungguh menguatkan diri untuk lebih tabah dan sabar melayani karenah makhluk yang lain. Rasa bersalah dan berdosa juga timbul, bila hati mula panas mulalah mengata sana dan sini. Astaghfirullah. Sungguh diri ini malu pada-Nya.

Sejuk. itu yang dirasa sepanjang berada disana. Air yang mengalir pagi hingga ke petang bagaikan tidak berubah. tetap sama rasanya. (bukan rasa lidah). Namun itu sudah menjadi kebiasaan. Hidup di kampung sendiri juga begitu. bila sesiapa yang mandi disana awal 5.oo am juga sudah dikata 'Hero Kampung'. Yalah, air yang sangat sejuk dapat ditempuhinya. senyum.  Keluarga angkat bagaimana? wah, sangat baik dan sporting :) walaupun cuma 2 malam sahaja disana, namun ukhuwah itu tetap dapat dirasa. Bagaikan berada dalam keluarga sendiri. cucu2 mereka juga comel2 belaka. senyum. Terasa rindu pula dengan mereka. Saat perpisahan pagi itu, air mata mulai mengalir. Sangat tersentuh bila seorang yang ku telah gelar 'ibu' memeluk erat dan mencium dahi ini bersama air matanya yang mengalir. Hanya Allah yang tahu perasaan ketika itu. Walau sangat singkat waktunya, tetapi hubungan itu semakin erat. InsyaAllah, ada kelapangan akan ke sana kembali. Terima kasih buat keluarga itu. Moga Allah membalas dengan syurga.

Senyum kembali. Final exam semakin hampir. Entah persediaan apa yang sedang dilakukan ini. Tolong 'ketuk' sikit kepala ini. Allahumma, aku berlindung pada Mu dari rasa sedih dan gelisah dan aku berlindung pada Mu dari kelemahan dan kemalasan dan aku berlindung pada Mu dari sikap pengecut dan bakhil dan aku berlindung pada Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang. ameen. 

k/p : sahabatku, mereka dah jauh2 menuntut ilmu. Sedih. mesti sukar untuk bertemu Nana & Wawa semoga Allah menjaga kamu. Semakin nak meningkat usia ni, semakin jiwang rasanya. semakin risau, adakah diri mampu menjadi seorang yang bergelar guru ==" jumpa lagi !

You Might Also Like

13 comments

  1. adiknya jiran ke? (jiran china actly)

    adiknya ukhti jiha?(buat2 tanya)

    hehe...

    terus reload lagu rahmat!hehe

    ReplyDelete
  2. Dalam belajar memang begitu, sentiasa sibuk. Tapi kalau niat kita betul kerana Allah, insya-Allah keletihan itu akan terasa kurang.

    Perpisahan itu satu pengorbanan. Berkorbanlah :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, coretan yang menyegarkan minda. Teringat masa muda-muda dulu, oppsss masa zaman belajar dulu...

    ReplyDelete
  4. Akh E n t o y C a i r o

    akh2...itu anak angkat sy hehe~ naK Kenalan..boleh bah kalau akh :)

    ni mesti tgh syok dgr lagu =="

    ReplyDelete
  5. Dik Muhammad Iqbal bakal doktor. InsyaAllah :)

    Alhamdulillah,dpt nasihat drpd seorang adik yg IQ mmg up :) syukran ya Iqbal atas peringatan itu..membuat akak muhasabah diri setiap kali baca komen Iqbal.

    mudah2an perpisahan ini akan bertaut kembali.insyaAllah.

    ReplyDelete
  6. Ustaz abuikhwan sy gelar ustad 'Abi' boleh? hee~ teringat kat bapa ==

    Alhamdulillah,syukran ustaz.Coretan ini tak seberapa berbanding penulisan drpd ustad sendiri :)

    masa muda2 ea hee~ kenangan sentiasa dlm ingatan..^_^

    ReplyDelete
  7. Rasa best tgok org sedih pastu gembira, spt ingin diri ini menikmati perasaan sebegitu...

    ReplyDelete
  8. Rasa best tgok org sedih pastu gembira, spt ingin diri ini menikmati perasaan sebegitu...

    ReplyDelete
  9. dik amri, tak nampak pulak muka akakmu itu.. (",)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum akak:)

    ahaha...maaf yup akak..
    bru terbace komen akak kt belog sy...^^

    tq sbb sudi follow..:D
    ahaa...xtau knp, tp mmg suke merah jambu..hehe

    nyway,tringin nak knl akak...^^
    salam ukhwah...

    ^_^

    ReplyDelete
  11. ya Adie shahrul

    Kalau kita sedar, nyata ataupun tidak
    Itulah garis takdir Tuhan
    Semuanya ini perjalanan waktu
    Manusia hanya bercita
    Namun begitu, yakinkan diri ini
    Hidup ini jangan disia-siakan :)

    ReplyDelete
  12. ustad fuad ansari

    dik amri jawab : no komen ustad. senyum.

    akaknya ketawa hee~

    ReplyDelete
  13. adik disayangi Siti Nur Afiqah

    Waalaikumsalam dik :)

    tak apa,biasalah tu hee~
    akak pun minat juga warna tu..^_^
    insyaAllah..nnt kita kenal2 ea ^_^

    terima kasih dik :) *peluk*

    ReplyDelete