Pensel

12:13 AM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Seorang pembuat pensel merenung pensel yang baru dibuatnya. Cantik, lebih cantik, lebih teguh dan lebih hitam coretan matanya berbanding biasa. Sejurus sebelum memasukkan pensel tersebut ke dalam kotak, pembuat pensel berkenaan berkata: "Ada lima perkara yang perlu engkau ketahui sebelum kumasukkan kau ke dalam dunia barumu ini. Engkau perlu ingat semua perkara itu supaya engkau menjadi pensel yang terbaik sepanjang masa."

"Pertama" kata si pembuat pensel, "kau boleh menulis banyak perkara hebat, tetapi ini hanya berlaku jika engkau benarkan dirimu dipegang oleh seseorang yang berhak.

"Kedua" kau akan alami kesakitan semasa matamu ditajamkan, tetapi kau perlu laluinya bagi membolehkan kau menjadi pensel yang lebih baik.

"Ketiga" kau boleh membetulkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan.

"Keempat" benda yang paling berharga padamu berada di dalam tubuhmu. Dan

"Kelima" tidak kira di atas permukaan apa kau gunakan, kau mesti tinggalkan bekasmu. Walau dalam keadaan apa sekalipun, engkau mesti terus menulis."

Pensel memahami kata-kata pembuatnya. Ia berjanji akan menggalas tugas-tugas seperti yang diamanahkan. Lalu dia pun dimasukkan ke dalam bekasnya.

Cuba gantikan pensel itu dengan diri kita sebagai manusia yang dihadirkan di muka bumi ini. Ingat kelima-lima perkara penting itu dan kita akan menjadi manusia yang hebat sepanjang masa. InshaAllah.

Pertama : kita boleh lakukan banyak perkara yang hebat, dengan syarat kita sentiasa mengizinkan diri kita berada dalam genggaman Tuhan yang Maha Esa. Dalam masa yang sama, izinkan manusia lain membantu kita mencapai impian hidup dan melakukan yang betul dan terbaik.

Kedua : kita akan menderita bila 'ditajamkan' dari semasa ke semasa dengan melalui pelbagai ujian dan dugaan. Biarpun sakit, tetapi kita amat memerlukan ujian dan dugaan itu bagi menjadi manusia yang cekal, gigih serta berfikiran tajam.

Ketiga : kita boleh membetulkan kesilapan yang telah dilakukan.

Keempat : bahagian paling berharga pada diri kita berada di dalam tubuh.

Kelima : dan yang paling penting, tidak kira atas permukaan apa kita melangkah, kita mesti meninggalkan bekas. Tidak kira bagaimana situasi melanda, terus laksanakan tugas yang diamanahkan dengan secemerlang yang boleh.

Moga berkhasiat untuk kita :)

Note : Saya hairan tengok komen banyak pula kat post Pencarian Blog Terkemas 2015. Jadi, saya blogwalking lah kat blog cik manis Ombakbergigi yang anjurkan segmen ni, sekali tengok ada pula nama tersenarai dalam Batch 1 : Senarai Pendek Pencarian Blog Terkemas 2015!

hehe, patutlah femes ᕙ(`▿´)ᕗ wakakaka. Terima Kasih Cik Ombakbergigi. Walaupun macam takda harapan masuk dalam senarai Batch 2 nanti hahaha Background saya ni langsung tak cantik, malar putih :p, apa-apa pun tahniah untuk yang tersenarai ≧◠‿◠≦✌ 

Oh ya, Tahniah juga adik-adik yang cemerlang dalam PT3..tak kisahlah Straight A's atau tidak, yang penting dah usaha. Perjalanan masih jauh dik (͠≖ ͜ʖ͠≖) okay.

kbai.


You Might Also Like

4 comments

  1. Assalamualaikum nazihah,
    Terima kasih satu perkongsian dan perbandingan yang sangat menarik. Cuma pensel ini menjalankan tanggungjawabnya dan ia telah selesai di dunia, berbanding kita yang ada siri kisah yang berbeza. Tentunya sebagai hamba Tuhan kita mempunyai lebih peranan untuk melihat tempat 'kembali'
    Sebelum terlupa...tahniah!

    ReplyDelete
  2. cantik sgt blog awak ! btw follow sini :)

    ReplyDelete