Andai terlajak laku

1:03 AM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Manusia dan kesilapan tak dapat di pisahkan. Tidak akan ada yang terkecuali. Namun, bezanya bagaimana kita memperbaiki kesilapan itu. Kadangkala tanpa sedar, kita telah melukakan hati ibu bapa, suami, dan anak-anak serta masyarakat sekeliling. Ada ketikanya dalam gurau senda, kita tidak sengaja telah menyinggung perasaan teman-teman sekerja dan orang lain di pejabat atau di mana sahaja.

Di sebabkan itu, andai terlajak laku segeralah kembali ke pangkal jalan. Maka, sebab itu amat penting bagi kita bermuhasabah atau menilai diri agar kita tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama. Walaupun,hakikatnya manusia mudah lupa.

Tidak dinafikan, setiap orang tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Tapi, selaku orang Islam yang insaf, kita harus bertaubat dan mengubah diri. Itulah proses pembelajaran yang terbaik. Belajar daripada kesilapan yang kita lakukan.

Rasulullah bersabda dalam hadis riwayat Tarmizi, al-Darimi dan Ibnu Majah yang bermaksud, "Setiap insan pasti melakukan kesilapan dan sebaik-baik manusia yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang sentiasa bertaubat."

Pintu untuk berbuat kebaikan sentiasa terbuka. Jadi mengapa mesti bertangguh-tangguh?Manusia tidak dapat lari dari kekurangan, tetapi manusia boleh memperbaiki kelemahan diri. Setiap manusia boleh berubah!

You Might Also Like

9 comments

  1. nice sharing akak. manusia mmg kena selalu muhasabah diri.

    ReplyDelete
  2. betul, allah tgk effort kita kan in the end :))))

    ReplyDelete
  3. manusia tak lari dari khilaf.
    hampir setiap hari membuat dosa.

    dosa itu biasa,
    lazimi taubat itu luar biasa.

    sama-2 jadi luar biasa !

    ReplyDelete
  4. sentiasa muhasabah dan perbaiki diri kita

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. Untuk itulah sering kita lihat diri kita sendiri dengan menganggap diri kita tiada apa apa dan orang lain lebih baik dari kita

    ReplyDelete