kau sedih aku pun sedih.

8:23 AM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Allahuakbar, alhamdulillah..all praises to Allah...Allah masih memberikan penghidupan yang baik buat hamba-Nya. Bersyukur dengan segala nikmat dan rahmat yang Allah berikan. Betapa indahnya syukur itu tatkala merasai sendiri kehadirannya disaat diri masih terkapai-kapai mencari potensi diri. apa kena dengan diri saat ini? masih belum stabil keadaannya. Astaghfirullah..apa dah jadi dengan hati ini? 

sudah mahu hampir sebulan berada di alam universiti yang memang penuh onak duri dan cubaan, fizikal mahupun emosi. entahlah..masa diurus sudah sebaik mungkin..tapi masih ada yang terlepas untuk dilakukan..banyak. jika boleh dihitung  dengan jari saya akan cuba menghitungnya. namun bukan untuk ini. kadang diri masih dibuai-buai mimpi seperti hidup ini tidak ada kerjanya..tidak selesa dengan keadaan..sakit hati tapi ditahan agar tidak tersakiti. penat..itu yang mampu diterjemahkan.

hari berlalu meninggalkan kenangan yang tidak bisa untuk ditafsirkan melainkan dalam kitab yang masih ada pada genggaman nyata.  perlukah buat itu? mestikah lakukan ini? sehembus demi sehembus. Kadang terhembus keluar tanpa diduga pada insani yang memahami. Merintih cuma pada yang satu, Dia yang Maha Esa. Pesan seorang akhwot yang baru dikenali semasa usrahnya cukup memberikan kekuatan pada hati . Jangan biar mereka melihat muslim itu lemah! tidak! jangan biarkan mereka! diri cuba bangkit dari mimpi ini..cuba lawan dari takut resah ini! alirannya dari mata ..tidak dapat diteruskan..maaf.

mohon kemaafan sudah jarang blog ini diberi pengisian rohani buat para pengunjung kerana kekangan masa...syukran buat mereka yang menjadi pengikut baru untuk blog ini..yang diharapkan moga blog ini menjadi medium dakwah yang terbaik buat anda semua. tak kira bagaimana anda menilainya..doakan admin diberikan kekuatan meneruskan perintah-Nya dengan penuh istiqamah..walaupun banyak rintangannya..insyaAllah. Jumpa anda lagi. senyuman tetap ku berikan :)

You Might Also Like

10 comments

  1. Assalamualaikum nazihah,

    apa khabar?doakan baik hendaknya...semoga segala urusan nazihah dlm kehidupan harian dipermudahkan...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt
    Hidup ini bukan utk kita bersedih setelah kita membuat keputusan turun ke dunia melepasi ujian. Tiada siapa yang nak tangis bersama2 kita hatta langit dan bumi jika kita tidak membuat apa2 dalam kehidupan. Suran AdDukon:29 فَمَا بَكَتْ عَلَيْهِمُ السَّمَاءُ وَالْأَرْضُ وَمَا كَانُوا مُنظَرِينَ Mereka (ketika dibinasakan) itu tidak ditangisi oleh langit dan bumi (atau penduduk keduanya) dan mereka pula tidak diberi tempoh lagi.
    Ataupun kita menyangka bahawa kita mempunyai hubungan yang dekat kepada Allah SWT walhal jika kita tidak bertadabbur dan mendrikan AlQuran, maka kita tidak ada sesuatu nilai disisi Allah SWT. Surah AlMaidah:68 قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لَسْتُمْ عَلَىٰ شَيْءٍ حَتَّىٰ تُقِيمُوا التَّوْرَاةَ وَالْإِنجِيلَ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْكُم مِّن رَّبِّكُمْ Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak dikira mempunyai sesuatu ugama sehingga kamu tegakkan ajaran Kitab-kitab Taurat dan Injil (yang membawa kamu percaya kepada Nabi Muhammad) dan apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (iaitu Al-Quran)"
    Bukankah kita juga termasuk dlm golongan Ahlil Kitab iaitu Allah SWT turunkan AlQuran?
    Surah Fatir:31 ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا ۖ فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِّنَفْسِهِ وَمِنْهُم مُّقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّـهِ Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah.
    Maka tiada sebab kita terus menerus dalam keadaan lemah kerana perjuangan kita masih jauh dan panjang. Surah AtTaubah:42 لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لَّاتَّبَعُوكَ وَلَـٰكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka.
    Hanya mereka yang lemah iman saja yang mahukan pembentangan yang dekat atau jika perjuangan masih jauh, mereka akan mengeluh dan malas kerana jarak yang hendak dilalui terasa terlalu jauh utk mereka. Ayuh! bangun wahai `ma`syaral (sekalian) muslimiin wa muslimaat! Panggilan jihad menanti mu... Wallahualam.

    ReplyDelete
  3. Jangan sedih2.. Allah bersamamu.. (",)

    orang kata, di universiti bukan sekadar mencari ilmu, tetapi lebih kepada mendapatkn pengalaman sebagai inspirasi menghadapi hari mendatang...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum jiha,
    selamat menempuh alam universiti.

    Jgn risau, alam universiti ni best..!

    Alhamdulillah, akak masih sihat walafiat lg sepanjang duduk kat universiti ni..xde yg cacat sebelah :P

    dont worry kay. sayang selalu. :)

    ReplyDelete
  5. Akh aiEz

    Waalaikumsalam akh Aiez...

    Alhamdulillah, sihat bah :)

    terima kasih akh..atas doanya..semoga Allah membalas kebaikan Akh dengan rahmat dari-Nya..i'Allah..:)

    ReplyDelete
  6. Ustazah tajnur

    waalaikumsalam wbt ustazah.

    syukran ya ustazah...
    alhamdulillah...memberi semangat sebenarnya...

    ReplyDelete
  7. Akh fuad ansari

    lama dah tak komen entri akh fuad..

    alhamdulillah..terima kasih ustaz atas nasihatnya..i'Allah...

    moga Allah redha..

    ReplyDelete
  8. Ukht nusrah

    waalaikumsalam wbt..
    :') nak nangis kat bahu Nusrah...

    i'Allah..
    kejutan seketika kat sini..
    Alhamdulillah..dah kira stabil dah ni...doakan ya nusrah :)

    salam kerinduan~~

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Jiha..

    Tabahkan hati dalam menghadapi segala cubaan & dugaan Allah.. Tuhan tidak menjanjikan hari-hari tanpa sakit, tertawa tanpa kesedihan, matahari tanpa hujan, tetapi Allah menjanjikan kekuatan untuk hari itu, kebahagian untuk airmata, dan terang dalam perjalanan.. mudahan dlm lembayung rahmat & redhaNYA sentiasa..

    ReplyDelete
  10. belajar rajin2!!!!!U got more to learn, inside and outside class =)

    ReplyDelete