Redha Ibu bapa
8:02 AM
Assalamualaikum, Seperti yang anda lihat, tajuk enrtri kali ini berkenaan ‘Restu Ibu bapa" alhamdulillah, entri kali ini pun bersempena hari lahir ibunda dan ayahanda saya yang tercinta (24/3 utk kedua-duanya) so sweet kan^^ dan yang pastinya juga untuk berkongsi ilmu apa adanya dengan anda semua. lagu kat blog ni pun yakni ‘keluarga bahagia’ akan terngiang2 pada halwa telinga anda untuk minggu ini, jika kiranya menganggu anda untuk membaca, it’s ok juz cloz it, :)
Sabda Rasulullah s.a.w. Maksudnya : "Keredhaan Allah itu berada dalam keredhaan kedua ibubapa, dan kemurkaan Allah itu berada dalam kemurkaan kedua ibubapa". Riwayat At-Tabrani.
Hadis kat atas ini jelas menerangkan kepada kita betapa Allah sangat menekankan pentingnya kita mengutamakan ibu dan ayah dalam hidup kita..ya lah, mcm mn kita ada kat dunia ini?? Jika bukan ibu kamu yang mengandungkan kamu....maka wujudlah kamu kat dunia ini jika di izinkan Nya dan Ibu bapa merupakan orang yang wajib kita hormati dan taati. Perintah mentaati keduanya jelas termaktub di dalam Quran dan Hadith. Mengecilkan hati, melawan atau mengherdik keduanya dianggap sebagai derhaka nauzubillahi janganlah kita jadi anak derhaka..!
Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Israk ayat 23-24: Maksudnya: "Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selainNya dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara kedu-duanya sampai umur lanjut dalam pemeliharaanmu maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "Ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka penkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: "Wahai tuhanku kasihilah mereka keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku semasa kecil dahulu".
Pernah juga seorang sahabat mengadu kepada Rasulullah tentang perangai ibunya yang suka meminta-minta kepadanya… Baginda marah dan menempelak sahabat itu dengan mengatakan bahawa bukan saja dalam harta malahan dalam dirinya sendiri ada hak kedua ibubapanya. ..Jelas sungguh ibubapa mempunyai hak terhadap apa saja yang ada pada kita…subhanallah. begitu pentingnya ibu dan ayah di dunia ini.
‘Abd Allah ibn ‘Amr radhiallahu 'anh menerangkan bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi SAW dan berkata: “Sesungguhnya aku datang untuk memberi janji taat setia (bai‘ah) kepada engkau untuk berhijrah, akan tetapi aku meninggalkan kedua orang tuaku dalam keadaan menangis.” Rasulullah saw berkata kepadanya: “Kembalilah kepada mereka berdua dan jadikanlah mereka berdua ketawa (gembirakanlah mereka) sebagaimana kamu jadikan mereka menangis.”
Termasuk orang yang dimaafkan kerana tidak berhijrah adalah sebagaimana hadis di atas dimana jika berhijrah akan menyedihkan ibubapanya, maka yang lebih utama adalah dia tidak berhijrah dan kembali menggembirakan mereka..Dalam hadis ini terkandung petunjuk bahawa menggembirakan ibubapa adalah salah satu daripada tuntutan agama. Oleh itu janganlah kita melakukan sesuatu tindakan yang menjauhkan ibubapa daripada kegembiraan, apatah lagi jika ia menyedihkan mereka. Tidak ada cara yang terhad untuk menggembirakan ibubapa, asalkan ia tidak melibatkan sesuatu yang dilarang oleh syari‘at. Kerap kali menghubungi mereka, sering kali menziarahi mereka, membawa mereka bercuti, membelikan mereka hadiah adalah beberapa contoh cara kita boleh menggembirakan ibubapa. Meninggalkan mereka kesunyian, tidak menjenguk mereka, tidak prihatin akan hal ehwal mereka, bercakap dengan nada yang keras, memarahi mereka adalah beberapa contoh tindakan yang menyedihkan mereka muhasabah diri kembali T_T Jadi,Zaman sekarang ni anak perlulah faham hak2 dan t/jwb kepada ibu bapa.
(mentaati keduanya di dahulukan dari berjihad di jalan Allah..) Jahamah r.a. telah mendatangi Nabi s.a.w. seraya berkata: "Wahai Rasulullah, aku ingin berperang, dan aku datang untuk bermusyawarah denganmu". Nabi bertanya, "Apakah engkau mempunyai ibu?". Ia menjawab, "Ya". beliau bersabda:"Tinggallah berbakti kepadanya, kerana sesungguhnya Syurga itu berada di bawah telapak kakinya". Riwayat Ahmad & An-Nasaei (jelas lagi ibu dan ayah adalah utama)
Janganlah kita berbangga diri terhadap kedua ibu bapa kita..berkhidmat sebaiknya kepada mereka, lebih-lebih lagi ibu bapa kita yang telah lanjut usia…mereka ini adalah antara golongan yang sensitive/mudah terasa..so, jag alah hati mereka..jangan sampai mereka mrh kepada kita hingga tak redha pula dgn kita..w/pun mereka tak pandai nak nyatakan secara fizikalnya,tapi anda tak tau yg sbnarnya dalam hati mereka dah jauh terguris dgn kata-kata kita. wallahua’lam..T_T Bagi yang dah tak punya ibu dan ayah pula ..jgn bersedih jgn berduka..lupakan kisah yg duka, jika pernah mengguris hati mereka, bertaubatlah dan sentiasalah mendoakan kedua ibu dan ayah kamu kerana
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariyahnya atau ilmunya yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya.
Dalam sebuah hadis yang lain baginda juga bersabda: Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla menaikkan darjat seorang lelaki yang shalih di syurga, lalu dia bertanya: “Wahai Tuhan! Kenapakah saya mendapat kelebihan ini?” Dijawab: “Disebabkan permohonan ampun anak kamu kepada kamu.”
Doa keampunan kepada ibubapa yang boleh diamalkan adalah daripada al-Qur’an seperti mana yang dikemukakan sebelum ini: “Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan; dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!” [Nuh 71:28]
Memandangkan hadis yang pertama menyebut doa seorang anak yang shalih secara umum, maka dianjurkan juga mendoakan rahmat kepada ibubapa sebagaimana berikut: “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” [al-Isra’ 17:24]
(Mengutamakan Berbuat Baik Kepada Ibu Berbanding Ayah) Rasulullah s.a.w. telah bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.: Maksudnya : "Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah orang yang paling berhak aku temani dengan baik? Beliau bersabda: Ibumu. Ia bertanya: Kemudian siapa? Beliau menjawab: Ibumu. Ia benkata: Kemudian siapa? Beliau menjawab: Ibumu. Ia bertanya : Kemudian siapa? Beliau menjawab: Ayahmu. Riwayat Bukhari & Muslim
Mengapa kita perlu utamakan ibu? Ibu yang telah mengandungkan kita selama 9 bulan..susah payah ibu kita membawa kandungan itu ke sana ke sini..pergi bersawah..naik ke pejabat tingkat yg tinggi. buat itu dan ini dengan perut yang semakin besar dan berat, anda dapat bygkan kan?? Lihatlah betapa besar pengorbanan seorang ibu..apatah lagi ketika melahirkan kita..para ibu bertarung nyawa demi seorang insan akan di lahirkannya..insan bernama ‘anak’ tak dapat kita gambarkan betapa sakitnya ibu melahirkan kita..,kecuali jika kita seorang anak perempuan,kelak kita jg akan merasakannya. ibu juga yang mendidik kita,mengasuh, memberi susu selama 2 tahun untuk pastikan kita sihat dalam jagaannya.
Tetapi,yang bergelar ayah jangan pula kecil hati, bapa juga banyak pengorbanan untuk anak mereka, memberi nafkah, makan, minum. membanting tulang untuk mendapat rezeki yang halal untuk keluarga tercinta, namun hakikatnya, bapa tidak sesusah ibu menjaga anak. wallahua’lam. ayah! u my hero^^
Dalam kitab tarbiyatul aulat yang saya ketahui..perkara yang perlu anak perlu lakukan terhadap ibu bapa mereka adalah dengan : ❤mentaati ibu bapa pada segala perintahnya kecuali perkara maksiat ❤hendaklah berbicara dengan adab yang lemah lembut,kalau rasa nak marah tu..cepat2 r ambil wuduk..solat o bc Quran..sbb yg ni ..akak sy amalkan..ikut ja ckp mak ayah x prnh nk lwn...alhamdulillah redha ibu ayah kami utknya..sng dpt masuk u..dah jd guru pula (ustazah) berkahwin dan hidup bahagia. insyaAllah adiqnya ini akan ikut jejak lngkahnya hehe ❤hendaklah menghormati mereka dengan bangun ketika ibu bapa menziarahi kita ❤hendaklah mencium tangan mereka setiap pagi dan petang atau dalam majlis..em,tapi..rasanya zaman sekarang susah anak-anak buat..malu kononnya kan..tapi,jgn pula sampai mereka di cabut nyawa barulah dapat cium…kalau tak nak peluk cium pun,cubalah urut-urut kaki tangan mak n ayah tu kn..cuba rasa bagaimana tangan mak ayah kita yg selama ini menjaga kita sehingga kita besar panjang ❤menghormati atau menjaga harta benda ibu bapa supaya tidak disia-siakan dan menjaga nama baik atau kehormatan kepada ibu bapa kita.
Sabda Rasulullah s.a.w Maksudnya : "Kamu dan harta kamu adalah untuk ibubapa kamu". Riwayat Ibnu Majah. Aishah r.a. berkata : "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. dengan membawa seorang tua. Belau bertanya kepadanya: Hai lelaki! Siapakah orang yang bersamamu ini? Lelaki itu menjawab: Ayahku. Beliau bersabda: Janganlah engkau berjalan di depannya, jangan duduk di hadapannya, jangan panggil ía dengan namanya dan janganlah engkau samakan ia dengan sesuatu".
❤bermesyuarat kepada mereka dalam segala pekerjaan dan urusan seperti hendak mendirikan rumahtangga..jangan pula sampai ibu bapa terkejut kamu membawa isteri/suami tanpa pengetahuan mereka. Wallahua'lam Alhamdulillah itu sahaja kiranya yang dapat saya berkongsi dengan anda semua..jika ada salah dan silap, jangan simpan didalam hati..maafkanlah dan bagitau ja apa salahnya.
2 comments
sanah helwah untuk abi dan ummi awak..
ReplyDeleteAlhamdulillah,abi dan ummi kita masih ada,and kita masih sempat untuk mncurah bakti kpada mereka,agar kita tergolong dlam anak2 solehah..=))..insyaAllah..semoga Allah merahmati anak2 solehah..Allahumma amiin
Alhamdulillah..syukran ukht...na'am ukht, kita sgt bertuah mac puny ummi dan abi..^_^so,jg mrk sebaik mgkin..insyaAllah..^_^
ReplyDelete