Hitam dan putih

8:40 AM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
Lailatul qadar :)

“Let the rain fall down and wake my dreams”

Alhamdulillah, berada diramadhan ke-23. Kesibukan semakin melanda. Moga diri tidak mensia-siakan nikmat ramadhan yang semakin ke penghujungnya, namun cahayanya akan tetap bersirna dibulan-bulan yang lain. InsyaAllah, istiqamah diri. Oh ya, lupa nak tanya khabar kalian, apa khabar kamu? .senyum. Alhamdulillah, sekiranya sihat demi menunaikan ibadat kerana-Nya. (saya tak tau nak letak tajuk apa sebenarnya, tajuk tu pun boleh bah kan, kata pendekar Mustar.. hentam sajalah)

Keyakinan kita kepada Allah, pencipta, Tuhan yang telah memberikan segala apa sesuatu kepada kita. Semua mereka yang telah menemui Allah swt adalah mereka yang tenang. wal tandzur nafsun maa qaddamat li-ghad (setiap jiwa melihat apa persiapan untuk esok) Al-Hasyr 59:18.

Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini hujan sentiasa membasahi bumi disini. Rahmat kata mama. Sejak dulu saya memang suka hujan, tapi kalau awal pagi hujan masa nak pergi sekolah saya memang akan mengeluh astaghfirullah. kenapa? sebab baju dan tudung akan ada corak yang baru.senyum. yalah, masa sekolah dulu naik kenderaan polis yang disediakan khas untuk anak-anak polis pergi dan balik sekolah. bayangkanlah, yang kami naik tu lori yang penuh dengan besi, dahlah bertagar orang sabah bilang hee~ sekali kena air, maka tersemburlah keluar bintik-bintik hitam nak mengayat pakaian yang putih berseri tu. memang akan melekat. Sampai disekolah confirm pergi bilik air nak hilangkan benda itu tapi tak boleh pun, nak kena guna clorox baru hilang. senyum. kawan-kawan mulalah sesi soal menyoal, terpaksalah explain kat diorang. tapi, lama-lama dah terbiasa, buat biasa sajalah. yang penting pergi sekolah nak belajarkan dan sekarang dah habis belajar dah tak naik lori tu, rindu pula hee~ =_=' tetiba pula cerita benda ni. aish..maaflah.

Rasulullah bersabda, “ Di dalam diri manusia ada seketul daging. Jika baik daging itu, maka baiklah seluruh anggotanya. Namun, jika buruk daging itu, maka buruklah seluruhnya anggotanya. Dan daging itu adalah hati.”

Bila direnungkan, begitu juga hati, semasa lahirnya kita ia putih tanpa noda dan dosa. semakin hari kita semakin membesar, banyak kekhilafan kita lakukan, terlekatlah padanya bintik-bintik hitam. Hati yang tidak bermujahadah ertinya hati itu beku dan kotor. Hati yang kotor dan beku menyebabkan seseorang itu tidak ingin melakukan kebaikan, malah ia sentiasa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. nauzubillahi. Maka ia perlu disucikan. mungkin ia agak susah untuk kita apalagi untuk istiqamah kerana hati ini urusan Tuhan, tapi kita sebagai hamba wajib berusaha mengapainya. ia semata-mata kerana Allah.


Saya tahu ramai yang arif mengenai hal ini, saya sekadar mengulangnya kembali sebagai peringatan kepada diri saya sendiri. kalau bukan diri kita mengingatkan sendiri siapa lagi. sebab itu perlunya ada muhasabah setiap hari. senyum ramai-ramai. Jadi, marilah kita bersama menggunakan peluang yang masih ada dibulan ramadhan ini untuk check hati, tak perlulah nak pergi medical check-up, cukuplah menghidupkan hati dengan Al-Quran, insyaAllah. Kerana Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran. wm.

N/s: 8 ramadhan terakhir~moga ia semakin bernilai ~salam ramadhan~ dah buat kuih raya? bagilah sikit kat orang sabah ni, kalau ada biskut ulat bulu lagi saya suka :)

You Might Also Like

12 comments

  1. assalamualaikum nazihah,

    lama tak nampak nazihah update entry baru,fhm situasi nazihah skrg sibuk..belajar elok2 ye..:)

    yup,kita perlu saling berpesan2 dan perlu juga berulang2 kali krn kita mudah lupa,esok ingt kemuduian hari buat juga lagi...sama2 jaga hati,perbaiki diri dari kesuraman masa lalu,mulakan esok dgn azam yg baru utk melakukan yg lg baik dr sebelumnya...moga dipelihara dr fitnah dunia,insyaAllah...

    *jap,biskut ulat bulu tu mcm mana ye?

    ReplyDelete
  2. sibuk membaca hadis 40 karangan imam nawawi.. alhamdulillah.. (",)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Alhamdulillah. hujan membasahi bumi awal pagi tadi.
    marilah menghidupkan hati dgn cahaya Al-quran. bulan ramadhan bulan Al-quran.

    salam ramadhan, sama2 lah memanfaatkan hari2 yg terakhir. :)

    ReplyDelete
  4. syukran ya ukhti....
    Assalamualaikum....
    Khiafa haluki...?
    Ana harap sihat je..:)...
    Ya.. hati ni umpama raja yg memerintah.. Akal dan nafsu adalah menteri yg menasihati.. jd terpulang dgn hati kita sama ada nk ikut nasihat akal mahupun nafsu.. jika akal.. maka baik lah hati kita.. jikalau nafsu pl maka sebaliknyalah.... sama2 kita menjaga hati yg asalnya suci ini.. jika boleh jaga lah hati ini tanpa dtembusi oleh anai2 hitam(keburukan & kemaksiatan)..:)

    ReplyDelete
  5. Akh aiEz

    waalaikumsalam wbt akh.

    a'ah,persiapan raya dan u..tu yg bz tu..belajar tak lagi ni,kat sana nanti sy study baik2 ya,insyaAllah peluang yg diberi takkan disia-siakan :)

    terima kasih akh untuk pencerahan kata itu,muhasabah diri setiap hari itu yg penting,kalau tak makin lalailah kita :(

    biskut ulat bulu, ia warna hijau diselaputi gula dan intinya kurma :) bntuk mcm ulat bulu heh suka makan tu..nak bagi sayakah? gee~~

    ~salam ramadhan~

    ReplyDelete
  6. Akh fuad ansari

    ehem,abislah jika akh Fuad fikir begitu =_=' tergambar pula buku tu~~

    tak habis baca lagi pun..asyik nak tangguh jak membacanya..Quran pun masih tebal lg akh =_='

    doakan saya ~salam ramadhan~

    ReplyDelete
  7. Ukhti fa-in

    Alhamdulillah,indah dinihari ^_^

    insyaAllah,sama-samalah kita ya Farah ^_^ doakan saya juga~~

    ~salam ramadhan~

    ReplyDelete
  8. ya Adie

    waalaikumsalam wbt Adie.

    Alhamdulillah,ana bikhair adie.

    Syukran ya adie untuk peringatan itu,moga ia menjadi ikhtibar untuk pembaca yang lain juga termasuk sayalah,insyaAllah :)

    moga adie sihat sahaja,jaga kesihatan ~salam ramadhan~

    ReplyDelete
  9. ramai yang pergi medikal ckeckup tapi lupa nak cheup diri sendiri,,terkena batang hidung sendiri

    yildirim kembali

    ReplyDelete
  10. ya shairazi sharizan

    kembali~ :)
    Bz jugalah ni kan.

    bukan batang awak jak,saya juga :( mudah lalai ni..nak salahkan siapa? diri sendirilah jawabnya...

    syukran Razi meluangkan masa anda~salam ramadhan~

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum...
    tambah ilmu disini..^_~
    may Allah bless u..
    insyaAllah...=)

    ReplyDelete
  12. Adik Wardatul Syauqah

    Alhamdulillah,syukran dik^^
    may Allah bless u to :]

    ReplyDelete