Hati Dan Akal Bicara Cinta
7:28 AM
~Assalamualaikum~
Sentiasa Mendoakan Kalian Dari kejauhan
Cinta Suci
Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..
Akal : Assalamualaikum, sahabat.
Hati : Waalaikumussalam...
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati terdiam...
Akal bertanya sekali lagi.
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati : Kurang sihat mungkin.
Akal : Mengapa?
Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...
Akal : Dia yang mana, sahabatku?
Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya.
Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.
Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.
Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.
Hati : Tapi, Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.
Akal : Apa makna cinta?
Hati : Kasih dan sayang.
Akal : Bagiku cinta itu gila.
Hati : Mengapa pula?
Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?
Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.
Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?
Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.
Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.
Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?
Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.
Hati terdiam lagi.
Hati : Jadi, Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?
Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?
Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati.
Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipat gandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?
Hati diam dan tertunduk...
Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya dilain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!
Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala.
Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!
3 comments
assalamualaikum..
ReplyDeletehey adik, jgn sesekali jadikan blog sbg rujukan primer.. cari ustaz/ustazah bila ada kemusykilan..blog semua orang boleh tulis. dan ingat ni, bukan semua benda yg Nabi tak buat adalah bidaah, mana2 perkara yg Nabi tak buat tapi ia xbertentangan dgn hukum Islam x membuatnya jatuh pada bidaah..tapi jika perkara tu mengundang kpd keburukan, ia akan jatuh pd bidaah.. sbg contoh semasa azan, Nabi xpernah guna microphone, tapi bila dtg pada zaman kita muazin azan menggunakan microphone.. tak ada 1 pon ulamak yg mengatakan benda ni bidaah, sedangkan xde 1 pon dalil dr Nabi mnyuruh kita mnguatkan suara menggunakan apa2 saja alatan. ia tak jadi bidaah kan? sebab ia x bertentangan dgn islam, plus tak mendatangkan keburukan pd umat.
dlm bwudhuk, memang Nabi x wajibkan bilangan bagi setiap basuhan tapi Mazhab Syafii memang sgt menjaga sesuatu amalan tu, disunatkan 3 kali sbb utk menjaga ksempurnaan wudhuk tu. jadi ada yg ckp basuh kepala x boleh lebih dr 3, jika lebih itu dianggap bidaah. memang xde dalil yg menunjukkan Nabi basuh kepala dgn 2 basuhan atau 3.. x mcm anggota yg lain.
tapi jika lebih dr 1 ia xde sebarang keburukan kan? adakah itu menunjukkan kita membazir? mazhab syafii memang mnjaga kesempurnaan suatu amalan..tapi kalau kamu yakin jika kurang dr 3 basuhan wudhuk tu xsah yg tu akan jd 1 kesalahan dan dlm hal berkaitan bidaah, kita xbley tgok 1 hala je, sbb nabi xbuat jadi itu adalah bidaah, ia xmcm tu.. rujuk la ustaz, kalau sy silap, tegur sy semula. sy memang suka bg ceramah pada orang lain secara random, delete la komen ni bila kamu dh baca =)
kalau musykil lagi, cari ustaz, ustazah..ingat..cari ustaz, jgn tanya orang sebarangan.. risau sgt dgn saudara2 mcm kamu.. wudhuk tu sgt sgt penting..kaji balik semua ibadat asas kita..solat,puasa dan semua tu.. sekali lg ingatkan..bila nk kaji jgn rujuk blog..rujuk ustaz, ustazah..ingat!
Anonymous
ReplyDeletewaalaikumsalam..
Alhamdulillah,terima kasih atas teguran :) sy suka ditegur..rasa mcm disayangi ^_^
jangan risau..saya masih juga mencari rujukan yang lain dan bertanya :) tak salahkan kita sekadar bertanya..saya akan pastikan perkara itu sahih ataupun tak juga. insyaAllah..
tak apa ar..saya tak nak delete komen kamu ini..semoga ia juga menjadi ikhtibar pada pembaca yang lain :) saya ingat komen kamu ni!!
syukran!!! v^^
eheh..a'ah la..takut kamu percaya dgn apa yg kamu baca bulat2 je..npe la xtpikir yg kamu akan selidik gak.. abaikan la..delete la msg2 ni..hoho =)
ReplyDelete