Memberi Ilmu kerana Allah.

5:13 PM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

If Allah wants it to happen it will.
Teacher to be....

Alhamdulillah, Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas nabi terakhir dan penutup para nabi, Muhammad s.a.w di mana Allah s.w.t berfirman: Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (A-li'Imraan 3:31)

Keperibadiannya yang luhur mengalirkan sumber mata air yang tidak akan kering, menyejukkan jiwa yang dahagakan keimanan, memancarkan kejernihan budi dan sumber petunjuk yang mulia. Apa khabar kalian? Meniti perjalanan hidup dari hari ke hari. oh, wonderful day! smile. Although, the final exam is coming!! May Allah ease. InsyaAllah. aamiin. 

Guru, yap bakal guru Geo & History InsyaAllah. Tak terfikir pun nak jadi guru. Bila terfikirkan kembali, sungguh indah dan terbaik! aturan yang Allah laksanakan. senyum. kuliah Philosophy: Guru merupakan agen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan pendidikan adalah berhubung rapat dengan dengan kesedaran para guru terhadap tanggungjwab, kelengkapan keilmuan dan keluhuran peribadi. Panduan antara kemahiran keilmuan dengan keluhuran peribadi adalah merupakan kriteria peribadi pendidik yang tidak boleh dipisahkan, sebaliknya boleh dijadikan contoh yang berkesan. InsyaAllah. Islam juga memberi penghormatan yang tinggi pada ahli-ahli ilmu kerana mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada dirinya sendiri malah juga untuk masyarakat tentang komitmen dan hubunganya dengan hukum Allah. InsyaAllah.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa. Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta. Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara. Jika hari ini seorang ulama yang mulia. Jika hari ini seorang peguam menang bicara. Jika hari ini seorang penulis terkemuka. Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa. Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa. Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. (suka dengan sajak ini :)

B & M : Terima kasih kerana memahami. Dari jauh ku mohon doa. Untuk kalian berdua kejayaan ini kelak. 

p/s : tanggungjawab mengajar merupakan amanah Allah dan wajib dilaksanakan. Batch HT17  Tahun1 UMS Semoga kalian semua berjaya!

F/2 : buat Sahabatku wawa (Chef Salwa tak lama lagi insyaAllah :) dan Sahabatku Nana (Business woman tak lama lagi insyaAllah :) Berjuang bersama k!

a busy week..

jUmPa lAgi!

You Might Also Like

12 comments

  1. tugas pendidik semakin hari semakin sukar sekarang dengan arus perubahan semasa...semoga para pendidik dan bakal pendidik tabah dan sabar dalam menyampaikan ilmu pada anak bangsa..^^,

    ReplyDelete
  2. cool...

    hope succes jia!
    ku mampu mendoakan yang terbaik...:)

    ReplyDelete
  3. gud luck Jiha.. doakan dr kejauhan, dr sahabat...insyaallah.


    #ingat.. guru kena peka dengan soalan.. bila ada yg bertanya, terangkan pada mereka..kikiki =)

    SK~

    ReplyDelete
  4. Nazihah ambil bidang apa? jadi cikgu ke? ohh...moga thiqah

    ReplyDelete
  5. wahai Anonymous

    terima kasih SK~ :)

    insyaAllah..sy cuba yg terbaik hehe~

    ReplyDelete
  6. ya Ad-Dien

    Pendidikan dgn sains sosial (geografi & sejarah) insyaAllah :)

    terima kasih Ad-Dien.

    ReplyDelete
  7. kalau tgk meja, dah macam meja pelajar cemerlang dah... (",)

    gud luck.. (",)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum wbt
    Menyentuh tentang Surah AliImran:31, kasih kita kepada Allah SWT adalah dgn mengikuti KitabNya (AlQuran) dengan mengikut cara/Sunnah Rasulullah saw seperti yang dinyatakan dlm hadis Nabi saw dari Ibnu Mas`ud,`Tidaklah seseorang dari kamu akan ditanya dari dirinya melainkan AlQuran. Jika seseorang mengasihi AlQuran, maka sesungguhnya dia mengasihi Allah. Dan jika seseorang menggenggam AlQuran, maka dia telah menggenggam Allah dan rasulNya` Rujukan dari Kitab diantara Pimpinan ArRahman dan pimpinan Syaitan oleh Ibnu Taimiah.

    Rasulullah saw sendiripun hidup dibawah petunjuk AlQuran dgn mentadabburkannya supaya dapat menyatukan hati2 manusia dibawah satu naungan. Surah AnNisa:82 أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ ۚ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ اللَّـهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.
    Sebagai guru Geografi dan Sejarah, tidak lari dari tuntuan AlQuran. Tidakkah Allah SWT menyuruh kita mempelajari dan menjelaskan pada segenap pepenjuru dunia dan pada diri kita mengenai tanda2 kekuasan Allah SWT sehinggalah bertepatan dgn AlQuran. Surah Fussilat:53 سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنفُسِهِمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar.

    Walaupun org2 Barat tidak mahu beriman tetapi mrk berjaya merentasi kutub2 utara dan selatan malah menerokai kedalam bumi dan keluasan langit sebagai tanda menepati perintah Allah SWT. Sebaliknya, kita yang beragama Islam masih tidak berbuat apa2 utk merentasi dunia dan menerokai angkasa? Surah AzZariyyat:20-21 وَفِي الْأَرْضِ آيَاتٌ لِّلْمُوقِنِينَ ﴿٢٠﴾ وَفِي أَنفُسِكُمْ ۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ ﴿٢١﴾Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin, 21. Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?

    Begitu juga dlm bidang Sejarah bahawa Allah SWT menjadikan kisah2 didalam AlQuran sebagai pengajaran bagi manusia. Sejarah akan berulang kembali! Surah Yusuf:110 لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ ۗ مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَىٰ وَلَـٰكِن تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.

    Manusia banyak membantah dan tidak mengikuti sejarah. Apa yang berlaku masa kini adalah penyelewengan fakta2 sejarah seluruh dunia kerana manusia tidak dapat menerima kebenaran. Kita hanya menerima bulat2 fakta tersebut dari mrk yang bukan beragama islam w/pun tidak dinafikan ada yang betul. Hakikat yang sebenarnya, segala perbuatan manusia kini mengikuti atau menyalin perbuatan org2 dahulu dan sejarah berulang kembali! Surah AtTaubah:30 ذَٰلِكَ قَوْلُهُم بِأَفْوَاهِهِمْ ۖ يُضَاهِئُونَ قَوْلَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن قَبْلُ ۚ قَاتَلَهُمُ اللَّـهُ ۚ أَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?

    InsyaAllah semoga adi Jiha dapat menjadi guru yang berdedikasi dan mengikuti petunjuk Allah SWT. Wallahualam.

    ReplyDelete
  9. ustazah tajnur

    amiinn...amiinn...
    syukran ustazah :')

    ReplyDelete