Lukisanku

5:55 PM

~Assalamualaikum~
 Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Aku cuba melukis segera
Tapi tidak menjadi lukisan
Mungkin kalau mahu lukisanku
Engkau perlu sabar dengan ku

Tapi jangan marah
Kalau lukisan ini siap
Tidak seindah yang kau idam
Seperti potret khayalan mu

Kerana aku bukan khayalan mu
dan Aku adalah Aku
Pelukis baru belajar

Kerana aku melukis
Bukan sahaja untuk mu
Tapi untuk secupak beras
Untuk insan-insan dibahu ku

Kalau kau banding aku
Dengan pelukis lain
Karyaku yang terpelik

Kerana aku tidak pandai menipu
Dengan melukis
Bukit menjadi Gunung
Buruk menjadi Cantik
dan semua menjadi indah

Aku pelukis baharu
Tapi punya cita besar

Berharap kertas ku jadi
Pelindung bagi yang fakir
Warnaku jadi rezeki bagi yang fakir
Suara lukisanku lantang untuk yang adil.

-Unknown-

You Might Also Like

2 comments

  1. jemput join ga Iniblogke :) http://iniblogke.blogspot.my/2016/05/iniblogke-preloved-novel-giveaway.html

    ReplyDelete
  2. deep sangat ni kak zihaaa. TT
    sampai maksudnya. thumbs up :)

    ReplyDelete