Membimbing kerohanian hati.

11:31 PM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Ramadhan kareem
Remind myself.

Alhamdulillah, apa khabar kalian? Maaf lama tak timbulkan perkongsian diblog ini, kemampuan agak terbatas, disekat pula dengan idea yang tenggelam timbul, ditambah pula dengan kasih pada ramadhan cuba mengisi masa yang ada dengan sebaik mungkin. sempat juga menjelajah blog sahabat yang lain. bagus sungguh kalian ya :) Moga beroleh hikmah. Bolehlah rujuk al-Quran.

Ciri syeikh murabbi atau wali yang mursyid

1) Beriman dan bertakwa



Firman Allah, maksudnya: Ingatlah sesungguhnya wali-wali Allah tiada ketakutan atas mereka dan mereka tidak bersedih, iaitu golongan yang beriman dan bertakwa. (surah Yunus: 62-63)

2) Wali mursyid hendaklah memberi taujihat(panduan dan nasihat) dan peringatan berdasarkan ilmu.


Firman Allah, maksudnya: Mengapa sebahagian daripada setiap golongan di antara mereka tidak pergi untuk memperdalamkan ilmu agama mereka dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali agar mereka dapat menjaga dirinya. (surah at-Tawbah: 122)

ciri ini menuntut sifat berilmu dalam diri wali mursyid.

3) mengajar dan membersihkan jiwa.


Firman Allah, maksudnya: Sebagaimana kami telah menghantar pada kamu akan seorang rasul daripada kalangan kamu. Beliau membaca kepada kamu akan ayat-ayat kami, membersihkan kamu, mengajar kamu tentang kitab dan hikmah dan beliau mengajar apa yang kamu tidak ketahui. (surah al-Baqarah: 151)

4) Menyeru ke jalan Allah dengan hikmah, nasihat yang baik dan dialog perdebatan.


Firman Allah, maksudnya: Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah, nasihat yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik. (surah al-Nahl: 125)


p/s: Alhamdulillah, mudah ceritanya, carilah guru yang mana ia membimbing diri kepada jalan Allah. Itu sahaja yang termampu, moga beroleh manfaat. sekiranya ada kesilapan sila nyatakan. syukran (Rujukan -tasawuf kontemporari -ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir) salam ramadhan :)~~

You Might Also Like

6 comments

  1. Assalamualaikum wbt
    Apabila kita membicarakan mengenai `wali` maka kita perlu bersihkan minda dari membayangkan sesuatu yg tidak dicapai oleh kita atau para syeikh yg mempunyai ilmu ladunni. Walhal wali itu bukanlah siapa2 melainkan Allah, RasulNya dan orang2 yang beriman. Surah AlMaidah:55 إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّـهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ Sesungguhnya Pejaga kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah)
    Makna wali ialah penjaga. Siapa lagi penjaga kita melainkan Allah SWT, RasulNya dan orang2 beriman. Pada mereka inilah kita mematuhi dan mendengar cakap dlm sebarang urusan hidup dari perkara sekecil2 sehingga perkara yang besar w/pun adakala kita tidak setuju! Lebih2 lagi, Allah SWT yang menurunkan AlQuran sebagai kalamullah, tidak putus2 memberi peringatan dlm penghidupan kita sehingga tidak mencuaikan sesuatu perkara pun. Surah AlAn`aam:38 مَّا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِن شَيْءٍ Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini.
    Sebenarnya saya hendak membincangkan tafsir dari Ibnu Katsir mengenai Surah Yunus:62 yang Nazihah telah nukilkan iaitu wali Allah adalah siapa2 yang beriman dan bertaqwa kpd Allah SWT.
    Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda,` Sesungguhnya diantara hamba2 Allah ada orang2 yang iri hati oleh para Nabi dan para syuhada` Salah seorang sahabat bertanya,`Siapakah mereka itu Rasulullah?` Rasulullah saw menjawab,`Mereka adalah sekelompok orang yang berkasih sayang kerana Allah, bukan disebabkan harta benda atau hubungan keluarga. Wajah2 mereka bercahaya atas mimbar2 yang bercahaya, mereka itu tidak merasa takut bila orang2 lain takut dan tidak pula bersedih hati. Kemudian beliau membaca ayat 62 ini`.
    Dalam keadaan sistem yang telah rosak dan manusia telah menjauhkan dari Sunnah Rasulullah saw, wujudnya golongan ini yang menghidup dan memperbaiki sunnah Rasulullah saw sehinggalah Hari Qiamat. Tidak mustahil jika kita tergolong dari orang beriman Wallahualam

    ReplyDelete
  2. Ustazah tajnur

    waalaikumsalam wbt ustazah..

    syukran atas pencerahan itu ustazah :)

    insyaAllah *salam Ramadhan ustazah*

    ReplyDelete
  3. tajnur ni ustazah ke?wah.. lagi mantap....

    ReplyDelete
  4. Akh shahjiehan

    ^_^ sy tak pasti sebenarnya..ustazah atau tak,tp bila lihat komentar ukht Tajnur ada ciri2 ustazah ^_^

    rasanya..yalah tu ustazah..kn ukht tajnur? ^_^ hee`~

    memang mantap,ilmu yang ada ustazah tajnur sudi kongsi dengan kita ^_^ boleh jadi rujukan juga.

    terima kasih akh dan ustazah tajnur (= *salam ramadhan*

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbt
    Tak adalah Nazihah dan Shahjiehan, saya hanyalah hamba Allah seperti kalian juga. Cuma selagi hayat dikandung badan, saya nak menceritakan t/jawab kita terhadap perintah Allah supaya manusia tidak khilaf dan lupa akan perintahNya. Tambahan pula dizaman sekarang dimana manusia telah jauh dari generasi AlQuran dan generasi menghidupkan sunnah Rasulullah saw. Wallahualam

    ReplyDelete
  6. Ustazah tajnur

    senang saya memanggil ukht tajnur ustazah ^_^

    Alhamdulillah, syukran ustazah.

    ReplyDelete