Pesanan Rasulullah SAW Kepada Saidina Ali
9:09 PM
~Assalamualaikum~
Sentiasa Mendoakan Kalian Dari Kejauhan
Ya Ali !. Ada empat perkara yang membaca celaka :
- Mata yang beku (tak sudi mengeluar air mata)
- Kesat hati,
- Panjang angan-angan dan
- Tergoda oleh dunia
- Iri hati
- loba
- bohong dan
- pemarah
Ya Ali ! Mahukah engkau aku beritahukan tentang sejahat-jahat manusia? Aku menjawab: tentu Ya Rasulullah!
Yakni : Orang yang musafir sendirian dan melarang orang lain turut berserta dengannya dan memukul hamba sahaya. Ya Ali ! Janganlah marah bila dikatakan kepadamu (Takutlah kepada Allah) Maka hal itu akan membahayakanmu pada hari Kiamat.
Ya Ali ! Sesungguhnya Allah kagum kepada hambaNya dikala ia bermohon kepada Tuhan
اللَّهَّمَ اغْفِرْ لِى اِنَّهُ لا يَغْفِرُ الْذُنُوْبَ اِلا اَنْتَ
Lantas Allah berfirman kepada para malaikat : "Hai para Malaikat ! HambaKu ini tahu bahawa tidak ada yang akan mengampuni dosa-dosanya selain Aku, maka saksikanlah oleh kamu semua bahawa Aku telah memberi ampun baginya."
Ya Ali ! Bila engkau masuk pasar, maka ucapkanlah dikala engkau masuk:
بِـسْمِ الله وَبِالله اَشْهَدُ اَنْ لا اله الا الله
وَاَشْهَدُ اَنْ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
Nescaya Allah berfirman : "HambaKu ini mengingati Aku dikala orang lain lalai. Saksikanlah bahawa Aku telah memberi ampun baginya.
Sesungguhnya Allah kagum terhadap orang yang mengingatinya di dalam pasar.
Apabila engkau masuk Masjid maka ucapkanlah
بِـسْمِ الله وَالسَّلامُ على رسول الله
اللَّهَّمَ افْتَحْ لِى اَبْوَابَ رَحْمَتِكَ
dan apabila engkau keluar maka ucapkanlah:
بِـسْمِ الله وَالسَّلامُ على رسول الله
اللَّهَّمَ افْتَحْ لِى اَبْوَابَ فَضْلِكَ
Ya Ali ! Janganlah engkau herdik orang yang datang meminta pertolongan sekalipun ia datang dengan menunggang unta, dan berilah dia, kerana sedekah itu lebih dahulu jatuh ke tangan Allah (untuk diberi pahala) sebelum jatuh ketangan peminta
Ya Ali ! Jauhilah sengketa kerana itu akan menghapuskan amalan-amalan engkau
Ya Ali ! Bacalah :
Ya Ali ! Bacalah :
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
اللَّهُ الصَّمَدُ
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ
kerana itu mencegah kefakiran. Dan jauhi pula riba, kerana padanya terdapat enam perkara, tiga di dunia ini dan tiga lagi pada hari akhirat. Adapun yang didunia ia akan cepat memusnahkan harta benda, melenyapkan kekayaan dan menghapuskan rezeki.
Adapun yang diakhirat maka ia akan membawa buruk perhitungan (hisab), kemurkaan Allah Azza wa jalla dan kekal dalam neraka.
Ya Ali ! Apabila engkau masuk ke rumahmu, maka ucapkanlah salam kepada keluarga rumahmu
Ya Ali ! Janganlah engkau masuk kamar mandi tanpa kain basahan, kerana terkutuklah orang yang melihat dan apa (aurat) yang dilihat.
Ya Ali ! Janganlah engkau memakai cincin pada jari telunjuk dan jari malang (tengah) kerana itu adalah perbuatan kaum Luth.
Ya Ali ! Segeralah bersedekah, kerana bala bencana itu tidak bisa melangkah mendahului sedekah. wallahualam
0 comments