Jalan Kita, Jalan Cinta

9:11 PM

~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Jalan KITA, Jalan CINTA


Jalan ini jalan cinta. Takkan dibiar santai selagi cinta tidak diuji, Surah Hud ayat 112. Tahu tak, Rasulullah sampai beruban kerana ayat itu?

Fastaqim kama umirta! “Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar sebagaimana yang diperintahkan kepada kamu.”

Fastaqim! Semuanya tentang nilai ISTIQAMAH. Betapa beratnya nilai istiqamah, sehingga Rasulullah juga merasakan susah. Yang berat itulah yang penting. Yang berat itulah yg perlu. Yang berat itulah cabaran. Bukan untuk calang2 orang, secara mudah, bukan untuk orang MANJA.

Sampai Rasulullah sendiri bersabda, "Beristiqamahlah dan kamu tidak akan sampai pada hakikat istiqamah." Betapa hebat tarbiyah Rasulullah kepada para sahabat. Terlakar dalam sejarah Islam. 

Abu Talhah yang menjadikan ayat Allah sebagai solusi tika diri dalam delima, “Keluarlah sama ada kamu dalam keadaan ringan mahupun berat.” [Taubah: 41]

Mahalnya mahar ISTIQAMAH. Maharnya adalah SYURGA. Seringnya lidah Rasulullah menuturkan ISTIQAMAH. Betapa ia sulit, dan perlukan mujahadah. Katakanlah, “Aku beriman kepada Allah, kemudian istiqamahlah!” Itu pesanan nabi. Itu yang ditutur tika sahabat meminta suatu ucapan tentang Islam yg takkan didapati dari orang lain. Ringkas. Padat. 

Meliputi seluruhnya Islam. Istiqamah yg dibangunkan atas keimanan. IMAN yg merupakan amalan HATI. ISTIQAMAH yg merupakan amalan PERBUATAN. Walau ada secebis amalan hati.

Syaratnya: LILLAH (Kerana Allah) MA'ALLAH (Bersama Allah) ILALLAH (Kepada Allah) Bagi seorang pejuang, walaupun tubuhnya dikelilingi keletihan & kesakitan, jasadnya dikoyak oleh bebanan dakwah, namun iman di hatinya tetap memancarkan cinta dan mengajak kita untuk terus berlari. 

Teruslah bergerak, hingga keletihan itu penat mengikuti kita. Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejar kita. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersama kita. Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu lemah menyertai kita. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemani kita.

Beban kita berat, Jumlah kita sedikit, Musuh kita banyak. Eratkan ikatan kita, abadikan cinta kita. Tetaplah di jalan ini sahabatku. Ku kasihi dirimu kerana Allah, tiada yg lain. Moga Allah tetapkan hati kita dalam agama & ketaatan padaNYA, amiin.


sumber:blog abidsakina
"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"


You Might Also Like

2 comments

  1. jalan kita jalan yang satu..
    jalan org yg merindui syurga insyaAllah..
    moga hati-hati kita tetap thabat, insyaAllah! :)

    ReplyDelete
  2. @afni_natasya~!=alhamdulillah, terima kasih untuk peringatan itu ukht afni^^ moga thabat^^

    ReplyDelete