Rahmat Ujian
8:15 PM
~Assalamualaikum~
Sentiasa Mendoakan Kalian Dari Kejauhan
Alhamdulillah, Hari ini segala perkara berlaku dengan baik tanpa ada halangan namun tak selalunya akan berlaku seperti itu kerana pastinya, suatu hari dan suatu saat akan di uji dari yang Maha Esa seperti sebelum ini. Saya tertarik untuk membuat entri ini bila terbaca dlm satu blog sahabat (Ukht Laila Apabila menghadapi ujian Allah)
“Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertentu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu."
“Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya….” Seriously, memang terjentik hati ini dengan kata-kata itu.
Ya, Ujian dan dugaan dari Ilahi, amma ahyaanan kathiir wa ahyaanan qaliil, namun ujian dan dugaan ini juga yang telah membentuk diri ini untuk berubah ke jalan yang di redhai Allah rahmat ujian “Dalam derita ada bahagia, Dalam gembira mungkin terselit duka”
Walaupun kita insani telah mengucapkan sabar dalam setiap ujian yang menjelma, tetapi hati kita yang remuk menderita…yaa..tak siapa tahu tak siapa juga pinta ujian bertamu, tapi itulah hakikat yang kita mesti akui,…rahmat ujian daripada Ilahi Allahuakbar.
Apa yang boleh dikata hanyalah Segala takdir terimalah dengan hati yang terbuka,walaupun tersiksa tentu ada hikmahnya, mampukah diri ini.
Na’am wa ahyaanan ujian-Nya menyebabkan rasa berputus asa menjelma, astaghfirullahalazim. ampunkan hamba-Mu ini, hamba khilaf.
Hinanya hamba Mu ini. Seharusnya soal itu tidak akan pernah timbul…hendaklah yakin bahawa segala kesusahan atau pun kesenangan yang Allah berikan semuanya adalah ujian terhadap hamba-Nya untuk hamba Nya sabar, redha dan tawakal.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah akan menguji dan mencuba salah seorang di antara kamu dengan cubaan sebagaimana salah seorang kamu menguji kadar emasnya dengan api. Maka sebahagian mereka akan keluar dari ujian itu bagaikan emas kuning berkilat; maka itulah orang yang dipelihara Allah daripada bermacam syubhat. Dan sebahagian mereka akan keluar bagaikan emas hitam, dan itulah orang yang tergoda fitnah.” (Hadis riwayat Thobrani)
Allah berfirman yang bermaksud: “Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?” (Surah al-Ankabut, ayat 2)
Allah memaparkan beberapa contoh ujian Allah dalam bentuk kesusahan seperti firman-Nya yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami akan memberikan sesuatu percubaan kepada kamu, seperti ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan…” (Surah al-Baqarah, ayat 155)
Malunya diri ini sebagai hamba-Nya yang sering memohon itu dan ini segala permintaan..sedangkan begitu banyak dosa yang telah hamba ini lakukan. Hinanya diri ini bila mana setiap permintaan, diharap akan dimakbulkan, sedangkan suruhan-Nya hamba ini tinggalkan. air mata mengalir.
Betapa bersyukurnya aku, apabila perubahan berlaku pada diri, berubah daripada diriku yang sebelum ini..yang kadangkala lalai untuk melakukan suruhan Nya apatah lagi mengingati-Nya. Allahuakbar, bersyukurnya diri ini tatkala di bukakan pintu hati dizaman diri masih remaja.
Zaman yang jiwanya dan hatinya sentiasa memberontak untuk perkara duniawi dan insani
rahmat ujian. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud,"Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada rupa dan hartamu, tetapi ALLAH melihat kepada hati dan amalmu." (Riwayat Muslim)
Kini hati dan jiwa ku dekat kepada Nya, Cinta dan kasih kepada Nya, sering rindu untuk bertemu kepada Nya, inilah Cinta pertama buat diriku..hingga penghujung hidup ku…takkan pernah padam. InsyaAllah, air mata mengalir tidak dapat ku tahan. Janganlah hati ini berubah ke a rah lain, cukuplah hanya Allah untuk ku…cukup!cukup!.
Ya, Allah mengasihi mu setiap masa. Oleh itu harus punya rasa bersyukur setiap kali ujian menjelma. Kita di uji tahap keimanan sedangkan ramai yang di lalaikan..bersyukurnya.. kita telah di pilih di antara berjuta untuk mendapat rahmatnya. Allah rindu mendengarkan rintihan hambanya berpanjangan “Saya akan Berubah!” “Ya,saya telah berubah!”
Wallahua’lam…Rahmat ujian..
2 comments
assalamualaikum ukhti..
ReplyDeletepringatan yg sgt brmanfaat..smoga kita tdak terleka dgn hburan duniawi..senantiasa mngingati akhirat,insyaAllah.. =))
Waalaikumsalam ukhti..
ReplyDeletealhamdulillah,terima kasih..^_^