Hiburan

11:38 PM

~Assalamualaikum~
Sentiasa Mendoakan Kalian Dari Kejauhan

Hiburan Boleh, tapi jangan Lalai


Alhamdulillah segala puji bagi Allah subhanawata'ala kerana masih berada dibumi dengan kenikmatan yang diberikan Nya, walaupun begitu banyak dugaan yang perlu ditempuhi namun kita perlu ingat! ujian adalah tarbiyyah dari Allah, oleh itu terima dengan hati terbuka ok! senyum (suka nak sebut senyum ni) Tapi, entri ni bukan nak cerita tentang senyum pun. actually, tak tau nak kongsi apa ini, fikir sejenak. Oh ya, teringat pula di tv, Rancangan Cafe Akhil hayy berkenaan 'HIBURAN'. 

Rancangan ini tak juga selalu tengok jarang2 tinguk kata org sabah, balik kpd 'HIBURAN'. Ok..bila kita sebut tentang hiburan, mestilah kita fikir tentang lagu(artis menyanyi), tengok raja lawak( suka tgok) dll. Bila di tanya kenapa perlukan hiburan? pasti ramai yang bersetuju dengan jawapan yang paling mudah dan ringkas iaitu menenangkan jiwa dan fikiran kan? kan?

ya, hiburan ini sebenarnya merangkumi satu skop yang sangat luas..lebih2 lagi pada masa kini. Secara ringkas hiburan seperti di dalam kamus dewan berasal dari perkataan hibur yang membawa erti menyenangkan atau menghiburkan hati. 'Hiburan yang melalaikan ialah hiburan yang belasah haram dan halal' 'Manusia perlu membawa manusia bersyariat melalui seni hiburan tersebut' Saya juga tertarik dengan satu artikel dalam 1 blog sahabat-berkenaan Hiburan di zaman Rasul.

Untuk permulaannya, mari sama-sama kita kayuh mudik, mengimbas sejarah hiburan di zaman Rasul Agung mengenai kisah klise yang sering menjadi buah mulut penceramah-penceramah dan orang kita berkaitan peristiwa Israk dan Mikraj. Peristiwa Nabi s.a.w di bawa naik ke langit merupakan kisah yang tidak asing bagi kita terutama bila Rejab menjelma. Dalam kitab sirah menyatakan peristiwa ini berlaku pada ketika Nabi saw dirundung malang. Wanita pertama memeluk Islam yang juga merupakan permaisuri hati Baginda s.a.w telah dijemput menghadap Allah. Menyusul beberapa ketika bapa saudara yang amat dicintai dan yang paling banyak membelanya dijemput sama mengiring isteri tercinta mengahadap Allah. Inilah antara peristiwa sedih yang menimpa baginda s.a.w yang akhirnya Allah menghiburkan hati baginda dengan membawa baginda bertemu-Nya.

Seterusnya, mari kita sama-sama menelaah surah yang paling pendek di dalam al-Quran yang mana Allah rakamkan surah ini sebagai tasliah al-Qalb Rasul akibat daripada beberapa peristiwa sedih yang menimpa Nabi s.a.w. Antara sebab diturunkan surah ini sepertimana yang dikeluarkan oleh Ibnu Munzir daripada Ibnu Juraih telah berkata: "Telah sampai kepadaku, sesungguhnya ketika Ibrahim anak baginda Nabi saw meninggal dunia, orang Quraish berkata: "Muhammad tidak ada anak." Maka Rasulullah saw rasa marah dengan keadaan yang demikian. Maka turunlah ayat pertama surah al-Kauthar untuk memuliakan baginda Nabi s.a.w."

Walaupun tidak dinyatakan secara terang dan jelas bahawa turunnya surah al-Kauthar sebagai pengubat duka atau penghibur hati nabi, namun perkara ini dapat dilihat melalui hadis yang diriwayatkan daripada Anas, beliau berkata: "Ketika kami dan Rasulullah s.a.w berada di tengah masjid, pada ketika itu Rasulullah mengantuk kemudian baginda mengangkat kepalanya sambil tersenyum. Kami bertanya apa yang mengembirakan kau wahai Rasulullah?" Rasulullah berkata: "Sesungguhnya telah diturunkan kepada aku pada masa lalu suatu surah." Maka Rasulullah saw membaca surah al-Kauthar sehingga habis." Maka, daripada hadis ini dapatlah kita ertikan bahawasanya surah ini diturunkan bagi mengubat hati Rasul s.a.w.

Ringkasnya; didalam Tafsir Munir, dinyatakan kesimpulan daripada beberapa sebab turunnya surah ini. Dr Wahbah al-Zuhaili menyatakan: "Sebab turun surah ini kerana pihak kufar merendahkan Nabi s.a.w, memperkecilkan pengikut baginda, menghina kematian anak lelaki baginda s.a.w dan orang kafir gembira dengan kepayahan yang menimpa orang mukmin. Maka diturunkan ayat ini untuk memberitahu bahawa sesungguhnya Rasul s.a.w punyai kekuatan dan pengikut baginda adalah orang yang kuat. Sesungguhnya kematian anak baginda s.a.w tidaklah melemahkannya dan kebencian orang-orang kafir tidak meninggalkan apa-apa melainkan mereka semakin jauh dari kebaikan."

Begitulah apa yang diceritakan di dalam Tafsir Munir. Baginda Nabi s.a.w dicela, direndahkan dan diherdik golongan kufar. Namun, hati baginda telah ditenang dan ditenteramkan Allah dengan turunnya surah ini.

Baginda Nabi juga pernah bergurau bersama sahabat baginda. Diriwayatkan daripada Abu Daud dalam satu riwayat dikatakan:"Sesungguhnya Rasulullah saw bergelut dengan Rukanah yang terkenal kuatnya itu, kemudian ia berkata: berjanjilah dengan saya untuk lain kali lagi, lantas nabi bergelut untuk ketiga kalinya. Lantas lelaki itu bertanya: "Apa yang harus saya katakan kepada keluargaku?" Nabi menjawab: "Katakan anak kambing telah dimakan oleh serigala dan larilah anak kambing.Dan apa pula yang hendak aku katakan untuk yang ketiga?" Nabi menjawab: "Kami tidak dapat mengalahkan kamu untuk bergelut dengan kamu dan untuk mengalahkan kamu, kerana itu ambilah hadiahmu."

Pada zaman Rasulullah, sahabat-sahabat baginda juga tidak lepas dari sifat suka berseronok dan mahu berhibur. Lantaran itu baginda Nabi pernah bersabda: "Lemparkanlah panahmu itu, aku bersama kamu." (h.r Bukhari)

Rasulullah bersabda demikian ketika mana baginda sedang berjalan-jalan dan menjumpai sekelompok sahabatnya yang sedang mengadakan pertandingan memanah, maka pada waktu itu Rasulullah memberikan dorongan kepada mereka. Dalam satu riwayat lain daripada Bazzar dan Thabrani dengan sanad hasan, baginda s.a.w bersabda: "Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-sebaik permainanmu." Namun begitu Rasulullah s.a.w memperingatkan kepada para pemain agar tidak menjadikan binatang-binatang jinak dan seumpamanya sebagai sasaran sebagaimana yang dilakukan masyarakat Jahiliah.

Inilah antara beberapa permainan dan hiburan yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w dan banyak lagi contoh-contoh permainan yang berlaku pada zaman Nabi s.a.w. Dalam satu riwayat yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a ia berkata: "Ketika orang-orang Habasyah sedang bermain pedang di hadapan Nabi s.a.w, tiba-tiba Umar masuk, kemudian mengambil kerikil dan melemparkannya kepada mereka. Kemudian baginda Nabi s.a.w berkata kepada Umar: "Biarkan mereka itu, wahai Umar." Ini merupakan suatu kelapangan dan toleran daripada baginda Nabi s.a.w dengan mengizinkan permainan seperti ini dilakukan yang mana permainan ini berlaku di kawasan masjid. Ini juga menunjukkan betapa Nabi s.a.w menganjurkan kesepaduan antara kepentingan dunia dan akhirat yang mana Nabi tidak melarang orang-orang Habasyah bermain pedang di kawasan masjid.

Oleh itu, ulama berkata berdasarkan hadis di atas: "Bahawa masjid dibuat adalah demi kepentingan kaum muslimin. Oleh kerana itu, apa saja kiranya bermanfaat untuk agama dan manusia, maka bolehlah dikerjakan di masjid." Zaman Rasulullah s.a.w telah berlalu. Ia telah menjadi sejarah. Peristiwa di atas merupakan beberapa rakaman sejarah yang berlaku pada zaman Nabi s.a.w berkaitan hiburan. Ini adalah beberapa contoh bagaimana Nabi s.a.w dan para sahabatnya berhibur. Inilah antara tauladan yang wajib dianuti setiap orang Islam. Rasulullah dan para sahabat baginda telah memberi tunjuk ajar yang terbaik tentang bagaimana mereka berhibur. Akhirnya, mari sama-sama kita renungkan sabda baginda Nabi s.a.w. Hanzalah pada satu ketika beliau bertemu Abu Bakar, kemudian terjadilah suatu dialog:

Abu Bakar: Apa khabar ya Hanzalah?

Hanzalah : Aku telah berbuat nifaq!

Abu Bakar: Subhanallah, apa yang kamu katakan itu?

Hanzalah : Bagaimana tidak! Aku selalu bersama Rasulullah s.a.w, ia menuturkan kepadaku tentang neraka dan syurga yang seolah-olah syurga dan neraka itu aku lihat dengan mata kepalaku. Tetapi setelah aku keluar dari tempat Rasulullah, kemudian saya bermain-main dengan isteri dan anak-anak saya dan bergelumang dalam pekerjaan, maka saya sering lupa tutur Nabi itu.

Abu Bakar : Demi Allah saya pun berbuat demikian!

Kemudian Hanzalah bersama Abu Bakar pergi bertemu Rasulullah dan mencerikan perihal mereka di hadapan Nabi s.a.w. Kemudian Rasulullah bersabda: "Demi Zat yang diriku dalam genggamannya! Sesungguhnya andai kata kamu disiplin terhadap apa yang pernah kamu dengar ketika bersama aku dan juga tekun dalam zikir, nescaya malaikat akan bersamamu di tempat tidurmu dan di jalan-jalanmu. Tetapi hai Hanzalah, sa'atan, sa'atan!" (bergurau sekadarnya) Diulangi ucapan itu sampai tiga kali.

Daripada hadis di atas, dapatlah kita mengambil iktibar bahawa baginda Nabi s.a.w tidak melarang dan menghalang sahabat baginda untuk berhibur, berlibur dan bergurau senda bersama keluarga. Malahan ia suatu yang digalakkan bagi mengeratkan lagi ikatan di kalangan ahli keluarga. Namun, Rasulullah memperingatkan kepada kita agar semuanya itu dilakukan sekadarnya dan baginda Rasul mengulangi ucapan beliau sebanyak tiga kali.

Ini menunjukkan betapa sebenarnya agama Islam tidak pernah melarang penganutnya untuk berhibur. Namun begitu, perlulah berpada-pada jangan sampai tercalar kesucian agama. Wallahu a'lam...

Semoga mendapat manfaat..^^ hiburkan hati anda dengan alunan zikrullah..alunan indah Kalam Allah..^^

You Might Also Like

3 comments