Laut pengampunan

5:31 AM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan

Nabi s.a.w bersabda: "Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan, menyerulah Malaikat, katanya: "Wahai orang yang mencari dan berkehendakkan kebaikan: Tampillah mengerjakannya, dan wahai orang yang merasa mahukan kejahatan; berhentilah dari meneruskannya; dan (ketahuilah) Allah banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka daripada memasukinya."Seruan dan keampunan yang demikian, ada pada tiap-tiap malam (dalam bulan yang tersebut)." Abu Hurairah r.a.

Huraian
Pengajaran hadith:
i) Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia dan diberkati oleh Allah S.W.T.
Ii) Tiap-tiap amal kebajikan yang dikerjakan padanya akan diberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda berbanding pada bulan-bulan yang lain.
Iii) Umat Islam diseru agar tidak mensia-siakan keberkatan di bulan ini ,malah sewajarnya merebut peluang yang ada dengan menambahkan lagi ibadat dan amal kebajikan. 
iv) Bersempena dengan kemuliaan bulan ini juga umat Islam ditegah daripada mendekati perkara yang dilarang dan mungkar kerana pada bulan ini rahmat dan kasih sayang Allah amat luas sehingga orang-orang yang telah dijanjikan neraka sekalipun akan dibebaskan oleh Allah dengan berkat kebaikan yang dilakukannya.

Ya Allah
Telah ku sering terdengar
tentang kebesaran Bulan Ramadhan
Didalam al-quran dan sabda junjungan
hanya aku yang sering melupakannya

Dibulan yang mulia ini
Laut pengampunan-Mu tiada bertepi
Rahmat dan nikmat-Mu tiada terbilang
Syurga terbuka dengan seluasnya

Tuhan ku sedari, kelemahan diri ini
Yang tidak istiqomah dalam beribadah
Ramadhan berlalu, ibadah pun berkurangan
Begitulah diriku yang sering kelalaian..
Semoga di Ramadhan kali ini..
Dapat ku perbaiki, kelemahan diri
Akan ku cuba mendidik nafsuku
Agar subur kehambaanku terhadap-Mu

Lailatul Qadar akan menjelma 
buat mereka yang menunggunya
Para malaikat merendahkan sayapnya
Meratakan rezeki untuk semua

Bimbinglah aku menuju jalan-Mu
Tingkatkan iman dan ketaqwaanku
Agar baktiku tetap pada-Mu
Biar pun Ramadhan telah berlalu..

رمضان مبارك :)

You Might Also Like

12 comments

  1. Assalamualaikum jiha,
    Moga Allah sentiasa merahmati awak. Moga urusan ibadah dipermudahkan dalam Ramadhan ini. Salam Ramadhan.

    Love Fillah :)

    ReplyDelete
  2. Salam 'alaik adik [Nazihah]..

    Salam Ramadhan Al-Mubarak adik Nazihahku, mohon maaf atas salah dan silap ye :-)

    Semoga Ramadhan kali ini, lebih memberi makna untuk kita hayati bersama, insya-ALLAH

    p/s: blog indahnya kemanisan iman ditukar link kpd link ini,http://halawatul-al-iman.blogspot.com/

    *slm syg*

    ReplyDelete
  3. mintak maaf klo ade terkasar bahasa.... ! hehehe... salam ramadan. moh kite bca al-quran byk2

    ReplyDelete
  4. ya nusrah

    Waalaikumsalam wbt Nusrah =)

    Alhamdulillah,terima kasih tak terhingga untuk doa nusrah itu :')

    saya doakan untuk awak juga,ameen ya rabb.

    love fillah too ^_^ salam ramadhan.

    ReplyDelete
  5. Ukht ♥ Ahlia Iman ♥

    wa alaikumsalam kak Ahlia =)

    salam ramadhan kareem juga kak,saya juga mohon maaf atas segala kekhilafan kak.

    insya-ALLAH..ameen ya rabb.

    saya dah tukar link akak,patut pun tak ble buka hari tu..terima kasih kak Ahlia ^_^

    *salam sayang dari sabah* :)

    ReplyDelete
  6. Akh shahjiehan

    dah minta maaf..sempat ketawa pula dia ^_^

    saya juga mohon maaf atas segala kekhilafan akh.

    salam ramadhan juga,alhamdulillah moh kita!! :)

    ReplyDelete
  7. indahnya Ramadhan pabila diisi dgn ibadah kpd-Nya . . bertmbah indah pabila diri berdakwah kpd umat menyeru supaya berjuang untuk kmbalikn kehidupn Islam di atas muka bumi ini . .

    ya Allah , kami cinta akan saudara kami . . lindungilah mereka drpd musuh2 Mu , Rasul-Mu dan umat Islam . sungguh , tiadalah kami berharap selain drpd Mu . . amin . .

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum wbt
    Laut pengampunan untuk manusia mmglah luas terbentang. Tetapi manusia mesti mengetahui bahawa taubat yang dilakukan tidak diulangi dengan kekufuran dan kemaksiatan. Apabila manusia mengucap kalimah `laaillaha illallah` bermakna terdapat 4 tauhid didalamnya iaitu tauhid Uluhiyyah, tauhid Rububiyyah, tauhid Asma`ullah dan tauhid Sifatullah. Bagi umat Islam, tauhid Uluhiyyah tidak menghadapi byk masalah tetapi apabila menyebut tauhid yg lain terutamannya Rububiyyah, maka disinilah byk manusia kufur kepda Allah SWT. Diantaranya mengambil sumber perundangan dan cara hidup yg bukan dari Islam! Malah mengambil istinbat hukum dari sumber2 yang tidak jelas terutama dari Yahudi dan Nasaro sehingga dianggapkan mereka sebagai tuhan2 rububiyyah dan turunnya Surah AtTaubah:31 اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّـهِ Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah
    Sebab itu, kalau kita mesti kaitkan sesuat hadis nabi dgn AlQuran utk menerangkan sesuatu keadaan. Jadi kalu sekejap beriman kpd ibadah khusus, sekejap kufur pada perkara hukum kenegaraan, kemudian beriman kpd bab munakahat dan kufur pula dlm perkara muamalat.
    Surah AnNisa:137 إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا ثُمَّ كَفَرُوا ثُمَّ آمَنُوا ثُمَّ كَفَرُوا ثُمَّ ازْدَادُوا كُفْرًا لَّمْ يَكُنِ اللَّـهُ لِيَغْفِرَ لَهُمْ وَلَا لِيَهْدِيَهُمْ سَبِيلًا Sesungguhnya orang-orang yang beriman, kemudian mereka kafir, kemudian mereka beriman semula, kemudian mereka kafir sekali lagi, kemudian mereka bertambah-tambah lagi dengan kekufuran, Allah tidak sekali-kali akan memberi ampun kepada mereka, dan tidak akan memberi pertunjuk hidayah kepada mereka ke jalan yang benar.
    Wallahualam.

    ReplyDelete
  9. demikianlah keluasan nikmat yang terkandung dalam ramadhan. betapa ruginya jika tidak merebut kebaikan yang ada di dalamnya ketika masih diberi kesempatan...

    ReplyDelete
  10. Adik shidah2020

    Alhamdulillah,terima kasih dik shida.

    ya Allah,kami cinta akan saudara kami . . lindungilah mereka drpd musuh2 Mu , Rasul-Mu dan umat Islam . sungguh , tiadalah kami berharap selain drpd Mu..ameen ya rabb.

    ReplyDelete
  11. Ustazah tajnur

    Waalaikumsalam ustazah.salam ramadhan kareem.

    syukran ya ustazah atas komentarnya.hanya perkongsian itu mampu saya utarakan.

    doakan diri terus istiqamah dlm beribadah dan mempelajari ilmu agama.

    *slm syg ustazah*

    ReplyDelete
  12. Ustaz abuikhwan

    Alhamdulillah,syukran ya ustaz atas komentarnya.

    insyaAllah,kesempatan yg Allah berikan akan diisi dengan sebaiknya.moga diri terus istiqamah..

    salam ramadhan ustaz dan keluarga.

    ReplyDelete