Semangat kau Jo!

11:38 PM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Baik! Tengok tajuk. Semangat ko Jo! bahasa yang sering orang sabah gunakan. UMS salah satunya yang menggunakan medium ini. senyum. Ditujukan buat seorang yang tak salah jika saya gelarnya saudara. Sesungguhnya umat Islam itu bersaudara. Sebelum itu mari bersama melafazkan kalimah syukur atas segala nikmat dan ujian yang Allah berikan pada kita. Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi S.A.W keluarga dan sahabat seperjuangan Baginda.

Setiap dari kita pastinya pernah merasa lemahnya semangat. Semangat itu sendiri dimaksudkan dengan melakukan sesuatu perkara itu dengan bersungguh-sungguh. Kehidupan ini, manusia ada masanya suka melakukan kerja dengan rajin dan bersungguh-sungguh. Namun, setiap semangat itu pasti akan ada masanya lemah. setuju tak? Emosi dan semangat manusia sememangnya ada turun dan naiknya. Semangat manapun kita melakukan sesuatu perkara tersebut pasti rasa lemah itu serba sedikit akan hadir. 

Bila rasa lemah itu hadir, Semangat semakin hilang kan. Entah ke mana. Apa yang sudah aku lakukan? Benarkah apa yang aku lakukan? mungkin silap aku sendiri? mengapa aku? Istighfar. Pesanan seorang ayah masih terngiang, "jangan menyesali apa yang kamu sudah lakukan". Berlinang air mata ketika itu. Esakan cuba ditahan. Ya, Mungkin juga ada hikmahnya. Bukan mungkin tapi pasti ada. Berikanlah kekuatan dalam kelemahan ini. Sila baca : Jika seseorang berputus asa, maknanya dia telah menjadi seorang yang pesimis dalam hidup dan kepada Tuhan. Dia hampa, lari dan cuba menjalani hidup dengan perkara yang tidak membawa manfaat kepada dirinya (Dr Asri Zainal Abidin). 

Rasulullah SAW bersabda, 
Bagi setiap amalan itu ada masa kesungguhannya. Bagi setiap kesungguhan itu akan ada masa lemahnya. Siapa yang masa lemahnya dia balik kepada sunnahku, maka dia mendapat petunjuk. Siapa yang lemahnya dia tidak kembali kepada sunnah (dia pergi kepada selain dari itu), maka dia rosak (Riwayat Imam Ahmad) cukup jelas bukan.

Berat sebenarnya jari jemari bergerak memenuhi entri ini. Tidak sesuai dengan diri membahaskan tentang ini. Maklum, diri ini juga mudah merasanya lemah. tunduk wajah. Ya Allah, tidaklah aku pinta Kau peringankan ujian ini, tapi Kau beratkanlah iman di dada ini, dan berikanlah aku ketabahan untuk menghadapi segala ujianMu Ya Tuhanku. Hadapi dengan senyuman.

to SK~ : maaf, kalau entri ni takda semangat langsung =.= 

S/kk = Kisah berlalu. Baca yang ni sabahanmuslim , yaquthulaif , dan Kembara Cahaya Semoga anda bertambah semangat!

L/kk  = mengapa mereka bertanya. "kamu dah kahwin ke belum?" muka ni macam dah kahwin ke? =_=" ni yang tak semangat ni heh~ jumpa lagi!

You Might Also Like

24 comments

  1. Akh E n t o y C a i r o

    Akh sentiasa mendahului mengomen, bagus2 teruskan semangat anda hee~

    bila pula sy kawen.Mak tak carikan lagi ni ha2

    lgpun, sy tunggu kak Ipar sy bah...bila tu akh? ha2

    ReplyDelete
  2. nak kawin dah ka nazihah?sampai ti tak kasi tahu pihak WADi..
    mesti admin keciwa..hehehe

    ReplyDelete
  3. ya Ad-Dien

    ai..terus bertanya hal itu pula =='
    news mana Ad-Dien baca ni hee~ tak kawin lg ar!

    main2 ar..jangan mempermainkan perasaan seorang wanita yg mudah tersentuh ni hehe~

    thanks Ad-Dien sudi ke sini..menuju ke sana~

    ReplyDelete
  4. =) =) =) (senyum)



    SK~

    ReplyDelete
  5. wahai Anonymous

    mcm mn? semangat tak? :)
    maaflah..hanya tu yg mampu ^^
    senyum selalu.

    ReplyDelete
  6. Teruskan karya buat ummah....
    seeru `ala barakatillah

    ReplyDelete
  7. ke mana perginya semangat ni...
    indah sgguh jika adanya semngat spt (smgt ko jo)..
    tp mlgnya xda... sedih trus meniti d hati.. semngat kian pudar d jiwa.. kemana ingin ku bwa jasad yg lemah ini... bagaikn jasad xbernyawa trus mengembara mncari isi hati yg telah hilang entah kemana.. :(...

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum

    Rasulullah SAW bersabda

    Bagi setiap amalan itu ada masa kesungguhannya. Bagi setiap kesungguhan itu akan ada masa lemahnya. Siapa yang masa lemahnya dia balik kepada sunnahku, maka dia mendapat petunjuk. Siapa yang lemahnya dia tidak kembali kepada sunnah (dia pergi kepada selain dari itu), maka dia rosak

    (Riwayat Imam Ahmad)

    Alhamdulillah entri nie ada kekuatan tersendiri. sykran Jiha

    -yaqut hulaif

    ReplyDelete
  9. Semangat itu akan mudah hilang dan luntur maka ianya perlu dicari dan di top up hari-hari.

    Ayuh menjadi pemuda berhimmah(langitilahi). Himmah lagi besar maksudnya daripada semangat. Just my opinion only.

    saja delete komen, takut tak bersesuain pula.

    yildiri fateh

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum wbt
    Semangat ni ibarat api yang berkobar2. Ada ketikanya kecil dan ada ada ketikanya besar tetapi apabila disimbah air, maka terpadamlah ia. Berlainan dgn `iman`, Rasulullah saw telah merangsangkan keimanan bagi sahabat2nya sehingga menggegarkan dunia hanya dgn AlQuran. Surah AlAnfaal:65 يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْقِتَالِ ۚ إِن يَكُن مِّنكُمْ عِشْرُونَ صَابِرُونَ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ وَإِن يَكُن مِّنكُم مِّائَةٌ يَغْلِبُوا أَلْفًا مِّنَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَفْقَهُونَ Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.

    Dalam Perang Mu`tah, Rasulullah saw bersama2 dgn 3000 kaum muslimin berhadapan dgn 200,000 org musuh (100,000 ribu org Romawi dan 100,000 org Nasaro Arab) dimana hanya 12 kaum muslimin terbunuh manakala kaum kuffar menerima kekalahan dgn teruknya. Tidak ada sejarah dlm hidup manusia berlaku seperti ini kecuali zaman Rasulullah saw. Sebermula dgn berjihad (bersungguh2) mempelajari AlQuran sehingga kekuatan ruh terbina dlm diri kaum muslimin. Surah AsSyura:52 وَكَذَٰلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحًا مِّنْ أَمْرِنَا ۚ مَا كُنتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلَا الْإِيمَانُ وَلَـٰكِن جَعَلْنَاهُ نُورًا نَّهْدِي بِهِ مَن نَّشَاءُ مِنْ عِبَادِنَا ۚDan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami.
    Semuanya bermula dari AlQuran. Atas kesedaran dan ransangan imanlah, InsyaAllah amalan kita tidak akan luntur sebagaimana pernah dilakukan oleh para sahabat radhiallahu anhum ajmain! Wallahualam.

    ReplyDelete
  11. .Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingatiku.

    Umar terkesan dengan ayat ni..surah apa dan ayat apa? baca di komen di WADi, dah jawab pun.


    p/s- mana tahu dah kawin anak 5 ke.. :D

    ReplyDelete
  12. suka komen Tajnur tu, bley buat 1 entry dah..
    ye,iman tu sumber tenaga kita, iman yg sempurna akan melahirkn umat yg kuat mentalitinya,pegangannya dan kebergantungannya pada Allah..
    bila diri bergantung sepenuhnya pada Allah, pasti tiada lagi istilah lemah semangat dlm diri sbb kita tahu yg Berkuasa atas segalanya sedang mnyokong dan akan menolong kita..dan Dia adalah sebaik2 penolong =)

    SK~

    ReplyDelete
  13. Abi abuikhwan

    Alhamdulillah~
    InsyaAllah ya Ustaz :)
    doakan niat ni sentiasa teguh tak lari dr landasan sebenar~

    syukran Abi~

    ReplyDelete
  14. ya Adie shahrul

    Jangan bersedih~
    teguhkan iman kuatkan hati~
    sabar menempuhi~

    smile then~
    :)

    ReplyDelete
  15. ya shairazi sharizan

    Himmah,ya~
    knplah sy tak terfikir tntg tu kn ==

    'Uluwwul Himmah,ya lebih besar drpd semangat :) kalau ada semangat saja tak jadi jg,so kena ada kehendak yg tinggi untuk mencapai sesuatu matlamat.sebab tu semua perlu pengorbanan~

    syukran Razi atas pandangan~ menybbkn sy rajin membuat rujukan sekali lg =="

    ReplyDelete
  16. ya Ad-Dien

    terima kasih~
    saya dah baca dah ^^

    crrtion~ bukan anak 5 tp anak ke-5 ea heh~

    ReplyDelete
  17. ya .:naqib saad:.

    ^_^ bagus2~
    nnt kita belajar yg lain pula heh~

    ReplyDelete
  18. ya Anonymous

    oh SK~ komen ustazah mmg owez da best :)

    Alahamdulillah,syukran to ustazah.

    terima kasih Sk~

    ReplyDelete
  19. mereka bertanya, "kamu dah kahwin ke belum?", kerana jika belum, mereka mahu kahwinkan... untunglah.. (",)

    ReplyDelete