Akukah yang terlewat [Akhir]

6:18 PM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan


Tapi itu semua aku pendamkan, insyaAllah suatu hari aku akan jadikan S milikku, pada Fauzi pun tak pernah aku ceritakan soal hatiku ini, malu lak sebab jatuh hati pada perempuan yang paling aku benci dulu. Tapi aku tahu Fauzi tak mungkin mentertawakan aku, aku cukup kenal dengan Fauzi. Alhamdulillah aku berjaya juga akhirnya. Aku call Fauzi, dia cukup gembira, lepas tu dia tanya aku, bila nak balik? Aku diam, entahlah. Sebab aku rasa aku nak bekerja dulu setahun dua kat sini. 

"Dah 5 tahun kau tak balik Jay, kau tak rindukan akukah?" 

"Aku rindu kat kau lah. Jie, aku akan balik. Masa tu nanti aku nak bagi kejutan kat engkau!!!"

Aku diterima bekerja di head off Com. Aku sekarang seronok gak bekerja dengan orang Jepun ni. Lepas setahun aku ambil keputusan untuk kembali ke M'sia aku nak jumpa Fauzi, lepas tu nak suprisekan dia tentang hasrat aku kat S, sebulan sebelum pulang aku call Fauzi aku kata nak pergi melancong dulu sebelum balik so, Fauzi tak payah tulis surat atau call aku.

24 Dis aku menjejakkan kaki ke bumi M'sia, hampir 7 tahun aku di Jepun terlalu banyak yang berubah, aku terus pulang ke rumah. Mama terkejut nampak aku dan mama peluk aku. 

"Jay mama rindu kat Jay"

Aku senyum, aku rasa cukup bahagia. Malam tu kami makan bersama, bercerita, ketawa. Aku rasa malam tu masa terlalu cepat berlalu. Aku bagitau mama & papa tentang hasrat aku untuk melamar S, mereka setuju asalkan aku bahagia kata papa. aku peluk papa.

25 Dis hari lahir aku dan Fauzi. Aku nak buat kejutan, selepas solat subuh aku bertolak ke kampung Fauzi. Sampai jak kat rumah Fauzi aku tengok ramai betul orang dan terdengar paluan kompang. 

"eh, sapa  pula yang kahwin, tak kan Fauzi kot?" 

Langkah kaki ku terhenti, aku terpaku melihat pasangan mempelai di pelamin. Fauzi dan S! tapi kenapa? Selama ni Fauzi tak pernah cerita kat aku apa-apa.

"Jay bila balik ?" Terasa bahu ku di tepuk. 

"Semalam Pak Man.."

"Syukurlah kau dah balik. dah puas si Fauzi tu telefon & hantar surat kat kau tapi tak dapat. macam mana dengan pilihan Pak Man Jay??"

aku terkedu "Pilihan Pak Man?" 

"Yalah..kalau nak tunggu si Fauzi tu jawabnya tak bercuculah Pak Man ni." Ketawa Pak Man hampir membuat kolam airmataku melimpah. tak, aku tak patut menangis. Semuanya salah aku juga tak berterus-terang dan sekarang semuanya telah terlewat. Aku terus mendapatkan Fauzi. Fauzi peluk aku.

"Jay aku rindu sangat kat engkau." 

"Aku pun sama Jie, taniah dan selamat hari lahir."

Aku kembali ke KL, aku cakap pada papa aku nak gi Jepun balik. Mama terkejut. 

"Kenapa Jay? Jay masih marahkan kami lagi?" 

"Tak ma, Jay nak kerja kat sana dulu bila dah puas nanti Jay balik lah." Papa angguk, mama lak dah mula menangis. Aku pujuk mama.

1 Jan aku berlepas ke Tokyo. Cuma mama & papa yang hantar aku. Aku tak bagitau Fauzi sebab tak nak mood honeymoon dia hilang. Seminggu lepas tu baru aku call Fauzi, terkejut dia.

"Tapi kenapa Jay?" 

"Saja nak cari pengalaman." Itu saja jawapan yang mampu aku beri.

2 tahun di head off aku minta di tukarkan ke M'sia. Alhamdullilah permohonan aku diterima. Berita gembira ini aku sampaikan pada mama & papa. Pada Fauzi, aku nak surprisekan dia. Aku tempah sepasang jam tangan untuk hari lahir aku & Fauzi nanti. Buat S aku belikan kimono sutera berwarna putih, dan buat bakal anak angkat ku macam-macam aku belikan. Tak sabar rasa aku nak balik.

Seminggu sebelum balik Fauzi call aku.

"Jay balik lah aku rindu sangat kat kau, aku teringin nak tengok kau." 

Aku ketawa "Yalah nanti aku balik tapi tak tahu bila." 

"Baliklah Jay aku nak tengok kau sangat-sangat."

25 Dis aku bersama papa & mama ke rumah Fauzi. Hari tu hari Jumaat so. aku singgah untuk solat Jumaat. Pukul 4.20pm aku sampai ke kampung Fauzi, hairan aku ramai betul orang, tapi kali ni keadaannya lain, kalau dulu aku disambut dengan paluan kompang tapi kali ni tak.
Hati aku mula terasa sesuatu. Aku mencari-cari kelibat Fauzi tapi tak ada. 

Aku naik ke atas aku nampak sepasang mayat terbujur, kaki aku longlai aku menangis aku peluk Mama.

"Ma, Jay dah kehilangan mereka ma. kenapa Jay selalu terlewat? Kenapa ma?" 

Papa pujuk aku, "Sabar Jay, bawa bertenang nak." 

Pak Man muncul. 

"Jay...sudahlah nak, tak baik macam ni. Fauzi kemalangan sewaktu nak ambil mayat S. S meninggal selepas bersalin." Hadiah di tangan ku bertaburan di lantai.

Pemergian Fauzi & S benar-benar memberi kesan pada aku. Esoknya aku ke hospital. S melahirkan sepasang kembar yang comel, aku dakap kedua-dua bayi itu airmataku mengalir lagi 

"Jie, S, anak kamu berdua comel betul." Aku minta izin Pak Man untuk menjaga mereka. Walaupun keberatan akhirnya Pak Man akur setelah aku berjanji tak akan mensia-siakan mereka. Benih kasih Fauzi & S kuberi nama Muhammad & Siti Aisha. Mama pun dah tak kerja sibuk nak jaga cucu, aku cukup bahagia.

Kini si kembar ku dah pun berusia 3tahun. Setiap kali terpandang mereka, aku pasti terkenangkan dua orang sahabatku yang paling aku kasihi dan setiap kali aku menziarahi pusara mereka pasti si kembar ku bertanya,

"Kenapa ibu & ayah abang duduk kat dalam ni Abah?" Hati aku cukup sedih, biarlah satu hari nanti mereka akan mengerti. Aku pula sampai sekarang still sorang, biarlah demi amanah ini. Sesungguhnya aku terlalu sayangkan mereka berdua. [end]

p/s : Sekilas ke belakang: mengutip hikmah di perjalanan.

You Might Also Like

13 comments

  1. Karya terakhir ke? saya baca tapi tak dapat tangkap sangat..hee..

    memang betul-betul tak ada bakat dalam novel dan cerpen..

    ReplyDelete
  2. tgh free rileks blh bace entry ni :) ps : mf ye lmbat bls kunjungan :) sy sibuk sikit skrg :(

    ReplyDelete
  3. ya Ad-Dien

    Episod terakhir :)
    uhu.tak apa Ad-Dien..cuba lg k heh~

    ReplyDelete
  4. ya umarmarwan

    ehe,Umar baca jg heh~
    Alhamdulillah.tahniah pd penulisnya :) sy tak tau siapa penulisnya.

    ReplyDelete
  5. tak apalah.... :)

    harap nazihah baik sahaja...

    'azamallahu ajrak..

    ma'assalamah :)

    ReplyDelete
  6. wah..kagum..dah bernovel pulak dia, bestnya!( tp xminat n0vel, tutup trus..komen tanpa mbaca..he he he)
    *tp minat novel Hilal Asyraf.. giv a try sis..disyorkan =)


    - Ramli MS(m).

    ReplyDelete
  7. haa 1 lagi novel sy nak syorkan, tajuknya Contengan Jalanan.. kalau x baca lagi, baca la.. islamic novel in such a cool way.. novel ni story mngenai ...... bla bla..boom, dush dush...then... meletup-meletup...
    < habisss >.. bestkan? beli la... =)


    -Ramli MS(m)

    ReplyDelete
  8. Ya Anonymous Ramli MS(m).

    Cerpen not novel ^^

    tak baik tau komen tak baca =='

    novel Hilal sy ada satu jak 'Takdir' itupun tak hbs baca lg heh~

    contengan jalanan Hlovate kan. huhu lama dah cari buku tu..tak jumpa2 bah. nak beli on9 mls pula :)

    insyaAllah.cari juga nanti.btw thanks bagi sinopsis storynya..w/pun takda apa2 ==' dush..dush..

    Terima kasih.

    ReplyDelete