Nak cerita sikit.

12:24 PM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
Ramadhan kareem

Bismillahirrahmanirrahim,
sedar tak sedar kita dah berpuasa 10 hari. Alhamdulillah, masih mampu untuk meneruskan walaupun sesekali diuji. Masih teringat pesanan yang tangan sampaikan pada sehelai kertas khas untuk sahabiah tersayang sebelum ramadhan tiba. "jaga kesihatan ya ramadhan ni sahabat..", aduh! diri sendiri pula yang tak menjaga. saya mendoakan kalian sihat dengan rahmat-Nya. terutama untuk sahabat itu, semoga cepat sembuh dan digandakan kesabaran. InsyaAllah.


Bagaimana ramadhan kalian? alhamdulillah, sekiranya sukses! yang rasa tak seberapa, boleh cuba lagi untuk lakukan yang terbaik, kerana masa tidak pernah menunggu untuk kita bersedia memanfaatkannya, apatah lagi dibulan yang penuh rahmat ini dijanjikan Allah untuk hamba-Nya, masa itu berlalu begitu pantas, sepantas awan yang berarak dan sepantas angin yang bertiup, jangan sia-siakan (saya berpesan pada diri dan kalian)


rindunya saya dengan sahabat blogger semua. walaupun tidak pernah bersua muka, namun ukhwah itu tetap rasa ada manisnya, semanis epal. Teringat! Jus epal yang dibeli masih ada di peti ais, siapa yang nak! manis sungguh rasanya, tak sesuai dengan selera beradik untuk berbuka, banyak ditinggalkan. disebabkan godaan nafsu yang kuat bulan puasa ini, dikatakan bulan yang mencabar, ramai antara kita tidak dapat membezakan antara keperluan dan kehendak (ok, mungkin bukan anda) nafsu manusia memain peranan merangsang keinginan dalam belanja seharian terutama bulan puasa ni. (jangan membazir ramadhan ni) astaghfirullah..


perjalanan bersama sahabiah kesayangan mengelilingi bandar sandakan tempoh hari tidak terbatas walaupun berpuasa. senyum. kendatipun ada sedikit halangan. berkenderaankan kereta bapa (lesen masih duk diam2 dalam dompet, keyakinan nak bawa kereta tak muncul-muncul lagi) terima kasihlah kepada bapa kerana memahami. alunan lagu raya berkumandang di beberapa buah kedai, awalnya lagu raya kedengaran. bulan ramadhan kan masih mencerah. moga tidak melupakan kenikmatan yang patutnya kita cari dibulan ini. kaki melangkah masuk ke kedai buku islam, sejuk telinga mendengar alunan suara merdu bacaan al-Quran. apalagi, sengajalah melamakan diri disitu. senyum. padahal, cuma dapat membeli satu buah buku, ditambah sahabiah punya..jadilah tiga hee~


langkah di teruskan, setiap kali melalui kawasan itu, mesti terlihat hamba Allah ni. sesekali sedekah dihulurkan. selalunya tangan itu tak berapa nak ada isinya, alhamdulillah, ramadhan ini nampaknya tangan yang kosong itu terisi, benarlah bulan ramadhan ini bulan penuh keberkatan, yang senang rajin bantu yang susah. kan baik ia berterusan. senang hati melihat. (nikmatnya bersedekah)


sedikit halangan, hari itu balik rumah awal sebelum zohor, ayah juga yang ambil (manjanya) tak dapatlah menceritakan semua dan maaflah sekiranya post kali ini tidak memuaskan hati anda. tetiba nak bercerita hal ini walaupun segan nak cerita sebenarnya. yalah, lama duk rumah.. keluar jarang sekali, moga ada juga manfaatnya.


p/s : selamat berpuasa, kembalilah kepada kehidupan yang asal, tengah pening2 buat entri ni. kalau banyak typing error, sabar jak lah, maaf (=

You Might Also Like

24 comments

  1. wah..panjang jgak entri nie bkn skit..tp agak menarik..syabas..teruskan dan gandakan amalan kamu di bulan ramadhan fasa 2 plak..~

    ReplyDelete
  2. Akh E n t o y C a i r o

    ^_^ tetiba nak buat santai heh~
    terima kasih akh,moga ada manfaatnya :)

    *salam Ramadhan*

    ReplyDelete
  3. Akh abD mUHyi

    hee~~ panjangkah? tak kena dgn tajuklah tu ^_^

    Alhamdulillah,terima kasih moga ada manfaatnya :)

    insyaAllah,akan cuba digandakan.

    *salam ramadhan*

    ReplyDelete
  4. hahaha.. ade sesetengah benda kita boleh luahkan pada umum...dan sesetengahnya kene luahkan pada tempat yang betul... hehehe

    ReplyDelete
  5. Akh shahjiehan

    hee~ betul2 (versi upin ipin), rasanya boleh luah pd umum kisah tu,sbb tu post ^_^ tetiba nak buat santai,selalunya 'tegang' jak kn heh

    kalau yg peribadi tu,luahkan ditmpat yg betul ^_^ jgnlah kat blog,susah nanti hee~~

    terima kasih,moga ada manfaat :)

    *salam ramadhan*

    ReplyDelete
  6. o0o0o0..nazihah pi jalan-jalan naa...sesat nanti baru taw..he

    ReplyDelete
  7. jiha..entri ni sgt best....
    sy trtnya2,dari mna jiha dpt idea mcm ni..klu sudi bantulah org yg bru brjinak2 dgn blogger ni... :)

    ReplyDelete
  8. ya Ad-Dien

    hee~ kawan ada,taklah takut sesat ^_^
    kalau ditinggalkan sorang2 tgh bndr tu..myb boleh sesatlah haa~~

    nama jak membesar kat sndkn..jln pun tak tau lagi =_=' jarang sgt kuar rumah,sesiapa yg nak tanya tntg sandakan,please jgn tny sy..sy tak tau apa2,sikit2 bolehlah..huu~~

    *salam ramadhan Ad-dien,maaf lama tak bising2 kat forum Ad-dien,ada masa sy jenguk ^_^*

    ReplyDelete
  9. Sahabatku Mawar Putih

    Wahida!! rindu dengan kamu :')

    terima kasih wahida,entri santai jak ni..buat ayat sendiri(tunggang terbalik dah) hee~~

    sesekali perkara yg kita alami dlm hidup ni boleh jd kisah pengajaran pd manusia lain,jd..selagi isinya bermanfaat bolehlah kita ketengahkan ^_^ rujuk buku pun boleh ^-^

    wahida pun boleh buat,wahida kan mengalir seninya ^_^ sy biasa2 jak :)

    *salam ramadhan wahida(tekniken) rindu! *

    ReplyDelete
  10. sikit je cerita?? cerita la byk sikit.. (gurau2 je).. (",)..

    sering terasa hubungan yg begitu rapat dengan teman2 seblogger walaupun tidak pernah bersua muka.. pelik juga dibuatnya.. (",)

    ReplyDelete
  11. yeke xtau jalan??saya nak pi sandakan camna nanti..xleh nak jd guider lah cmtu..haha...kat forum senyap yer...xpe..saya faham...ajak la sesiapa yg berminat ..or bru nak berjinak-jinak..kamu pun admin gak kan..hee

    ReplyDelete
  12. biasanya jadi pembaca je, skng nak komen jg lah..ngeee....santai dan 'menyengat' jiwa..hehe.. nanti kat u,kta pi jalan KK sama2 k..insyaAllah..=)

    ReplyDelete
  13. eheh.. rileks naa duk rumah? study jiha.. nak masuk sems nnt.. =)
    eheh..hey..nk kad raya dr Sabah =)

    ReplyDelete
  14. Akh fuad ansari

    hee~ segan nak cerita byk akh..nnt jd mcm diary pula ^_^ yg ni pun mudah2an ada manfaatnya untuk pembaca ^_^

    yalah,sy rasa jg tu akh,tp bkn rasa gna lidah lah (puasa kn ^-^),semuanya kerana-Nya akh,sebab tu terasa indah ^_^

    pelik tapi benar (:

    *salam ramadhan akh,duit raya jgn lupa haa~~*

    ReplyDelete
  15. Tudia Ad-Dien membalas komen ^_^

    a'ah mmg tak tau jln keseluruhannya,setakat pergi pasar sy tau lah haa~~

    admin?gee~ bila pula ^_^ insyaAllah sy cuba ajak2 teman lain.

    ReplyDelete
  16. Kak sEindAh mAwAr bErdUri a.k.a Kak Dielah.

    wah,kak dielah komenlah hehe~
    menyengat~ kena ubat tu..nnt membengkak~ ^_^

    sy suka!janji ya kak..jgn tinggalkan adik akak ni ^-^

    ReplyDelete
  17. ya Syukri Kamaruddin

    taklah rileks sgt syuk,al maklum perempuan ^_^

    aduh study2 ni sensitif skit =_=' nak rest dulu..nnt dah masuk...studylah ^_^

    oho,boleh2..meh alamat syuk ^_^

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum wbt
    Ketika adanya kerajaan (daulah) Islamiah, manusia berlumba2 mengerjakan kebajikan sebagai hasil tuaian utk akhirat. Banyak amal kebajikan boleh dilakukan kerana sistem Islam menyediakan segala kemudahan dan hak2 milik ditunaikan sehingga AllAh SWT menggelarkan `Negara yang baik, Tuhan Yang Maha Pengampun`. Surah Saba`:15 بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَ‌بٌّ غَفُورٌ‌ (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!.
    Setiap individu dapat manafaat dari kekayaan hasil bumi dlm bentuk wang sehinggakan mereka yang tidak bekerja pun boleh hidup. Surah Al`Araaf:32 قُلْ مَنْ حَرَّ‌مَ زِينَةَ اللَّـهِ الَّتِي أَخْرَ‌جَ لِعِبَادِهِ وَالطَّيِّبَاتِ مِنَ الرِّ‌زْقِ ۚ قُلْ هِيَ لِلَّذِينَ آمَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا خَالِصَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?" Katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman sehingga pada hari kiamat".
    Bukan itu saja, malah segala kemudahan asas spt rumah tanah, air, elektrik, garam dsb disediakan oleh kerajaan Islam. Kalau nak diceritakan, tak terjangkau akal kita kerana kesemua maklumat itu telah dimeterikan. Jadi tidak hairanlah mereka boleh beramal kebajikan.
    Tetapi dlm keadaan skrg, semua hak2 itu tidak ada malah pembelajaran, pekerjaan dan masalah penghidupan skrg menjauhkan kita dari membuat amal kebajikan. Kalau dapat pun dlm keadaan tidak efisyen krn tenaga telah disalurkan kpd perkara2 lain. Allah SWT, Tuhan yg Maha Mengetahui bahawa sistem skrg byk membazirkan waktu, diri dan melalaikan. Teruskan, jangan berputus asa dari rahmat Allah. Firman Allah SWT dlm Surah AzZumar:53 قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَ‌فُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّ‌حْمَةِ اللَّـهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ يَغْفِرُ‌ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚKatakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Wallahulam.

    ReplyDelete
  19. Ustazah tajnur

    InsyaAllah ustazah,masa yang ada ni saya akan manfaatkan dengan sebaiknya ^_^

    syukran ustazah atas komentar membinanya..mengingatkan diri untuk bersyukur dgn segala nikmat yg Allah swt telah kurniakan kepada hamba-NYA.

    *salam ramadhan ustazah ^_^

    ReplyDelete
  20. Salam 'alaik adik Nazihah^^

    Adik ape khabar? :-)

    ..hati yg sentiasa berhubung dengan Allah, sentiasa memandang dengan mata hatinya..alhmadulillah

    bukan coretan biasa tp penuh makna :-) syukran dinda syg^^

    ReplyDelete
  21. Kak ♥ Ahlia iman ♥

    Maaf kak,lmbt reply komen kak Ahlia,alhamdulillah..skrg ni dah sihat ^_^

    terima kasih kak Ahlia sayang ^_^
    nak pergi terbang teratak iman akak Ahlia..hee~~

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum..

    Moga Allah mengurniakan kesihatan yang baik buatmu..

    Menjelang setiap saat berlalunya Ramadhan, tundukkan nafsu, patuh pada pemerintahan iman. Laksanakan tanggungjawab serta amanah. Kejar dan penuhi saat beribadah.

    ReplyDelete
  23. Ustaz Abd Razak

    Waalaikumsalam wbt ustaz (:

    insyaAllah,syukran ustaz atas doa berkenaan.moga Ustaz juga begitu.

    Alhamdulillah,syukran untuk kata2 itu ustaz,usaha untuk lakukan,doakan juga saya dan semua semoga istiqamah melakukannya.

    ~salam ramadhan ustaz dan keluarga ^_^

    ReplyDelete