Panduan Memilih

11:29 AM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
Lailatul qadar, insyaAllah

Day18, Dedication

Bismillahirrahmanirrahim
Segala pujian hanya bagi Allah yang Maha Melihat lagi Maha Mendengar setiap gerak-geri semua hamba-Nya dan Maha Suci Allah yang menjadikan langit yang terang benderang, bintang yang gemerlapan, matahari yang bersinar dan bulan yang mendamaikan serta bumi yang memberi pelbagai nikmat.Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w semerbak bunga yang sentiasa menyemarakkan bau wangi :) 

Panduan memilih apa? suami? isteri? no..no ==' yang ini panduan memilih buku agama yang sesuai. sebelum menelaah buku-buku agama, pemilihan untuk buku itu juga satu aspek yang penting. yang saya dapat tiga saja, itu pun rujukan dari buku tasawuf kontemporari karya ustaz Mohammad Nidzam. moga mendatangkan manfaat untuk anda. InsyaAllah.

>Sebelum nak beli buku itu, teliti dulu latar belakang penulis. Kekadang itu, ada buku yang hanya meletakkan nama samaran atau sekadar ditulis hamba Allah. Cuba anda fikir, bagaimana buku sebegini boleh dipercayai jika penulisnya takut untuk memperkenalkan dirinya sendiri? Memperkenalkan diri penulis mempunyai tujuan murni iaitu agar masyarakat dapat mengetahui diri penulisnya dan membuat penilaian awal.

>Perakuan. Perakuan baik daripada guru agama terhadap sesuatu judul buku atau seseorang penulis. Sudah tentu, orang yang terlibat dalam sesuatu bidang lebih arif. Seseorang guru agama biasanya lebih mengetahui tentang guru agama yang lain.

>Tulisan yang mudah untuk dibuat rujukan. Paling utama ialah ada diletakkan nama surah dan nombor ayat al-Quran. Begitu juga hadis Nabi SAW seperti siapakah ulama yang meriwayatkannya sama ada Imam al-Bukhari dan sebagainya.

waktu ketaatan menuntut keikhlasan
waktu maksiat menuntut istighfar dan taubat
waktu nikmat menuntut syukur
waktu bala musibah menuntut kesabaran

N/s: yeah! itu saja yang dapat dikongsikan, kalau ada tambahan bolehlah share. kalau tak ada mau tambah pun tidak apa, sekurang-kurangnya komenlah i miss u kah, u soo sweet kah, atau thank u cute kah, pun dah cukup baik (ketawa ramai-ramai, gurau :) ==' puasa bah ni!

N/s: Hari ini dah 18 Ramadhan, Alhamdulillah. tetiba fikiran melayang teringatkan zaman sekolah dulu bersama rakan sahur bersama, berbuka bersama, tarawih bersama, tadarus bersama, qiamullail bersama >< rindu masa itu. tidak lama lagi akan menuju ke alam yang baru, yang ingin dirasai selama ini, alhamdulillah Allah memakbulkan. moga segala urusan Allah permudahkan dan ditetapkan iman setibanya disana. ameen. kalau nak bagi kad raya boleh email saya hehe~ dushumm di muka ==' adoi! 

penghargaan buat mereka Fa-in, Adik Iqbal, Akhi Fuad dan kasturi jiwa(zai,jumpa kita disana nanti hee~) kerana sudi meluangkan masa mereka dientri Ini :) Terima kasih! oleh itu,kalau rasa2 nak topup free 10 bagitau saya hehe ~salam ramadhan semua :)~

You Might Also Like

14 comments

  1. terima kasih panduan memilih bukunya.
    sila hadiahkan sy buku..hehe gurau~

    sy pun rindu ramadhan dgn kwn2 ;(
    tahun ni sebulan ramadhan dgn family.

    sekalung terima kasih utk ukht nazihah juge :)

    ReplyDelete
  2. buku yg dijual dengan niat dakwah dan bukan atas sebab untuk memperoleh keuntungan yg banyak,membacanya lebih memberi kesan di hati..

    eh eh, boleh dapat topup free ke.. (",)

    ReplyDelete
  3. Salam 'alaik..:-)

    alhamdulillah, panduan yang baik dari dinda Jiha kakak..

    terima kasih ye dinda syg..:-)
    Moga bertemu malam lailatulqadar =)
    Doa byk2 ye ^^

    ReplyDelete
  4. ya fa-in

    ^_^ sama2,nak buku?insyaAllah..dimurahkan rezeki ^_^

    itulah,tapi masa tu rindu pula dgn keluarga hee~ skrg ni bila lama dgn keluarga..rindu pula dgn kawan2 ^_^ mcm2lah..

    terima kasih fa-in ^_^ ~ramadhan kareem~

    ReplyDelete
  5. Akhfuad ansari

    a'ah,tapi..susahlah akh..niat orang kita tak tau mcm mana ==' apa yg penting ambil ikhtibar sebanyak mungkin dr pembacaan kita tu..^_^

    ya akh..boleh dpt topup free,tanda terima kasih lillahitaala..bagilah email akh..nanti sy send numnya ^_^insyaAllah..

    ~ramadhan kareem~

    ReplyDelete
  6. kak♥ ahlia iman ♥

    waalaikumsalam kak sayang ^_^

    Alhamdulillah,bila merujuk dr buku hehe~

    sama-sama kak,insyaAllah :') bersama menantinya,betapa diri ini menantinya..

    love fillah,salam sayang ~` <3 kak Ahlia.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum wbt
    Secara jujurnyalah, pengalaman saya dlm membaca banyak2 buku rujukan agama, perkara faktor utama pembaca itu tidak memahami kehendak ayat2 Allah SWT dgn kupasan dari pengarangnya adalah disebabkan kaedah bahasa Arab itu sendiri. Kalau tidak percaya, cuba kita hurai dan bahaskan kembali, sepanjang pengajian dan mendengar ceramah yang telah kita sertai. tentu kita akan katakan bahawa kita faham tetapi tak pandai nak huraikan. Kaedah memahami AlQuran, ia tidak sama kita belajar bahasa Arab kerana ia ada kaedah tersendiri utk memahaminya. Surah AzZumar:28 قُرْآنًا عَرَبِيًّا غَيْرَ ذِي عِوَجٍ لَّعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ laitu Al-Quran yang berbahasa Arab, yang tidak mengandungi sebarang keterangan yang terpesong; supaya mereka bertaqwa.
    Orang Arab sendiri jika tidak belajar kaedah ini, mereka pun sukar memahaminya kerana bagaimana handal sekalipun mereka, masih tidak mampu utk memahami sepenuhnya.
    Sebab itu, Ibnu Abbas r.a. berkata dlm tafsir mukadimmah pada kitab Ibnu Katsir menyatakan bahawa,` Untu memahami AlQuran, perlukan 4 wajah iaitu 1) Tafsir dimana yang mengenalinya adalah org2 Arab dgn perkataannya.
    * macamana handal kita org Ajam, kita perlu tanya juga pada org2 Arab, lebih2 lagi berkenaan bunga bahas dan simpulan bahasa*
    2) Tafsir dimana yang menrtahui adalah ulama2.
    * Ini berkenaan org2 yang rosikh dlm ilmunya yang mengenali apa yang tersirat dan tersurat dilm AlQuran. Ini termasuklah Rasulullah saw, para sahabat r.anhum, Imam2 Mazhab dsb*
    3) Tafsir dimana tidak seorang mengetahui kecuali Allah SWT yang mengetahui akan maknanya.
    * Ada huruf2 dan perkataan hanya Allah SWT mengetahui dgn tepat*
    4) Tafsir dimana tidak dimaafkan pada seseorang atas kejahilannya.

    Wajah ke 4 inilah, pada peringkat asas kita mesti belajar supaya tidak termasuk golongan org2 jahil. Tentu ada kaedah dimana semua org boleh menpelajarinya kerana Allah SWT telah bersumpah sebanyak 4 ayat/ kali dlm Surah AlQamar bahawa AlQuran itu adalah mudah. Allah SWT Maha Mengetahui keadaan kita dan bertepatan dgn kata2Nya jika kaedah yg betul kita mempelajarinya. Wallahulam.

    ReplyDelete
  8. Ustazah tajnur

    waalaikumsalam ustazah,menanti kini ustazah muncul,ustazah tolong saya kalau ustazah ada jawapan untuk entri 'nana bertanya' tu huhu

    tarik nafas dlm2,nampaknya apa yg ustazah beri ni lebih kepada buku rujukan agama yg berbahasa arab ni kn ^_^..wah..saya suka juga rujuk buku2 sebegitu..kakak sy punya..tapi,sepatah pun sy memang tak faham =_='..ustazah belajar kat mesirkah??

    bila faham arab..org kata boleh dah faham ayat2 Al-quran.namun Al-quran itu sendiri penuh makna tersurat apalagi tersirat.tidaklah kita diberi pengetahuan melainkan sedikit.betul tak ustazah?

    insyaAllah,hasrat hati nak belajar lebih mendalam..tapi,tak ada guru..kalau belajar sendiri2,susah rasanya..=='

    ~syukran ustazah~

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum wbt
    Jawapan utk `nana`, saya sedabg e-mailkan kerana entrinya agak panjang nanti tak sesuai utk blog ini. Sebenarnya, saya tak nak hantar pada mulanya sebab maklumlah ustaz2 disini pun dah ramai dan boleh access gunakan pakcik google utk dapatkan maklumat ini. Tapi atas permintaan Najihah, saya hantarkan juga.
    Mengenai en3 diatas, buku rujukan agama dlm bentuk BM dan arab. Pengetahuan yang Allah SWT berikan pada kita adalah luas, cuma perlu mencari dan mentadabbur utk mendapatkannya. Wallahualam.

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum,
    wahh..jihaa ada plak nama ku tersesat d entry ni..TERIMA KASIH.hehe..

    Jiha mesti banyak buku2 mu ni kan bleh lah nt aq pinjam2 =)

    **ya bha..semoga iman kt tetap terjaga d sana nanti..amin...guide me jiha! ^^

    ReplyDelete
  11. Ustazah tajnur

    maaf ustazah lambat balas komen ini. Alhamdulillah,sangat membantu..terima kasih ustazah ^__^

    moga ustazah sihat hendaknya~~

    ReplyDelete
  12. Ukht kasturi jiwa

    Waalaikumsalam wbt.

    hehe~ manada sesat tu zai..memang tempatnya perlu dikasi taruk disitu ^__^

    ok2,nanti saya bawa p u..insyaAllah,tapi mungkin nda dapat bawa semua tu zai..hehe yang best2 saya bawa..nanti sy bagi tengok kau k ^_^

    insyaAllah,nanti kita saling nasihat-menasihati ^_^

    salam sayang zai~~

    ReplyDelete
  13. sohih2,,panduan penting,,ramai nya main beli sahaja,,tanpa cek dahulu siapa penulisnya,,akhirnya terbaca buku yang tidak betul sumbernya..

    ReplyDelete
  14. ya shairazi sharizan

    a'ah betul2,syukran Razi.
    konklusinya,hati2lah pilih buku :)

    ~salam ramadhan~

    ReplyDelete