Rajin Jiha Rajin
11:46 PM
~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
Urm..dah nak 20 umur ni
Syukur alhamdulillah, masih dikurniakan nikmat sihat hari ini. Pesan guru, kesihatan mesti dijaga, lebih-lebih lagi nak dekat exam ni. InsyaAllah. Alhamdulillah..selesai (tak berapa nak selesai sebenarnya) menelaah sebuah buku yang menjadi peneman beberapa minggu ini. Berkerut dahi cuba memahami sekaligus mengingati. Pening jadinya. Akhirnya akur untuk buat kecoh diblog sendiri. ketawa.
Teringin nak berkongsi sebuah entri hasil karya Ustaz Abu Ikhwan sekali lagi :) moga bermanfaat buat anda semua. InsyaAllah. Bagi menghidupkan blog ini dengan cahaya Rohani mahupun kebaikan.
Cetusan rasa: Matahari petang
Sinar matahari petang rakus menyimbah cahaya keemasannya, berbalam-balam disebalik bukit. Kawanan burung berpapasan terbang pulang ke sarang. Saya sorotkan sepasang anak mata menikmati keindahannya. Tenang hati, malah ia begitu mengasyikkan.
Jika saya seorang sasterawan, sudah tentu telah terhasil sebuah syair atau sajak yang lahir dari inspirasi matahari petang. Realitinya saya bukan penyair atau penyajak, maka tidak terhasil bait-bait mutiara bersulam kata. Saya pasrah, merah darah yang mengalir dalam jasad bukan darah seni.
Saya hanya mampu menikmati keindahan buat menjamu halwa mata. Tidak lupa sepasang bibir yang bergetar dengan kalimah tasbih serta tahmid kerana takjub dengan indahnya alam ini.
Firman Allah SWT:
Dan apa-apa jua yang dijadikan untuk kamu di bumi yang berlainan jenisnya (dimudahkan juga untuk kegunaan kamu). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi kaum yang mahu mengingati nikmat Allah itu. (Al-Nahl 16:13)
Teringat kata-kata cerdik pandai bahawa alam adalah sebaik-baik guru kepada manusia. Tuhan tidak menjadikan alam ini sia-sia. Bahkan apa sahaja ciptaan-Nya ada kegunaan dan manfaat. Memerhati alam ini dengan mata hati agar terbit keinsafan serta rasa kekerdilan diri. Kerdil bukan bermakna lemah tetapi kerdil yang memberikan kekuatan dan ketenangan. Kerana apabila terbit kekerdilan, lantas kita terasa mahu mengadu, memohon dan bergantung harap. Kita terasa semakin dekat dengan-Nya.
Allah SWT berfirman:
(Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. (Faatir 35:15)
Fajar senja melabuhkan tirai siang di ufuk barat. Bukit-bukau yang berwarna keemasan disimbah cahaya matahari petang mula berubah warna kehitaman. Sayup-sayup terdengar laungan azan Maghrib memanggil hamba menunaikan perintah Yang Maha Esa, bersujud kepada-Nya.
Asyik dengan keindahan alam jangan sampai terlupa kepada yang mencipta keindahan alam!
P/s : Bagaimana feeling anda bila membacanya? senyum. InsyaAllah akan ada perkongsian yang lain. Bila nak dekat exam ni, makin rajin pula update blog == jumpa lagi!
16 comments
malaslah anda, malaslah anda
ReplyDeletehope succes jia!!
ReplyDelete(eh kurusnyerrrr)hehehe
ya shairazi sharizan
ReplyDeleteRazi..Razi
bagilah semangat bah..ini tak =='
semoga berjaya utk kamu Razi :)
Akh E n t o y C a i r o
ReplyDeleteehem..tau tak apa
nak kena tukar gmbrlah nampaknya hehe~
Syukran akh :)
rajin2 kn diri ye jiha...
ReplyDeleteda nk exam kn?
gud luck ea...Ma'attaufiq wannajah.. (^^,)
dah hampir exam ke?pepatah WADi ada menyatakan..
ReplyDeletejika anda belajar kerana peperiksaan, anda tidak akan mendapat mutiara ilmu. Jika anda belajar untuk ilmu, anda akan mendapat kejayaan~
sekadar kata semangat untuk Nazihah al-sabahji
Bila nak dekat exam ni, makin rajin pula update blog
ReplyDelete-kena fikir banyak2 ayat kat atas tu.
@Nazihah@Jiha
ReplyDeletesemangat jugak tu, dalam dlm bntuk yg lain,,
saya sudah menjawab soalan fiqh sunnah bab wuduk tempoh hari..moga nazihah jelas..sebarkanlah ye..:)
ReplyDeletehttp://addienblog.blogspot.com/2011/12/fiqh-sunnah-4-sunnah-dan-fadhilat-dalam.html?showComment=1324751712481
Assalamualaikum wbt
ReplyDeleteHidup mestilah kena rajin! Berapa lama sangatlah umur kita jika hendak melakukan kerja2 bercirikan seorang `khalifah` dimuka bumi. Kadangkala bukannya manusia tidak rajin tetapi banyak perkara yang hendak dilakukan dlm satu2 masa! Disinilah terletaknya sebagai orang beriman iaitu memilih kerja2 yang terpenting sekali mengikut keutamaan (priority). Surah AzZumar:18 الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ ۚYang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama).
Pada zaman Rasulullah saw, apabila berlaku kematian pada para sahabat2 baginda saw, terus berkejar supaya dapat menziarahi dan kebumikan dgn segera. Menyegerakan jenazah adalah wajib tetapi ketika Rasulullah saw wafat, jenazah Rasulullah saw dikebumikan setelah 3 hari dan 2 malam iaitu selepas solat Asar. W/pun menyegerakan jenazah adalah wajib, perlantikan khalifah adalah lebih wajib krn melibatkan hal2 akidah dan syariat umat Islam! Begitulah juga kita, buatlah perkara mengikut `priority`dan tinggalkan perkara2 lagho dan kurang penting w/pun sememang!nya kita hidup dizaman yang membazirkan waktu, diri dan harta. Surah AzZumar:53 قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّـهِ ۚKatakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah memboroskan terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Wallahualam
To atiqa
ReplyDeleteTerima kasih Atiqa :)
ya Ad-Dien
ReplyDeleteAlfu syukran ya Ad-Dien :)
ya yaqut hulaif
ReplyDelete==' tu ar pasal..
ya shairazi sharizan
ReplyDeleteow ok^^ syukran
ya Ad-Dien
ReplyDeletesyukran!
Ustazah tajnur
ReplyDeleteAlhamdulillah..alfu syukran ya ustazah atas pencerahan itu :]