Dunia tempat yang penuh dengan ujian

6:40 PM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Lain macam pula perasaan ini sekiranya tidak ada santapan jiwa daripada blog ini. Jadi, Jiha ingin kongsikan sedikit sedutan daripada salah satu buku febret Jiha iaitu (Ensiklopedia Alam Jin, Syaitan dan Pelindung Diri, Penulis : Mahmud Al-Misri). Yang belum beli tu, beli lah. Tak rugi pun.

Dunia tempat yang penuh dengan ujian

Biasa kita dengar dan baca.

Untuk menjadikan dunia sebagai tempat pengujian, di dalamnya harus di temui aneka ragam penyesatan, rayuan dan tipu daya. Jadi, Allah mengabadikan hidup syaitan di dunia hingga hari kiamat merupakan satu jenis dari berbagai macam jenis tipu daya dan penyesatan yang akan dihadapi oleh manusia pada kehidupan dunia. Hal ini dilakukan untuk menguji hamba-hamba Allah untuk menemui hamba yang benar-benar tulus mencintaiNya dan mengabdikan kepadaNya. Maka, barang siapa mencintai Allah, Allah akan melindunginya dari godaan-godaan tersebut. Dan barang siapa yang cenderung untuk melakukan maksiat dan kekufuran, syaitan akan dapat menguasainya, membawanya semakin jauh tersesat dalam kemaksiatan dan kekufuran. Hayatilah Firman Tuhan dalam Al-Quran surah Maryam, ayat 83 dan 84.

Agar pengalaman dan ujian hidup di bumi benar-benar teruji dan sempurna, rayuan dan godaan syaitan sangat diperlukan. Hingga keimanan hamba-hamba-Nyapun benar-benar teruji. Bukan hanya ujian teori, tetapi juga, ujian yang berat dan realistik. kerana, pada hakikatnya antara teori dan kenyataan sangat tidak sesuai. Seringkali kita mengatakan bahawa kita akan melakukan sesuatu. Tetapi, setelah saatnya tiba, kita tidak melakukannya.

Hari demi hari, dosa-dosa manusia akan semakin menggunung.

Namun, kita tidak boleh menyangka bahawa Allah memenuhi permintaan syaitan. Kerana, pada hakikatnya Allah bukan memenuhi permintaannya. Justeru hal ini demi keseimbangan dan penyesuaian antara keinginan Tuhan dan apa yang telah dipersiapkannya di dunia, berupa konsep hidup, hukum alam serta apa yang telah dipersiapkannya untuk manusia berupa ujian-ujian dan cubaan.

P/s: Hakikat hidup. wm.


You Might Also Like

1 comments