Syahadah Kasih Ayah 7

11:01 PM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

“wah..mashita! daebak!” kakaknya bersuara dan menyebut rasa enak dan terbaik dalam bahasa Korea.

Syahadah yang sejak tadi fokus membasuh pinggan dan kuali mula terkejut. Mahu sahaja pinggan kaca ditangannya terlepas dari genggaman. “fuhh..sikit lagi..” bisik Syahadah.

“aduii kakak ku ni, kalau masuk tu bagi salam la bah. Ini nda. Terkejut Sya dengar kakak cakap ala-ala korea kunun. Nasib baik pinggan ni nda pecah. Kalau nda..rugi duit ayah,” geram Syahadah.

 Kakaknya ketawa besar. Dia tidak menyangka adiknya terkejut sampai begitu sekali.

“ai..takkan masuk dapur pun mau bagi salam,” kakaknya tersengih.

“ai..kakak juga cakapkan..memberi salam itu amalan mulia sebab kita mendoakan kesejahteraan orang yang kita bagi salam tu, tak kan kakak nda mau doakan kesejahteraan adik sendiri,” balas Syahadah lembut tetapi kuat kedengaran tanpa memandang kakaknya dibelakang sambil menyental-nyental kuali di tangannya.

Kakaknya hanya ketawa. Dia mula merasakan perubahan adiknya sejak kematian arwah ibu mereka. Dia menghembuskan nafas lega lalu barang-barang yang ayahnya beli tadi, dia keluarkan dan menyusunnya ditempat yang sesuai.

Selesai mengemas dan membasuh pinggan kuali. Syuhadah memanggil ayahnya untuk bersama-sama makan petang, sebelum ayahnya ke surau untuk menunaikan fardu Maghrib. Begitulah rutin harian mereka anak beranak. Syahadah menghidangkan nasi yang masih panas dan berwap diatas meja yang beralas.
“Ayah..ayah..mari makan..” Syuhadah memanggil.

Ayahnya muncul dari sudut pintu dapur lengkap berpakaian melayu berwarna biru dan kain pelekat gajah duduk berwarna kelabu. Syahadah terpandang kain pelekat itu dan sedikit terkejut kerana kain itu adalah pemberian daripadanya untuk ayahnya semasa sambutan Hari Bapa yang sudah lama berlalu. Inilah kali pertama dia melihat ayahnya memakai kain pelekat itu. Dia tidak pasti perasaannya saat itu sama ada gembira ataupun tidak. Sebenarnya dia masih marah dengan ayahnya.

Syahadah mengalihkan pandangan matanya. Dia mengambil pinggan dan mengisi nasi di dalamnya, lalu menghulurkan kepada ayahnya. “terima kasih..” ucap ayahnya. Tersentuh hati Syahadah kerana itulah pertama kali dia mendengar ucapan terima kasih daripada mulut ayahnya kepada dia. Syahadah cuba bertindak seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Ikan patin berlemak, ikan kering, ulam-ulaman dan sayur campur menjadi hidangan petang itu. Mereka duduk dan ayahnya mengetuai bacaan doa makan sebelum menjamu makan petang tersebut.

“ya Allah, barakahkanlah kepada kami apa-apa yang Engkau rezekikan kepada kami dan peliharalah kami dari bahan api neraka. Aamiin ya rabbala’alamiin”

Mereka menikmati makanan lazat itu. Nampak ayah Syahadah begitu berselera menikmati makan petang itu. Masing-masing senyap. Tiba-tiba ayah Syahadah bersuara perlahan.

“erm..esok keputusan SPM keluar kan?” tanya ayahnya.

Syahadah yang tahu soalan itu ditujukan kepadanya terus menjawab. “iya.” Ringkas, sambil mengunyah makanan dalam mulutnya.

“pukul berapalah boleh ambil?” tanya ayahnya lagi.

Syahadah menghabiskan makanan dalam mulutnya dahulu, lalu menjawabnya. Ayahnya diam menunggu jawapan sambil makan.

“erm..kata cikgu Syikin boleh ambil jam9 pagi,” jawab Syahadah.

Ayahnya hanya mengangguk dan menghabiskan saki baki makanan dalam pinggannya, lalu berdiri sambil berkata “ayah duluan ya..”.

“iya..” balas ke dua-dua anak gadis yang masih makan dengan berselera.

Ayah Syahadah berjalan menuju ke tempat basuh pinggan dan membasuh pinggannya sendiri. Begitulah ayah Syahadah yang lebih gemar melakukannya sendiri tanpa mengharapkan anak-anak gadisnya untuk buat.

“esok ayah hantar, kita pergi sama-sama, bangun awal.” Pinta ayahnya secara tiba-tiba lalu keluar ke ruang tamu.

Syahadah yang mendengar terus terkejut dan hanya mendiamkan diri tanpa membalas kata-kata ayahnya itu. Jauh disudut hatinya dia semakin gementar untuk mengambil keputusan SPM pada esok hari, tetapi dia kawal rasa gementar itu. Kakaknya cuba meneka reaksi adiknya, dia tahu adiknya gementar walaupun Syahadah cuba menyembunyikannya.

Mereka cepat-cepat menghabiskan makan petang itu, lalu mengemas meja makan dan membasuh pinggan. Selepas itu mereka pergi ke ruang tamu sambil ditangan masing-masing memegang segelas air putih dan melabuhkan punggung dikerusi untuk menonton televisyen drama Melayu bersiri kegemaran mereka. Ayahnya pula asyik membelek surat khabar yang dibelinya tengahari tadi.

**********

Jam dinding diruang tamu rumah Syahadah menunjukkan pukul 6 petang. Hari itu Syahadah merasakan begitu pantas masa berlalu. Dia melihat melalui jendela, suasana petang itu samar-samar dan gelap walaupun masih pukul 6 petang.

Sejurus selepas itu ayah bangun sambil melipat-lipat kain pelekat dan mencapai kopiah putihnya di atas meja lalu memakainya. Ayah merenung ke arah kami.

“kamu mau ikut ayah ke surau?” tanya ayahnya lembut.

“Syu mau ikut ayah..” kakaknya pantas menjawab.

Ayahnya memandang Syahadah. “Syahadah nda mau ikut ka?” tanya ayahnya.

Dengan selamba Syahadah menjawab “Sya nda boleh solat,” sambil mata memandang ayahnya.

“oo..bah. kalau begitu. Syu, lain kali jak kita pergi surau sama-sama ya. Sebab nanti tiada kawankan adik kau dirumah, boleh?” pinta ayahnya.

Syuhadah hanya mengangguk tanda faham dan setuju.

“Syahadah, tutup pintu, jendela dan kunci,” pinta ayahnya.

“okey,” balas Syahadah malas sambil matanya leka menonton televisyen.

Ayahnya hanya menggelengkan kepala dan mencapai kunci kereta yang bersangkut disebelah pintu rumah lalu keluar menaiki kereta dan menuju ke surau.

Selepas itu, kedengaran alunan azan maghrib berkumandang merdu dari kejauhan. Syuhadah bangkit dari kerusi dan bersedia menunaikan solat. Syahadah pula masih leka menonton Drama Melayu itu tadi.

“dik, kakak pergi solat dulu ya..” cakap kakaknya.

“bah,” balas Syahadah.

Kakaknya terus pergi ke bilik air untuk mengambil wuduk meninggalkan adiknya sendirian.

Selang lima minit kemudian, kakaknya muncul sambil menggigil kesejukan. “aigoo..sejuknya airnya..” bisik kakaknya.

Dia melihat adiknya masih menonton televisyen dan ingin masuk ke bilik tetapi belum sempat dia membuka langkah, dia melihat jendela rumah masih terbuka luas. Dia menggeleng.

“dik, tolong tutup jendela tu,” pinta kakaknya sambil menudingkan jari ke arah jendela itu.

Namun Syahadah hanya membisu. Matanya tidak berkedip menonton drama televisyen itu.

“dik, kau dengar ka tidak ni..apa yang kakak cakap?” geram Syuhadah.

“ish..kacau betul! Dengar bah! Nanti adik tutup juga,” balas adiknya turut geram.

Kakaknya menarik nafas dan menghembus perlahan. Dia membiarkan sahaja adiknya melayan perasaan. Dia sebenarnya malas untuk bertekak dengan adiknya lalu terus masuk ke bilik untuk menunaikan solat maghrib.

**********

            “Haha...haha..haha..!” Syahadah ketawa besar menonton rancangan lawak di siaran TV, sehinggan suaranya boleh didengar oleh kakaknya yang berada dalam bilik yang sedang mengaji Al-Quran.

            “ya Allah..apa mau jadi adik aku ni. Waktu maghrib begini pun mau bising,” bisik Syuhadah menggelengkan kepalanya sambil membelek-belek helaian Al-Quran ditangan. Dia meneruskan bacaannya walaupun gelak tawa adiknya masih kedengaran jelas.

            Setengah jam kemudian, Syuhadah menghabiskan bacaannya dengan “sadaqallahul ‘azim..” dan dia terus menutup Al-Quran itu lalu berdiri menyimpannya di rak buku. Dia merasakan keadaan rumah itu mula senyap. Tiada lagi gelak tawa adiknya seperti tadi.

Syuhadah menjenguk keluar dan melihat adiknya sudah tidur di atas kerusi. “laa..patutlah aman rumah ni, dia sudah tidur rupanya..” bisik Syuhadah sambil matanya melirik ke arah adiknya lalu terpandang jendela rumah itu masih belum di tutup.

Kakaknya mengeluh kecil. Dia berjalan menuju ke jendela, lalu menutupnya dengan segera. Angin luar sedikit membelai wajahnya yang kelihatan letih sejak tadi. Bunyi jendela itu kuat kedengaran sehingga mampu menyedarkan Syahadah daripada tidurnya.

Syahadah menggosok-gosokkan matanya yang terasa berat dan masih mengantuk. Dia melihat sekeliling rumah dan sampai satu sudut dia terkejut melihat kakaknya yang tercegat diam dan masih bertelekung sambil memandangnya.

            “grr..kakak ni..terkejut Sya! Fikirkan hantu mana yang muncul tadi, guss semangat,” sambil menggosok-gosok dadanya dengan muka yang seakan-akan pucat.

            Kakaknya ketawa kecil. Dia tidak menyangka adiknya boleh terkejut melihat dia sampai begitu sekali.

            “nah!..padan muka, tidur lagi time waktu-waktu macam ni, sepatutnya dengar kakak mengaji tu dibilik tadi. Ini tidak..melalak jak kerja sampai tertidur-tidur. Lagi satu..kenapa nda tutup jendela?? Kan kakak ada suruh tadi. Kalau tiba-tiba pencuri masuk, macam mana? Sudah ayah tiada dirumah ni..aish! Syahadah..Syahadah..” panjang lebar bebelan kakaknya.

Syahadah hanya diam mendengar bebelan kakaknya. Laju sahaja kakinya melangkah pergi masuk ke bilik untuk menyambung tidurnya yang terganggu tadi. Malas dia mahu duduk lama-lama dekat kerusi itu. Bukan setakat punggungnya sahaja yang panas, telinga pun panas sama dengar bebelan kakaknya.

“ah..mau pergi mana tu? Sambung tidur lagilah tu, sudah..di ruang tamu jak kau duduk. Kakak mau solat isyak sudah ni. Nanti tiada yang jaga diluar ni, manatau ayah balik nnt. Tiada yang bukakan pintu,” arahan kakaknya serius.

Grr...geram syahadah. punggungnya dilabuhkan semula di kerusi panjang itu sambil berpeluk tubuh. Dia melihat kakaknya lalu menjeling. Pantas jari-jemari tangannya menekan butang On pada remote astro. Muncul penyanyi Stacy pada skrin televisyen dengan lagu,

“bo..bo..bo..bo..bosan..
Aku bosan..
Dengan bla..bla..bla..
Mulut mu..
Cukup malas aku..
Dengar alasan mu..
Kerna aku terlampau..
Bo..bo..bo..bo..bosan..”

Dia menambah volume dan nyanyi itu semakin kuat. Dia tersengih disebabkan lagu itu seolah-olah memihak kepadanya.

            Kakaknya mengetap bibir dan terkedu melihat kelakuan adiknya itu. Tetapi dia sudah lali dengan perangai adiknya yang tidak suka mendengar nasihat atau kata-kata orang lain. Dia mendekati adiknya dan mengambil remote astro daripada tangan Syahadah lalu merendahkan volumenya.

            “kalau mau dengar..dengar perlahan-lahan. Tiada juga orang lain mau dengar..kau jak tu. Lagipun kakak mau solat ni, okey,” sambil meletakkan remote di atas meja dan dia mengatur langkah untuk beredar dari situ menuju biliknya untuk menunaikan solat Isyak.

            Syahadah menjeling tajam ke arah kakaknya dengan perasaan geram. Jari-jemarinya menekan-nekan butang channel di astro. Dia mula bosan dan menekan butang off pada remote astro, lalu bangkit mengambil novel yang sudah sedia tersusun di dalam rak buku untuk bacaannya saat itu.

            Beberapa minit kemudian kedengaran bunyi enjin kereta memasuki halaman rumah mereka. Syahadah yang sejak tadi asyik membaca novel mula tersedar kepulangan ayahnya dari surau sejak petang tadi. Dia bangun dan cepat-cepat menyusun semula novel yang dia telah ambil tadi ke dalam rak buku.

            “assalamualaikum..” ayahnya memberi salam.

            “waalaikumussalam..” Syahadah menjawab salam itu sambil membuka pintu masuk.

           Ayahnya memandang biasa pada Syahadah dan masuk ke dalam rumah lalu duduk merehatkan diri di kerusi. Syahadah yang tercegat disitu menutup semula pintu dan menguncinya. Dia tidak tahu hendak ke mana disebabkan keberadaan ayahnya disitu. Syahadah tidak ingin berdepan dan bersama-sama dengan ayahnya lama-lama kerana dia tahu dia bakal akan ditazkirah tidak lama lagi.

            “baik aku masuk bilik..kalau nda..free..free kena bagi ceramah,” getus hati Syahadah sambil mengatur langkah perlahan-lahan untuk masuk ke bilik. Hanya dengan beberapa langkah, ayahnya menegur dan langkahnya terhenti.

            “Sya mari sini duduk depan ayah,” ayahnya memandang Syahadah dengan wajah yang tenang.

            Syahadah menoleh dan turut memandang ayah sambil berkerut dahi. Kakinya perlahan berjalan pergi ke kerusi di hadapan ayahnya. “aduh..apa pula tazkirahnya hari ini..” bisik hati Syahadah malas.


Bersambung...


Syahadah Kasih Ayah 1 , Syahadah Kasih Ayah 2 , Syahadah Kasih Ayah 3 , Syahadah Kasih Ayah 4, Syahadah Kasih Ayah 5, Syahadah Kasih Ayah 6


You Might Also Like

4 comments

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete