Syahadah Kasih Ayah 6
12:28 AM
~Assalamualaikum~
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
Dipejamkan matanya rapat-rapat mendengar sayup-sayup
bunyi burung-burung bernyanyi berkicauan. Seolah-olah menyanyikan lagu riang
untuk dia. Syahadah menghembus nafas kecil. Rambut lurusnya yang lembut,
terbang menutupi telinga dan sebahagian mukanya. Syahadah melurut rambut
lurusnya dengan jari jemarinya yang runcing lalu mengikatnya supaya lebih
kemas.
Dia berjalan perlahan-perlahan menuju ke meja kecil di
ruang tamu itu. Kelihatan secawan Nescafe 3 in 1 dan sepinggan karipap
kegemarannya yang dibelinya semasa singgah dipasar tadi sudah sedia terhidang. Bulan
itu dia jarang sekali berpeluang menghirup secawan Nescafe pada waktu petang
yang damai seperti itu. Disebelahnya juga terdapat laptop dan Ipad Apple
beserta buku-buku latihan pelajarnya.
Sekilas sahaja Syahadah teringat akan akaun Facebooknya
yang sudah lama dia tidak buka. Kerja-kerja yang banyak dan tugas sebagai guru
menghalangnya untuk membuka muka buku itu. “ah..baik aku buka. Manatau kakak online.
Boleh juga video calling dengan dia,” bisik Syahadah.
Sudah lama rasanya dia tidak berchat dan web
cam dengan kakaknya itu. Masing-masing dengan tugas diperantauan. Kakaknya
yang bijak dalam bidang akademik juga keagamaan mencemburukan diri Syahadah
sejak dahulu lagi. Namun, semakin dia dewasa dia faham dan belajar setiap
manusia itu sudah dikurniakan kelebihan dan kekurangan masing-masing oleh
Tuhan. Jadi tidak bolehlah manusia itu mempertikaikan lagi kerana takdir
manusia itu sudah Allah catat dan manusia boleh mengubahnya dengan berusaha.
Dan kini, dia sudah boleh bangga bahawa kakaknya sudah
bergelar pensyarah dalam bidang kejuruteraan Mekanikal di Universiti Malaya dan
menjadi isteri kepada seorang lelaki yang soleh, juga salah satu pensyarah di
sana.
Secawan Nescafe 3 in 1 disebelah laptopnya diangkatnya
sambil menghidu bau aromanya. Dari bibir mug, Syahadah menghirupnya
perlahan-lahan buihnya. Melalui buih itu, Syahadah dapat rasai setiap kepahitan
di dalamnya. Nikmat secawan nescafe itu dia dapat rasa diseluruh badan.
“dalam setiap kepahitan, ada manisnya,” bisik Syahadah
lalu tersenyum manis.
Syahadah masih menghadap skrin laptopnya. Jari jemarinya
ligat menekan butang-butang aksara yang ada di atas perut laptop itu. Jelas
terpapar Welcome To Facebook-Log In, Sign Up or Learn More, lalu dia
menggerakkan tetikus untuk menekan link tersebut. Di taipnya Email dan Password lalu Log in. Terpapar akaun facebook
nya di ruang tingkap laptop.
“wah..banyaknya notifications! 44! Memang sah sudah lama
terbengkalai facebook aku ni.” Syahadah fokus sambil tangannya memegang
tetikus, scroll ke atas dan ke bawah semua notifications yang dia terlepas.
Mahu dekat satu jam Syahadah diposisi itu.
“hmm..banyak benda tak penting daripada yang penting,” dia
mengeluh kecil, lalu tangannya pantas menekan Turn On Chat yang terletak
dipenjuru sebelah kanan akaun facebook nya. Tangannya ligat mengscroll
nama-nama yang sedang Online. Namun hampa kerana nama yang ditunggunya tidak
terpapar.
“tunggulah dulu. Manatau kejap lagi dia On, lebih baik
makan dulu. Aduii..sejuk sudah karipap aku ni,” memujuk diri sambil mulutnya
diisi dengan suapan karipap yang enak. Matanya liar menyemak satu persatu
jawapan latihan peperiksaan Pendidikan Islam pelajar-pelajarnya. Tangannya
pantas membetulkan setiap kesalahan dibuku mereka.
Sesekali dia ketawa kecil membaca jawapan-jawapan anak
muridnya. Menyemak kertas jawapan dan buku-buku juga salah satu aktiviti guru
yang Syahadah suka walaupun memeningkan kepala, tetapi dapat menghiburkan dan
membuat dia tertawa.
Dia menjeling ke arah ruang tingkap facebook nya
kembali sambil terpandang satu status dari page Srikandi-Srikandi Islam.
~ Renungan buat anak muda
Sekarang ini ramai yang mengaku Islam tetapi hanya sekadar pada nama.
Langsung tidak memahami apa itu Islam sebenarnya. Bila ditanya tentang rukun
Islam, langsung tidak tahu. Sepatutnya anak muda zaman sekarang mesti memahami
ajaran Islam kerana Islam adalah agama yang sejahtera yakni selamat dan
bahagia. Nescaya apabila kita menganut Islam dengan hati yang tulus ikhlas,
kita akan mendapat kesejahteraan, ketenangan dan keamanan. Sepatutnya kita
berbangga dengan agama Islam yang kita anuti.
~ 5 Rukun Islam:
1. mengucap dua kalimah syahadah
2. mendirikan solat
3. menunaikan zakat
4. berpuasa dibulan Ramadhan
5. menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu
~ 6 Rukun Iman
1. beriman kepada Allah SWT
2. beriman kepada para Malaikat
3. beriman kepada Al-Quran
4. beriman kepada Rasul
5. beriman kepada hari akhirat
6. beriman kepada Qada’ dan Qadar
Panjang lebar status yang dibaca
oleh Syahadah. Walaupun status itu seperti makan kacang bagi seorang yang
bergelar ustazah, namun tidak bagi Syahadah. Wajahnya didonggakkan ke atas
dinding putih rumah yang bersih dan masih elok catnya sambil memikirkan
sesuatu.
Syahadah menarik nafas panjang dan
menghembus perlahan. Angin laju bertiup dari arah tingkap yang dibuka tadi
membelai kulit mulusnya.
Terdapat habuk meresap dalam
kelopak mata Syahadah. dia mengusap matanya jelas tampak matanya berair, adakah
sebab habuk atau barangkali mengenangkan seseorang. “ayah..” tiba-tiba sahaja
nama itu terpacul dari mulut Syahadah. Peristiwa itu terungkai kembali.
Suasana petang itu tampak suram.
Syahadah sejak tengahari tadi langsung tidak keluar dari biliknya. Sehari
suntuk dia didalam bilik membaca novel yang dipinjam daripada kakaknya dan ada
juga sedikit daripada Fatin, sahabat baiknya.
Kalau bukan novel, Facebook
dan blog ditatapnya sepanjang hari. Untunglah, kenikmatan itu dapat
dirasakan selepas dia berjaya menduduki peperiksaan besar Sijil Pelajaran
Malaysia. Sebelum peperiksaan dia banyak menghabiskan masanya pergi ke tuisyen,
rumah fatin atau sekolah untuk belajar. Itulah salah satu kelebihan Syahadah
iaitu rajin belajar.
Tok..tok..tok..
Syahadah terdengar pintu bilik di
ketuk dan tombol pintu dipulas. Kakaknya muncul dihadapan pintu sambil bercekak
pinggang. Syahadah sekilas memandang dan menyambung kembali bacaan novel yang
berjudul Suami Aku Ustaz sambil kepalanya disandarkan ke bantal.
“masyaAllah..anak dara sorang ni.
Sudah petang-petang mau dekat maghrib ni pun masih tidur, bangunlah dik oii,
sudahlah dari tengahari tadi langsung nda keluar bilik. Masa makan jak keluar,
langsung tidak mau tolong kakak didapur. Kemas rumah pun malas. Janganlah
begitu bah dik. Kakak penat bah ni buat kerja sorang-sorang di rumah. Tolonglah
kakak sikit. Dapat juga pahala, manatau dapat markah cemerlang dalam SPM,” panjang
lebar kakaknya membebel sambil tangannya masik dipinggang. Syahadah memalingkan
kepalanya dan memandang kakaknya lalu berkata.
“eii..kakak ni, masuk bilik orang
membebel jak kerja. Sakit telinga Sya. Sya nda tidur bah kak. Baca novel bah
ni, nanti-natilah Sya tolong juga tu. Sya mau habiskan baca novel ini dulu,
best ni kak..lucu pun ada, elee..kakak pun peminat novel juga. Selalunya kakak
yang habiskan banyak masa baca novel jak. Bagilah chan adik pula. ” balas
Syahadah lalu ketawa kecil sambil tangannya menunjuk-nunjuk novel yang dia
pegang kepada kakaknya dan melihat kembali novel yang dibaca tanpa ada rasa
bersalah.
Kakaknya hanya menggelengkan
kepala. Berkerut dahinya tanda geram dengan sikap adiknya itu yang endah tak
endah dengan kata-katanya. Dia rasa tidak puas hati.
“memanglah kakak minat baca novel.
Tapi, kakak bukan macam Sya yang sampai nda ingat dunia. Solat lambat, kerja
dalam rumah ni hmm..lagilah malas buat. Kalau mama masih ada, sudah
dipulas-pulas telinga kau tu,” kakaknya membalas dan tanpa sedar telah
menyinggung perasaan adiknya yang sejak tadi khusyuk membaca tetapi terus
menutup novelnya.
Kakaknya perasaan perubahan air
muka adiknya. Dia menampar-nampar mulutnya tanda rasa bersalah. “aduh..kenapa
tercakap pula pasal mama ni..” bisik Syuhadah risau.
“err..esok keputusan peperiksaan
SPM keluarkan?, nanti kakak temankan adik pergi sekolah ya. InsyaAllah kakak
yakin adik mesti cemerlang. Adik kakak kan bijak. Tiap hari kakak doakan adik,”
Syuhadah cuba memujuk adiknya dengan pujian tetapi tidak ada respon daripada
Syahadah.
Kakaknya menghembuskan nafas npis.
“bah..pergi mandi, mau azan magrib sudah ni. Kejap lagi ayah balik tu,” kakaknya
keluar sambil menutup pintu.
Syahadah yang sejak tadi duduk diam
pergi ke arah jendela bilik. Dibukanya luas-luas jendela itu, angin terus
menyerbu masuk bilik Syahadah. Kuat pukulan angin saat itu, barangkali awan
hendak melepaskan titisan-titisan air matanya seperti Syahadah.
“mama..” dia mula teringat akan
arwah ibunya. Seakan baru sahaja ibunya meninggalkan mereka. Dia tidak mahu
mengenang peristiwa itu tetapi kata-kata kakaknya membuatkan memori itu muncul
kembali. Dia merenung jauh alam semulajadi di hadapan rumahnya dan entah sejak
bila air matanya sudah membasahi pipinya yang gebu. Dia mngusap mukanya dan
mencapai tuala mandi yang menyangkut di belakang pintu lalu keluar dari bilik
itu.
Petang itu rajin dia menolong
kakaknya memasak di dapur. Dia sebenarnya malas mendengar bebelan kakaknya
seperti mamanya suatu ketika dahulu. Cepat tangan Syahadah memotong sayur dan
daging seperti berada dalam rancangan Master Chef diAstro. Kakaknya yang
melihat gelagat Syahadah hanya tersenyum dan senang hati. Namun disudut hatinya
dia masih ada rasa bersalah dan ingin meminta maaf kepada adiknya itu.
“dik..erm..kakak minta maaf pasal
tadi ya. Kakak nda sengaja cakap dengan kau begitu.” Bicara kakaknya lembut.
“nda apa bah tu. Ok jak,” selamba
Syahadah menjawab.
Kakaknya tersenyum menampakkan
giginya yang tersusun tanda lega selepas meminta maaf daripada adiknya. Bau
hidangan yang mereka sediakan sungguh menusuk ke hidung. Kedengaran bunyi enjin
kereta memecah kesunyian halaman rumah ketika itu.
“ah..ayah sudah balik. Dik, tolong
kakak tumis sayur ni. Mau pergi tolong angkat barang ayah kejap,” sambil
tangannya menghulurkan sudip kuali kepada Syahadah.
Syahadah hanya diam dan menyambut
sudip yang dihulurkan oleh kakaknya lalu menumisnya.
Di ruang tamu, ayahnya duduk dan
membuka kemeja polis ditubuhnya. Barang dapur yang dibelinya diletak di atas
meja. Muncul Syuhadah dari dapur dan tersenyum melihat ayahnya duduk tenang
sambil kepalanya disandarkan didinding rumah. Mungkin sudah terlelap. Bisiknya
“kesian ayah, penat sehari suntuk ditempat kerja demi mencari sesuap nasi untuk
mereka sekeluarga,”.
Dia perlahan-lahan mengambil
barang-barang di atas meja itu tanpa niat mengejutkan ayahnya. Tetapi belum
sempat dia menoleh, ayahnya tiba-tiba tersedar dan terkejut melihat Syuhadah
ada didepannya.
“eh ayah..maaf Syu kejutkan ayah.
Ayah tidurlah balik.” Tangannya masih memegang barang-barang dapur itu.
Ayahnya mengusap-usap matanya dan
menguap sambil tangannya menutup mulut yang terbuka luas. “Allahuakbar,
tertidur pula ayah, nda apa..ayah mau pergi mandi,” jawab ayahnya lalu bangkit menuju
ke bilik tidur.
“adik kau mana??” ayahnya bertanya
lagi sebelum masuk ke bilik.
Syuhadah yang masih tercegat disitu
menjawab “dia ada didapur tengah tumis sayur, hari ni kami sama-sama masak
ayah,” senyum Syuhadah.
Ayah hanya mengangguk diam dan
masuk terus ke bilik. Syuhadah melihat ayahnya masuk dan dia pun berlalu dari
situ menuju ke ruang dapur sambil memegang barang-barang tersebut.
Di dapur Syuhadah melihat Syahadah
sudah menghidangkan lauk pauk dan sayur yang ditumis tadi diatas meja dengan
kemas. Dia melihat Syahadah sedang membasuh pinggan mangkuk dan kuali di sinki
yang kecil itu. Syahadah pula tidak perasan yang kakaknya sudah ada didapur.
Dia membasuh kuali dengan senyap.
Kakaknya meletakkan barang-barang
yang dibawanya dari ruang tamu di atas ruang meja dapur yang besar itu.
Kakaknya menghidu aroma lauk dan sayur di atas meja itu sambil matanya ditutup
dan hidungnya dikembangkan.
Bersambung..
Syahadah Kasih Ayah 1 , Syahadah Kasih Ayah 2 , Syahadah Kasih Ayah 3 , Syahadah Kasih Ayah 4, Syahadah Kasih Ayah 5
2 comments
assalamualaikum ukhti :)
ReplyDeletesy dtg bziarah kembali.tapi maaf sy xdpt follow dulu, sbb line xbpe okey. inshaALLAH lpg nt sy dtg jenguk lg :)
penulisan ukhti sgt bagus banyak isi dan pengaruh kekeluargaan yg saya dapat. teruskan menulis ya :)
Teruskann perkongsian yg baik begini :)
ReplyDelete