~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
gambar ni pelik sikit kn =)
Apa khabar anda semua? Alhamdulillah mari bersama lafazkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana masih diberi peluang hidup didunia untuk beribadat kepada Nya. Syukur masih diberi kesempatan untuk bertaubat kepada Nya. Syukur masih merasa nikmatnya bertawakkal kepada Nya. Syukur masih diberi kepercayaan untuk memikul beban ujian dari Nya untuk mendapat nikmat ujian yang didatangi Nya. Sesungguhnya mereka yang diberi ujian dari Allah adalah mereka yang terpilih dari berjuta-juta makhluk dibumi ini untuk mendapat rahmat ujian tersebut. InsyaAllah. senyum .
Banyak perkara nak cerita ni. senyum. tidak mengapalah, bukannya ada orang nak baca. Merindui seorang ukht yang belum pernah saya temui, hanya berbalas khabar melalui sms sahaja. kini dia berada di Mesir, tiada peluang nak berhubung lagi. Kak Nurul, kalau kakak baca entri ni, akak diminta buat muka buku tu cepat-cepat ea :') di doakan kak Nurul baik-baik sahaja di sana. Rindu bah dengan akak. seriesly.
Mari kita bertanding! pertandingan ini dinamakan pertandingan senyum siapa paling manis. ganjarannya 'pahala' buat anda . senyum . senyum itu sedekah (yang ni pasti dah ramai yang tahu, tapi yang tak tahu tu, saya pun tak tahu bagaimana nak describe). Senyum itu mak kata awet muda (patutlah mak kita still nampak muda). Senyum itu kemesraan (betul, betul, betul, kalau tak senyum, siapa juga nak bermesra dengan anda yang tegang mukanya,cop! bermesra disini dimaksudkn yang baik, dun u think another think k). Senyum itu pengikat persahabatan (yes, that's true. ways to make a friends smile). Senyum pemanis wajah (ini tidak boleh dinafikan lagi) . Senyum juga pastinya membawa kebaikan buat kita semua. Konklusinya, senyumlah (mudahkan).
walau pun nampak mudah, namun ramai yang susah nak lakukan. Mengapa? tanyalah diri anda sendiri. Anda lebih tahu diri anda. Senyum ikhlaslah kerana Allah, janganlah nak sombongkan diri (peringatan buat diri juga). Kalau nampak mereka yang kamu tak suka pun, cuba ubah mindset seketika, 'orang ni yang penting saya beri senyuman'. Walau pun tak berbalas senyum tu tak mengapalah kawan, kita dah buat benda baik. terpulang pada mereka nak terima atau tidak. yang penting sekali lagi, IKHLAS senyum itu.
Bagi yang mendapat senyuman tu pula, kenalah faham senyum itu apa ertinya. Jangalah pula dianggap senyum itu sebagai menyindir atau mengurat bagi lelaki-perempuan,perempuan-lelaki. Senyum itu sedekah daripada pemberi kepada penerima (ini perlu diingat). Lafazkanlah Alhamdulillah kalau menerima senyum dari seseorang, secara langsungnya anda dan dia dapat pahala, insyaAllah tapi, jangan lebih-lebih pula senyumnya. Kalau yang sedang hadapi tekanan tu, saya mengerti anda sukar melahirkan senyuman, Tidak mengapa, try ur best, walaupun senyum itu nampak kurang indah, sekurang-kurangnya anda mencuba dan insyaAllah tekanan itu akan turun. Tarik nafas dan hembus, cubalah untuk senyum seketika. saya tersenyum disini. Renung-renungkan dan selamat beramal!
l/p : entri ni dah siap, assignment? ==' relax dan senyumkan (emm). jumpa lagi!