Aku Kurang Agama dan Kurang Akal

12:14 AM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Dari Abdullah bin Umar katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud , "wahai kaum wanita, bersedekahlah kamu dan banyakkan istighfar iaitu memohon keampunan. kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni neraka."

Seorang WANITA yang cukup pintar antara mereka bertanya, "wahai Rasulullah, mengapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni neraka?"

Rasulullah bersabda, "kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu."

Wanita itu bertanya lagi, "wahai Rasulullah! apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?"

"Rasulullah bersabda, "maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama." (Riwayat Muslim)

************

Wanita adalah makhluk yang unik diciptakan berlainan dan berbeza dengan lelaki. Lemahnya agama bagi golongan wanita tidak harus dijadikan alasan untuk memadamkan semangat dalam beribadah.

Ketika mereka dalam haid atau nifas serta tidak menjalankan ibadah solat dan puasa, mereka sebenarnya masih boleh menjalankan amal ibadah lain yang berpahala yang dapat mendekatkan diri pada Allah.

Perempuan juga dikatakan lemah akalnya kerana mereka mudah sekali terpengaruh, tertipu dan terpedaya, ini kerana mereka dikurniakan banyak nafsu dan lazimnya mereka tidak berfikir panjang dan bersifat emosional. Oleh itu, dalam hal pengadilan Islam lebih mengutamakan lelaki.

Tetapi dalam hal yang lain, Islam sama sekali tidak menolak akan hakikat ketajaman pemikiran golongan wanita yang mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki. Hanya yang membezakan antara makhluk Allah adalah nilai ketakwaan mereka.

P/s: Hargai diri mu wahai muslimah, Ya Allah banyak kekurangan ku.



You Might Also Like

12 comments

  1. Tq for the reminder , kebetulan hati tengah kacau sekarang nih, Allahu.... :(

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah tq for sharing Nur Cahaya.

    Kulit KUSAM? BERJERAWAT? TONA TAK SEKATA? Kulit tak secantik artis KOREA? Buntu dah cuba pelbagai cara? : VITAMIN UNTUK KULIT CANTIK

    ReplyDelete
  3. Baca entri pun dah semacam. Banyak kena muhasabah.

    Sembelit ketika hamil? Seksanya, ikuti langkah-langkah pencegahan di sini : SEMBELIT KETIKA HAMIL

    ReplyDelete
  4. Isteri yang patuh pada suami sebenarnya merupakan sau nikmat.

    ReplyDelete
  5. Betul betul! Moga berguna buat diri kita semua Jumpa di sini

    ReplyDelete
  6. tengok gurl2 yg berjubah..sejuk sgt hati..yg tutup kaki..berpurdah...ermm..#deep

    ReplyDelete
  7. entry yang menarik, thanks sebab share..xD

    ReplyDelete