Nana bertanya.

9:37 PM

~Assalamualaikum~ 
Sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan
Lailatul qadar, InsyaAllah

Alhamdulillah,bismillahirrahmanirahim
Apa khabar kalian? Dengan izin Allah, hari ini dah Ramadhan ke-15, separuh ramadhan, alhamdulillah dan berharap pada diri saya dan kalian, moga bertambah iman dan takwa kita kepada Allah swt, siapa yang mahu dan dia buat, maka dia dapat InsyaAllah :)

Meninjau blog sahabat-sahabat, sungguh menyenangkan hati, mana tidaknya, perkongsian begitu padat, tepat dan hebat masyaAllah. Tersentuh, memang kenalah pada diri yang mudah mengalirkan air mata ni dan benarlah tarbiyyah itu mengalir disetiap detik kehidupan manusia, sama ada manusia sedar ataupun tidak. Jadi tidak susahlah sebenarnya untuk kita sebagai hamba-Nya merasai kehadiran Allah swt dalam setiap detik kehidupan ini kan? jawapan ada pada diri sendiri, saya dan kalian.

Teringat! pertanyaan seorang sahabat atau sepupu tiga kali ni, Nana nama mesranya. dijadikan ceritanya begini, waktu itu perjalanan 'slow motion' bersama-sama selepas terawih mengeratkan lagi hubungan persahabatan yang telah bertahun-tahun. Tetiba nana bertanya "G, saya mau tanya kau" pertanyaan yang tak diduga. "apa Na?", "ramadhan ni syaitan diikatkan? "ya, diikat, kenapa kau nampak hantukah hehe?"...."mana ada bah G hehe"...."owh hehe jadi?"...."jin-jin diikatkah juga atau tidak? jinkan ada kafir dan islam. Jin sama dengan syaitan kah G?" nah! soalannya mantap! soalan bulan lalu dia tanya pun saya masih belum jawab, inikan pula soalan baru ni =_='

Diam menyusun jawapan, tengok jalan kiri kanan, menggerakkan tasbih yang sejak tadi hanya digenggam, manatau dapat jawapan. senyum. "er, Na rasanya syaitan jak bah yang kena ikat. jin tidak kali". menanti respon. "yakah, jin tu syaitan jugakah G?"...."emm, ya mungkin. asalnya sama juga bah tu Na, cuma syaitan ni yang paling derhaka sekali, tidak tergolong semua jenis jin, jin ni ada yang baik ada yang jahat..islam dan kafir".... "ow, jadi yang jadi hantu tu syaitankah atau jin?"...."syaitan kali..eh..jin tu mungkin hehe"..."ai..mana satu tu G haha" menggaru kepala yang tidak gatal "ar..jin bah rasanya, yalah selalunya yang merasuk manusia ni kan jin, yang masuk dalam badan pun jin, syaitan ni pula menghasut manusia buat kejahatan jak kerjanya"...."ya juga, G jin islam puasa jugakah?"...."puasa kali. islamkan. senyum. jin dan manusiakan dicipta untuk beribadat kepada Allah, jadi sama jak dengan kita"...."yakahkah G?"...."mungkinlah Na..nda pula saya pasti hehe, aduh Na..nantilah saya cari jawapannya yang tepat ya, kalau tanya saya yang nda tau apa-apa ni memang susah, takut salah pula fahamannya, ajaran sesat nanti"...."hehe  oklah" kami riang ria bersama malam itu, tukar topik perbualan, diakhiri dengan ucapan salam dan menuju ke rumah kediaman. hee~~

kesimpulannya disini, bantulah cG ni mencari jawapannya =_=' nampak sangat budak G tu kurang ilmu perlu bantuan. sesiapa yang ada waktu kelapangan, yakin tentang ini atau ada sumber-sumber yang boleh dibuat rujukan, bolehlah kongsikan, terima kasih. sedikit pun memadai. an..an..

p/s: realiti ada diubahsuai sedikit mengikut kesesuaian, bahasa sabahan harap kalian faham ^_^ kami memang kanak-kanak riang bila bersama hee~. salam ramadhan semua~

You Might Also Like

10 comments

  1. tazkirah yg lepas, ustaz sy ada sebut.
    pendapat imam syafie mengatakan hanya syaitan yg bengis2 saja diikat manakala yg bawahan dilepas.
    pendapat ulama' lain pula mengatakan semua jin & syaitan diikat.
    maka, memang ada khilaf pendapat di situ.
    lg 1, masih ada kes2 santau/sihir pd ramadan ni.
    setakat itu saja sy tahu. wallahualam.

    ReplyDelete
  2. follower baru blog sy fa-in :)

    terima kasih Fa-in.ya,nampak sangat banyak pendapat yang berlainan.Masih tak tahu mana satu yang sahih.

    a'ah,masih ada berlaku kes-kes begitu bulan ramadhan ni,tentang rasuk merasuk pun ada.wallahualam.

    apa2 pun,terima kasih sudi berkongsi dan menjadi follower untuk blog ini,moga bermanfaat untuk fa-in.

    ~masih menanti jwpn blogger lain~

    ReplyDelete
  3. Saya taklah tahu sangat benda ni. Tapi, setakat ilmu saya, Jin tidak dibelenggu. Hanya syaitan sahaja. Semua syaitan.

    Kenapa jin tak dibelenggu? Sebab mereka juga seperti manusia. Kena beribadah jugak, kena tinggalkan yang HARAM jugak. Cuma bezanya kita tak dapat melihat mereka.

    Maaf, saya tak ada dalil. Nanti kalau ada jawapan yang konkrit, bolehlah share ye.

    Pandai kakak cakap Sabah~

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum.
    jiha..hehe..lucu jgk..
    zai pun pernah kena soalan yg sama..
    jawapan pun hampir sama ni..=)
    klu dah dpt jwpn sbnar..
    kestaw ahh..

    ReplyDelete
  5. tak berani nak komen sbnrnye.. takut tersalah..

    secara ringkas dari yg sy tau... (sukar juga ingin menjelaskan dalam ruangan sekecil ini..) (",)

    iblis= adalah dikalangan jin.. yang diciptakan dari api.. dan bukan seperti malaikat yg diciptakan dari cahaya..

    “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: ‘Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah dari golongan jin, lalu ia mendurhakai perintah Rabbnya.”

    syaitan=zuriat keturunan Iblis

    jin=terdiri dari jin islam dan jin kafir..

    apa2pun, yg penting kita usahakan utk tetap berada pada jln yg benar.. jgn ikut jln yg salah sudahlah kan..

    ReplyDelete
  6. Adik Muhammad Iqbal

    Terima kasih dik iqbal sudi berkongsi.tunggu yg lain.

    kak memang pandai cakap sabah asbab akak orang sabah dik ^_^

    ~salam ramadhan dik~

    ReplyDelete
  7. Ukht kasturi jiwa

    waalaikumsalam zai ^_^
    boleh jadi genglah kita ni nanti hee~~

    insyaAllah zai,sy akan bagitau,masih menanti jawapan yg kukuh.

    ~salam ramadhan zai~

    ReplyDelete
  8. Akh fuad ansari

    maknanya sini syaitan tu dari golongan jin jugalah kan(jin pun diciptakan dari api).

    Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma. (Al-Hijr 15:27)

    bila dinyatakan ada jin kafir dan islam,jadi jin kafir ni kira macam budak suruhan syaitanlah kan,yang kerja merasuk tu =_=' lain dengan jin islam yang taat.. maaf kalau salah.

    apa2 pun terima kasih akh,ada keterangan juga disitu.kalau akh nak tambah boleh email sy(nazihahjihah91@gmail.com)~untuk sesiapa saja ^_^

    ya,sentiasa menuju jalan yang benar ,insyaAllah

    ~salam ramadhan akh dan keluarga,adik husna yang comel tu juga ^_^~

    ReplyDelete
  9. yup,sy juga dapat simpulkan bahawa mereka tu sama keturunan...dan jin yg kafir menjadi orang suruhan iblis dan syaitan.. wallahua'lam..

    ReplyDelete